Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Wednesday, December 7, 2011

Memelihara Kucing

Ramai yang suka memelihara kucing, ada yang sanggup berhabis wang ringgit untuk kucing dengan membeli Kucing jenis baka yang baik.., menyediakan tempat, pemakanan, rawatan dan sebagainya. Yang menjadi masalah adalah yang membela kucing kat kawasan perumahan, kemudian dibiarkan begitu sahaja, akhirnya memberi masaalah kepada jiran-jiran. Bukan hanya melibatkan kes mencakar pada kenderaan tetapi melibatkan najis.

Nak dipukul kasihan, dihalau keluar akan datang semula. Diberi makan kekal pula dirumah. Kucing dahulu mengejar tikus, kucing sekarang banyak yang takut dengan tikus.

Ada yang bela kucing dapat pahala dan dapat dosa. Fikir-fikirkanlah sebelum nak membela kucing. Jangan main ikut-ikut, jiran sebelah bela kucing.. kita pun nak bela juga.

Tuesday, November 22, 2011

HP Sauce & Tobasco Sauce

Pengesahan HALAL, semuga bermunafa'at kepada tuan/puan.





Wednesday, November 9, 2011

Awas Dot Merah ( Tanda Merah )


Perhatikan titik Merah di dalam simbol merah persegi yang ditunjukkan di atas ba...r coklat seperti: Bounty bar Chocolate / Marikh / sneaker ... ia ditunjukkan secara khusus di belakang sebelah nombor berat.

Cap Ini bermakna bahawa produk-produk ini mengandungi gelatin yang berasal dari daging babi!!

Mereka meletakkan bahawa tanda untuk memberi amaran kepada orang-orang vegetarian bahawa coklat mempunyai kandungan bukan vegetarian / bahan-bahan di TOLONG berkongsi info ini dengan semua rakan anda

dan ingat bahawa "Siapa memberi Peringatan yang BAIK Kepada yang lain AKAN Mendapat kebaikan yang sama dengan yang MEREKA yang Melakukan KEBAIKAN itu dari ALLAH S.W.T

Wednesday, November 2, 2011

Persediaan Seorang Perawat

Banyak paparan di blog perawat Islam mengenai persediaan perawat menghadapi MG yang ganas. Pesakit yang kesurupan bertindak ganas.  Tindakan fizikal, InsyaAllah ramai perawat yang mampu mengatasinya dengan izin Allah, namun begitu perawat harus berhati-hati dengan tindakan secara dalaman, MG juga berkemampuan melakukan jurus, menikam dengan senjata dsbnya. MG juga mempunyai tahap keilmuan yang tinggi oleh itu janganlah memandang ringan mengenai kemampuan mereka.

MG menyerang adalah berkaitan dengan " Yang Mengarahkan ", contohnya berkaitan dengan Sihir pastinya arahan itu pastinya datang dari tukang sihir. Ramai perawat yang alpa mengenai tahap keilmuan tukang sihir lebih-lebih ' Ilmu Hitam ', diizinkan Allah mereka mampu menewaskan perawat dalam sekelip mata. Kepada perawat yang  ' Mata Dalaman " mereka OK.. InsyaAllah, merupakan bonus kepada mereka, bagaimana dengan perawat yang tidak memiliki kebolihan sedemikian?

Tukang sihir juga berkemampuan untuk Scan (Mata Dalaman) dan berkeilmuan hikmah dan makrifat yang tinggi (Sayangnya mereka ini telah menyalah gunakan keistimewaan yang Allah beri dengan melakukan Sihir). Contoh keilmuan tinggi mereka seperti Rawarontek. Nak mudah faham pi cari VCD.. cerita Jaka Sembung.

Pesanan saya kepada sahabat2 perawat, kesabaran adalah kunci utama untuk menghadapi MG yang ganas dan tukang sihir yang hebat. Semuga Allah melindungi semua perawat daripada kejahatan makhluk. Wallahu A'lam.

Sunday, October 16, 2011

Mycard Baru tahun 2012

Mycard akan ditukar lagi dengan menambah ciri-ciri keselamatan.  Pendapat peribadi saya, secanggih mana pun ciri-ciri keselamatan tetap akan berlaku penipuan disebabkan card tersebut direka-cipta olih manusia.

Friday, October 14, 2011

Persaraan Usia 60?

Doa untuk merawat.

Sukacita saya ingin kongsikan doa yang telah di ajar olih Guru saya Ustaz Saiful Hazmi (SN).

" Ya AllaaH, Wahai Robbku dan Robb sekelian 'alam, Sesungguhnya aku tidak mengetahui akan segala sesuatu melainkan apa yang telah Engkau izinkan bagiku mengetahuinya. Maka, ku mohon dengan MU ya AllaaH, Jika ada manfaat bagi sipolan bin sipolan dengan ikhtiarku ini, Maka Engkau ijabahkanlah bagi ku dan sampai rahmat MU pada beliau yang sedang dalam kesusahan itu, ya AllaaH "

Semuga Guruku sentiasa berada di dalam rahmat dan lindungan dari Allah swt. Aamiiiin Ya Rabbal 'Alamin.

Ikrar Pemutus

InsyaAllah, ikrar pemutus yang dilakukan oleh pesakit banyak membantu untuk menyelesaikan pemasalahan pesakit khususnya melibatkan Jin SAKA. Ada pesakit yang dapat melakukan ikrar pemutus dengan mudah dan sebaliknya. Paling penting adalah pesakit dan keluarga melakukan secara istiqamah. Berdoalah dengan penuh pengharapan kepada Allah agar ikhtiar kita di makbulkan Allah. La hawlawala quwwata illa billahil 'Aliyil Aziim. Wallahu A'lam.

Contoh Ikrar SAKA olih Ustaz Mohd Hafiz SN.

"WAHAI JIN YANG MENGHUNI DI BADAN KU INI, AKU INGIN MEMUTUSKAN SEGALA PERJANJIAN YANG TELAH DIBUAT OLEH NENEK MOYANGKU TERDAHULU DAN JANGANLAH KAMU MENDAMPINGI KU LAGI, TINGGALKANLAH BADAN KU DAN KETURUNAN KU INI DAN BERTAUBATLAH KAMU KEPADA ALLAH SWT DENGAN BERKAT AYAT

وَأَنَّهُ ۥ تَعَـٰلَىٰ جَدُّ رَبِّنَا مَا ٱتَّخَذَ صَـٰحِبَةً۬ وَلَا وَلَدً۬

BAHAWA SESUNGGUHNYA MAHA TINGGI DAN MAHA BESAR KEAGUNGAN TUHAN & BAGINYA TIADA BERISTERI DAN JUGA BERANAK"

Bagi mereka yang disyaki badannya berSAKA, sila baca ikrar pemutus saka diatas 3x tiap-tiap lepas solat.

Tuesday, October 11, 2011

Thursday, October 6, 2011

Adab memohon ikhtiar perawat

Orang dulu-dulu, kalau seorang anak sakit, manakala bapanya mempunyai keilmuan merawat, maka ibunya akan memohon kepada suami untuk ikhtiar, berdoa kepada Allah untuk merawat anak mereka.

Di era cyber, adab sedemikian sudah tidak di ambil kisah lagi. Contohnya, nenek pesakit memaklumkan kepada isteri perawat untuk ikhtiar merawat cucunya yang mengalami permasalahan batuk, walaupun sudah mendapatkan rawatan modern, ujian Allah kepada hambanya, batuk tersebut masih tidak sembuh. Nenek tersebut hanya memberi bekas air yang kosong, setelah air diruqyah oleh perawat, air tersebut pula dikirim ataupun disampaikan oleh individu lain kepada ibu pesakit tersebut.

Kesembuhan itu milik Allah, akan makbulkah ikhtiar perawat tersebut apabila family pesakit tidak menjaga adab kepada perawat? Wallahu A'lam.

Tuesday, October 4, 2011

Sunday, October 2, 2011

Jurus?

Perawat akan menggunakan kaedah jurus pada situasi tertentu, khususnya melibatkan rawatan yang begitu mencabar. MG begitu degil atau mempunyai kelebihan tertentu. Apabila perawat menggunakan kaedah biasa, MG seperti mempermainkan perawat.

Sepertimana terdapat di blog perawat, semasa melakukan jurus memerlukan hembusan nafas yang keras. Sukacita saya ingin menambah sedikit tatacara jurus yang dilakukan bagi tujuan merawat. Nafas untuk jurus sebaiknya keluar melalui hidung dengan hembusan yang kuat, nafas tersebut sebaiknya dari bahagian bawah perut ataupun 2 jari dibawah pusat. Wallahu A'lam.

Monday, September 26, 2011

AGM AKRINE 2011

Alhamdulillah, semalam dapat menghadiri AGM Akrine di Kuang, seronok sangat dapat ziarah Guru (Tuan Guru Ustaz Abdul Masjid) dan rakan rakan perawat yang datang dari pelbagai negeri. Di Majlis berkenaan juga ada taklimat daripada pihak TCM seterus pendaftaran On-Line, Alhamdulillah.. perdaftaran dah completed dilakukan olih pegawai TCM Puan Nur Hazirah Binti Kamarudin.


Penaung AKRINE (Tuan Guru Ustaz Abdul Majid)

Pesanan daripada TG Ustaz Abdul Majid kepada kami, perawat ini sebenarnya merawat diri sendiri kemudian barulah orang lain. 

Mengenai taklimat daripada Pegawat TCM, sebaiknya perawat samada secara traditional dsbnya, sebaiknya mendaftar dengan TCM.

Thursday, September 15, 2011

Minat perubatan Islam

Hari ini berkesempatan bersama rakan-rakan setugas dalam urusan Internal Audit, sementara Auditor berbincang untuk menyampaikan keputusan Audit mereka samada terguran atau tindakan segera yang perlu dilakukan olih Auditee, maka berkesempatan berbual. Kebetulan semasa berbual ada yang menyentuh soal rawatan Islam. Sahabat saya pun membaca ayat dari Surah Ar-Rahman, Al-Hasyr, Al-Mukminun sambil meletakkan tangan di atas kepala sahabat saya yang bernama Ahmad Pauzi.

Kaedah.. Alhamdulillah O.K, namun saya tegur beliau kerena bacaan dilakukan dengan Tajwid yang salah.

Setelah selesai majlis IA dan mesyuarat bersama Pengurus daripada Ibupejabat Kawasan Timur, beliau beritahu saya bahawa.. dibahagian tengkuk beliau terasa sakit dan berat. Maka saya pun jawap " Mungkin asbab beliau duduk terlalu lama ".

Minat jadi perawat sangatlah baik, tetapi perlu belajar, jangan sekadar lihat di TV lalu cuba mempraktikkannya.. akhirnya makan diri. Wallahu A'lam.

Thursday, September 8, 2011

Nasihat Saiyidina Ali Bin Abi Thalib r.a

Hidupkanlah hati dan pikiranmu dengan menerima dan memperhatikan nasehat. Jadikanlah kesalehan sebagai penolong untuk menghilangkan keinginan- keinginan nafsumu yang tidak terkendali. Binalah budi pekertimu dengan pertolongan keyakinan yang tulus pada agama dan Allah.

Taklukkanlah keinginan-keinginan pribadimu, kesesatan hatimu dan kebandelanmu dengan senantiasa mengingat kematian. Sadarilah akan kefanaan hidup dan segala kenikmatannya. Insyafilah kenyataan dari kemalangan dan kesengsaraan yang senantiasa menimpamu serta perubahan keadaan dan waktu. Ambillah pelajaran dari sejarah kehidupan orang-orang terdahulu.

Jangan membicarakan apa yang tidak engkau ketahui. Jangan berspekulasi dan memberi pendapat atas apa yang kau tidak berada dalam kedudukan untuk memberi pendapat tentangnya. Berhentilah jika khawatir akan tersesat. Adalah lebih baik berhenti disaat kebingungan daripada maju merambah bahaya-bahaya yang tak tentu dan resiko-resiko yang tak terduga.

Berjuanglah dan berjihadlah demi mempertahankan dan demi tegaknya kalimat Allah. Jangan takut dan khawatir bahwa orang-orang akan mengejekmu, mengecam tindakanmu dan memfitnahmu. Janganlah gentar dan ragu membela kebenaran dan keadilan. Hadapilah dengan sabar

penderitaan dan kesengsaraan yang menimpa. Hadapilah dengan berani rintangan yang menghalangi ketika engkau berupaya mempertahankannya. Sokonglah kebenaran dan keadilan setiap kali engkau menjumpainya.

Binalah kesabaran dalam menghadapi segala kesulitan, bencana dan kesengsaraan. Kesabaran merupakan salah satu diantara moral yang tertinggi dan akhlak yang mulia, dan merupakan suatu kebiasaan yang terbaik yang dapat dibina. Bersandar dirilah kepada Allah dan mintalah senantiasa perlindunganNya dari segala bencana dan penderitaan. Jangan mengharap pertolongan dan perlindungan dari siapapun kecuali Allah.

Ketahuilah bahwa sombong dan bangga diri adalah bentuk-bentuk kebodohan dan berbahaya bagi jiwa dan pikiran. Oleh karena itu, jalanilah kehidupan yang seimbang dan berusahalah untuk berlaku jujur dan tulus. Apabila mendapat bimbingan dari Allah untuk mencapai apa-apa yang diinginkan, maka janganlah berbangga dengan perolehan itu. Tunduk dan merendahlah dihadapan Allah dan sadarlah bahwa keberhasilan itu semata-mata karena kasih dan karunia-Nya.

(Nasehat dari Ali bin Abi Thalib Wafat 21 Ramadlan 40 H ,10 Oktober 680).

Sunday, September 4, 2011

Perawat perlu menjaga adab

Pada malam Juma'at yang lalu, saya tidak dapat menyertai rakan untuk merawat. Saya meminta anak lelaki saya untuk menemankan rakan tersebut. Dari apa yang anak saya ceritakan amatlah menyedihkan.. apabila perawat Islam tidak mempamirkan personaliti yang baik. Bayangkanlah ketika rakan saya sedang merawat mereka tiba, terus scan kawasan rumah dalam dalam rumah, lantas memaklumkan kepada rakan saya supaya menyerahkan tugas merawat kepada mereka. Rakan saya dan anak buahnya terus mengundurkan diri, perawat tersebut terus berkata " Aku beri tempuh kepada kamu 10 minit, kalau tak keluar aku sembelih " setelah menyebut perkataan tersebut.. perawat tersebut keluar dari rumah untuk menghisap rokok. Banyak lagi adab yang tidak dijaga. Bertepatan sangat apa yang Guru saya beritahu, ramai perawat yang semakin mengarut.

Thursday, June 9, 2011

Bahan Rawatan Cukup Mengarut

Adik saya telah menceritakan bahawa bakal menantu beliau telah membawa seorang bomoh untuk menyelesaikan masalah gangguan di rumah mereka. Khabarnya antara bentuk gangguan adalah sering melihat bayangan hitam, mata suami kadangkala menjadi merah dan pening kepala dsbnya. Apabila bomoh berkenaan berikhtiar akhirnya telah menyatakan bahwa anak lelaki beliau bersaka. Barang keperluan yang beliau kehendaki untuk membuang saka daripada anak lelaki beliau adalah darah, rambaut dan pakaian bapa beliau serta seekor kambing hitam. Adik ipar dah nampak memang betul-betul mengarut. Maka diberikan juga wang upah sebanyak RM70. Apa yang saya faham, masalah dirumah mereka adalah melibatkan perbuatan SIHIR. Wallahu A'lam.

Friday, June 3, 2011

Penyakit Gout

Cukup ramai penyakit Gout di negara kita, khususnya masyarakat Melayu. Yang berfahaman modern.. depa kata puncanya.. makanan tak dikunyah dengan betul ataupun tak hadam, kunyah 2 atau 3 kali terus telan, Wallahu A'lam.

Saya rujuk kepada Guru berhubung penyakit Gout nih, sebab saya sendiri dah hidapi penyakit ini semenjak diusia belasan tahun. Guru nyatakan permasalahan Gout ini bukan sahaja merupakan penyakit fizikal/klinikal tetapi ada juga unsur-unsur yang melibatkan MG.

Allah nak beri ilmu kepada saya, diizinkan Allah saya berolih kesempatan merawat pesakit Gout. Kes yang terbaru iaitu malam tadi, cukup menjelaskan memang ada unsur-unsur gangguan MG, sakit tersebut seperti berpindah-pindah lokasi contohnya dari kaki bergerak kelutut dsbnya. Wallahu A'lam.

Kaedah untuk menguji adakah penyakit Gout ini memang secara fizikal/klinikal atau sebaliknya, saya cadangkan tuan/puan memperdengarkan bacaan ayat azab kepada pesakit. Sekiranya sakit tersebut berpindah-pindah lokasi, mungkin ianya asbab gangguan MG, Wallahu A'lam. Eloklah tuan/puan mendapatkan rawatan daripada pihak-pihak tertentu seperti Darul Syifa' dsbnya. Allahu Yasyfiik.

Sunday, May 22, 2011

Kaedah TRO

Perawat AKRINE, InsyaAllah sudah pastinya cukup memahami kaedah TRO semasa merawat. Saya telah mencuba kaedah yang sama cuma objek kain yang saya lakukan percobaan ataupun ujian dengan menggunakan kain 4 warna iaitu hitam, kuning, merah dan biru. InsyaAllah berkesan, ayat yang saya gunakan pula adalah ringkas iaitu " Allahumma Zalkifli Tabaraka Yasin " Wallahu A'lam. Selamat mencuba.

Saturday, May 21, 2011

Kesan haruman Kasturi Kijang

Haruman yang disukai Rasulullah S.A.W ada yang tidak disukai olih MG (Makhluk Ghaib). Ianya akan memberi effect kepada mereka yang berada di dalam jasad manusia. InsyaAllah secara sepontan, individu berkenaan akan berasa kurang selesa seperti selsema, pening kepala, sakit pinggang dan sebagainya. Pernah ada jema'ah di surau yang komplen bahawa bauan yang dipakai olih anak saya tidak menyenangkan mereka dan perlu ditukar kepada yang lain. Wallahu A'lam.

Sunday, May 15, 2011

Kesian kat pelajar

Pelajar2 yang akan menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM tahun sudah  mula sibuk dengan kelas tambahan , kecemerlangan dsbnya. Anak saya telah menghadiri kelas bahasa Arab disebuah sekolah lain pada hari sabtu yang lalu, setiap pelajar dikenakan bayaran untuk makan berjumlah RM8.00

Anak saya menceritakan, makanan yang disediakan untuk sarapan pagi adalah ayam masak khurma, ulam timun bersama sambal. Apa yang menyedihkan, kawannya hanya dapat lauk kaki ayam sahaja. Kenapa sanggup pihak yang menyediakan/membekalkan makanan sebegitu kepada pelajar? Mereka bayar, bukannya percuma.

Thursday, May 12, 2011

Membaiki kenderaan

Saya telah menghantar kenderaan untuk penukaran talisawat (Timing Belt) di Pusat Service Proton Edar, sebelum ini saya telah membuat 2 pertukaran, yang pertama hanya bertahan 2 bulan sahaja apabila belt seperti mengeluarkan bunyi bising, untuk kali yang kedua pula bertahan hampir setahun. Namun saya nampak perbezaan yang ketara. Perbelanjaan menukar talisawat di Pusat Service Proton Edar memang mahal, kalau di kedai biasa.. upah tersebut adalah mencukupi untuk harga talisawat dan upah, tetapi kualiti talisawat dan kerja amat rendah. Apa yang saya faham, walaupun perbelanjaan agak mahal tetapi mutu kerja/qualiti amat memuaskan, termasuk berolih jaminan. Setahun yang lalu saya juga membuat penukaran clutch, namun selepas dilakukan pertukaran, amat mengecewakan.., seperti longgar sahaja. Kelmarin saya minta mekanik Pusat Service Proton Edar membaiki kerosakan tersebut, upah hanya dikenakan RM15 sahaja, masalah pun selesai.

Sebelum ini saya memang melakukan "service kenderaan" hampir 4 tahun disitu, namun untuk service biasa saya telah bertukar ke kedai biasa. Kalau servicing di kedai biasa, cost +- RM100, kat Pusat Service Proton Edar.. upah sahaja hampir RM30. Untuk masalah besar, saya perlu kembali ke Pusat Service Proton Edar.

Money Changer

Kelmarin kawan saya telah pergi ke 'Money Changer' untuk menukar wang RM kepada Bath Thailand, setelah beliau kembali kenderaan (saya yang memandu kenderaan) beliau merasakan kekurangan RM50 daripada dompet beliau. Jumlah wang untuk tukaran adalah RM400, wang yang diletak diatas meja itu seolah-olah di kuis jatuh olih pekerja tersebut, kemudian beliau memaklumkan kepada kawan saya, jumlah wang tersebut kurang RM50. Kawan saya jadi tidak pasti (Konfius), bagaimana pula jumlah wang tersebut bolih tidak mencukupi dan kenapa pekerja tersebut seperti sengaja menguis duit tersebut hingga jatuh kebawah?

Wednesday, May 11, 2011

Istilah Babi Dalam Perubatan...

Hari ini saya ingin kongsikan bagaimana untuk kita mengenal pasti ubat-ubatan yang mengandungi sumber khinzir. Satu cara yang paling penting ialah dengan membaca label pada produk ubat tersebut. Tapi... macam mana kita nak tahu kalau kita tak paham istilah-istilah sains yang sering digunakan pada label ubat?

Dalam Bahsa Melayu, perkataan Babi atau Khinzir jelas menggambarkan haiwan berkaki empat ini sama ada daging babi, bulu babi ataupun kulit babi. Tetapi di dalam bahasa Inggeris, kita mungkin terkeliru dengan pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan ini. Contohnya:

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.
2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.
3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kuran 50kg.
4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.
5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.
6. Boar : Babi liar
7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.
8. Sow Milk : Susu BAbi

dan ada pelbagai istilah lagi...

Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan babi, istilah Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan atau label ubat. Mungkin ramai orang Islam yang tidak mengetahui bahawa label yang bertulis "This product contain substance from porcine" bermaksud "Produk ini mengandungi bahan dari babi", atau label yang menyatakan "The source of gelatin capsule is porcine" bermaksud "Kapsul dari gelatin babi".

TQ

Sejarah Hari Ibu

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac.

Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu.

Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut. Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan.

Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja. Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe.

Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia. Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika.

Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

* Habis dok pakat ikut, serupa cam Hari Kekasih.., bila kita nasihat... depa kata OK.., cam tarian poco2 lah.. akan ada komen dari orang besor2. semuanya OK..

Monday, May 9, 2011

Saman Ekor dah tiada?

Pada 1 Mei 2011, masih ada kelibat pihak berkuasa berlindung dibelakang pokok kelapa sawit di lokasi.. jalan lurus selepas JPJ Benta.. disebelah kiri jalan. Memang menahan lukah betul... kenderaan memang banyak dan ada pula yang memandu laju, maklumlah dilokasi jalan lurus. Sebelum ini memang dah keluar kenyataan tiada lagi saman ekor.. ternyata palsu hehehe.., kita pakat tunggu yang JPJ pula.. siap ada gambar pemandu sebagai bukti.. kenalah selalu senyum ketika memandu... hehehe. Pastu bila memandu ada kenderaan JPJ kat belakang jangan dok pecut laju, di dalam kenderaan mereka telah dipasang alat mengesan kelajuan kenderaan. JPJ dah ada kelengkapan camtu... PDRM tak teringin ke? Yang menghairankan saya, pihak berkuasa tak pula melakukan perangkap laju dikawasan yang sering berlaku kemalangan hingga menyebabkan kematian.

Saturday, May 7, 2011

Dulu ternak kambing sekarang???

Pusat penternakan kambing ini cukup terkenal di daerah R, semasa Tun A menjadi PM, beliau telah datang melawat ke tempat ini mungkin untuk merasmikan atau urusan lain, Wallahu A'lam. Apa yang mengejutkan saya adalah, rakan sekerja memaklumkan tempat perternakan tersebut mungkin terdapat perternakan khinzir. Beliau telah 2 kali terserempak dengan lori yang membawa khinzir untuk masuk ke pusat perternakan tersebut dan lebih malang kenderaan mereka telah terkena kencing khinzir yang amat besar ketika lori tersebut mengambil ruang untuk memasuki tempat tersebut. Apa yang ditakuti, sungai berhampiran pusat penternakan tersebut adalah sungai yang memberi bekalan air kepada penduduk bandar R. Pusat pertenakan tersebut adalah milik syarikat dari Australia.

Friday, May 6, 2011

Perkhidmatan SMS 62100

Bermula 1 Mei 2011, TM telah memperkenalkan perkhidmatan SMS 62100, yang merupakan saluran baru bagi memudahkan pelanggan menghubungi kita. Selain itu, perkhidmatan ini dijangka memberi kesan positif terhadap index TRIM.

Berikut adalah senarai perkhidmatan yang boleh dibuat melalui SMS :


Sila layari laman web TM di www.tm.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan SMS 62100 atau taip HELP dan hantar ke 62100. Mari kita bersama-sama memaklumkan kepada rakan-rakan dan keluarga perkhidmatan SMS 62100 ini.

Perkhidmatan SMS 62100 ini merupakan sebagai pelengkap bagi platform, Pusat Khidmat Pelanggan TM yang lain seperti Pusat Khidmat pelanggan (100), laman web TM (www.tm.com.my) dan e-mel (help@tm.com.my).

Marilah bekerjasama dengan semangat 1TM untuk memastikan para pelanggan kekal bersama TM.

Sekian, terima kasih.

Bagi pihak Customer Service Management
Komunikasi Korporat Kumpulan
Telekom Malaysia Berhad

Tuesday, May 3, 2011

Hebatnya perawat muda

Saya amat tertarik dengan cerita sahabat saya bahawa anak saudara beliau yang menuntut di sebuah Kolej Pengajian Islam memaklumkan kepada beliau bahawa mereka telah diajar keilmuan rawatan perubatan Islam. Anak saudara beliau memaklumkan bahawa kisah yang dipaparkan di TV tidak benar dan perawat tersebut telah menipu penonton, kata beliau dalam kes merawat mereka memerlukan ramai orang untuk memegang pesakit yang kerasukan sedangkan yang dipaparkan di TV adalah sebaliknya.

Saya memaklumkan kepada beliau, perawat baru biasalah sering teruja, ada  yang merasakan keilmuan mereka sahaja yang benar dan yang lain itu penipu belaka. Mereka perlu faham, kaedah rawatan itu banyak termasuk keilmuan perawat itu sendiri. Beliau hanya mendiamkan diri, mungkin tidak bersetuju dengan pendapat saya. Nak buat camno " Wrong Channel " hehehe. Saya tidak menafikan adakalanya saya sendiri tidak menyukai akan kaedah rawatan tersebut seperti yang saya lihat di Astro Oasis kelmarin, perawat memegang tubuh pesakit berhampiran dengan bahagian sensitif wanita. Alhamdulillah, saya masih ingat pesan Guru saya supaya berhati-hati agar tidak mencemarkan nama baik rawatan Islam dan mengundang fitnah. Wallahu A'lam.

Thursday, April 28, 2011

Cuaca terlalu panas

Cuaca sekarang memang terlalu panas, cukup terasa bahangnya.., kawan saya kata ini adalah BALA dari Allah disebabkan rakyat terlalu seronok sangat dengan Fitnah yang sedang bermaharajalela di negara kita. Mereka lupa pada Al-Quran, Hadith, cakap Ulama dah tak nak ikut, hanya akan ikut yang sama dengan selera mereka. Media pun tengah dok sawan teruk sekarang ni...

Pembahagi Jalan

Tentu tuan/puan masih ingat pada thread yang lalu saya telah menceritakan mengenai kemalangan yang sering berlaku dilokasi berkenaan, sehinggakan satu malam terdapat 3 kemalangan yang menyebabkan kerosakan yang teruk dibahagian bawah kenderaan. Kini semuanya telah selesai, pembahagi jalan tersebut telah pun dibuang, kenapa? Dalam 1 kes kemalangan.. pihak Polis telah menyaman pemandu dan pemandu bertindak menyaman JKR.

Monday, April 25, 2011

Merawat Diri Sendiri

Merawat diri sendiri juga perlu seperti yang dinyatakan di blog Akrine. Saya juga pernah menggunakan kaedah membaca Surah Yasin untuk diri sendiri. Antara kaedah lain yang saya gunakan seperti menarik untuk membuang.., saya juga menggunakan kaedah pukulan. Saya menggunakan Sejadah Kecil yang saya beli di Sarawak untuk memukul bahagian anggota saya yang sakit. Minggu yang lalu saya terpaksa memukul kedua kaki saya kerana terlalu sakit sebagai ikhtiar, Alhamdulillah.. masalah selesai. Allahu Yasyfik.

Sunday, April 24, 2011

Kisah SIHIR lagi...

Dalam masa 2 minggu ini, saya sudah ketemu dengan 2 permasalahan sihir iaitu yang melibatkan SANTET dan Sihir yang menyebabkan pesakit sukar untuk bernafas, merasa sedih dan menangis.

Kedua-dua pesakit telah mendapatkan rawatan modern. Pesakit SANTET telah mendapatkan rawatan menggunakan Aura dengan seorang perawat... 2 kali rawatan cas untuk memagar rumah adalah RM350. Beliau berterus terang kepada saya niat ikhlas beliau membayar RM350 sudah tiada, beliau rasa tawar hati dan telah berjumpa dengan perawat lain, alhamdulillah diberi minum air yang telah di ruqyah.

Pesakit yang kedua pula, saya cukup kasihan.. seorang ibu kepada 2 orang anak, yang sulung berusia 7 tahun adalah kana2 intimewa dan adiknya berusia 3 tahun. Semasa ibunya menerima rawatan di Hospital.. beliau dijaga olih jiran sebelah rumah. Akhirnya setelah pelbagai ujian dijalankan maka Doktor memberi kepada beliau Ubat Penenang Jiwa.

Alhamdulillah, saya memohon bantuan kawan2 saya untuk merawat kes berkenaan. Semuga Allah kurniakan kesembuhan sepenuhnya kepada kedua-dua pesakit. Aamiin.

Thursday, April 14, 2011

Berbual dengan kaki

Saya tertarik dengan cerita diblog olih seorang perawat hebat yang telah berguru dengan ramai Guru2 dan beliau juga dari keturunan yang mulia. Wallahu A'lam. Beliau menceritakan kisah beliau merawat pesakit yang telah ramai dirawat olih perawat AKRINE. Ayat "power" dari cerita beliau adalah mengenai kata ibu pesakit iaitu kaedah merawat yang sama iaitu berbual dengan kaki.

Kenapa perawat yang tak berapa pandai seperti saya ini menggunakan kaedah tersebut? Kaedah tersebut bukannya 100% perfect, ianya sekadar menganalisa sahaja untuk penyelesaian masalah. Contohnya kita tanya MG samada SAKA, SIHIR dsbnya. pastu minta berkumpul untuk diikhtiarkan untuk menarik keluar dari jasad pesakit dengan memohon kepada Allah, Saya menggunakan kaedah tersebut untuk mengelak kerasukan atau kesurupan. Lagipun kalau pesakit duduk berlunjuk sambil bersandar.. taklah letih sangat.., namun kalau dok berlunjur lama sangat pun.. tak baik juga.. pastinya akan mengundang sakit dibahagian tumit kaki... atau lenguh kaki.

Semuga pesakit dan keluarga tidak salah faham bab merawat menggunakan isyarat kaki.. ataupun seperti cerita kat blog perawat hebat iaitu " Berbual dengan kaki ".


Tuesday, April 12, 2011

Rindu kepada Guru

Malam tadi kebetulan berpeluang menonton program Astro Oasis, Alhamdulillah.. dapat melihat TG Ustaz Abdul Majid merawat Kes Jin Asyik & Jin Sihir. Terubat rasa rindu kepada beliau. SMS kat AKRINE, diberitahu bahawa rakaman tersebut adalah yang 4 tahun lepas. Bila keluar aje program tersebut dan ramai yang menonton, maka tak laratlah pihak AKRINE nak jawap panggilan telefon.

Bahaya Pembahagi Jalan (Road Devider)

Kepada tuan/puan yang melalui jalan Kuala Lipis - Benta haruslah berhati-hati dipersimpangan Kampung Rengai, banyak kenderaan yang dah jadi mangsa, ada yang tercabut tayar, pecah bahagian bawah injin dan pagi tadi sebuah kereta WAJA masih tersangkut di atas devider tersebut. Hairan betul, pihak yang bertanggung-jawap seolah-olah pejam mata, mungkin mereka nak tunggu sehingga berlakukanya kemalangan maut baru nak bertindak. Yang menjadi mangsa di lokasi tersebut umumnya memandu diwaktu malam, lebih-lebih lagi yang memandu laju dan suka memotong kenderaan lain di selekoh...

Tuesday, April 5, 2011

Sakit Gout?

Suami kepada sepupu isteri saya telah 15 hari asyik terbaring aje, selera makan pun dah mula tiada, bila malam pula kadangkala ada gangguan. Family jadi risau, saudara-mara dan sahabat handai kata kes SAKA. Anak dan isteri pesakit pula berkata " Orang lain pun sakit Gout juga, tetapi tidaklah seperti ini ".

Erm berborak hal keluarga melebihi rawatan, maklumlah keilmuan yang sedikit, tahu gitu2 aje. 1st guna daun sireh ikhtiar menarik bisa, ada daun pada lokasi tertentu ditakdirkan Allah menjadi layu, ada 2 lokasi yang saya nampak.

Pastu ruqyah kaedah cepat, perdengarkan ayat azab menggunakan telefon CDMA... (Bukan Handphone).. mata pesakit mula merah mula nak menangis.. keadaan perut seperti berombak... ketuk dengan jari kat lokasi Ajna.. untuk elak kesurupan (kerasukan).

Ruqyah air untuk minuman, pastu ajar family tersebut kaedah merawat pesakit, khususnya kalau buat hal tengah malam.

Semasa makan tengahari, isteri pesakit telah menyediakan Nasi Kanji/Bubur untuk suaminya, saya pun ajak makan bersama.., maka beliau pun setuju untuk makan nasi.. kasihan juga beliau hanya makan nasi dengan kuah gulai tempoyak aje. Pada mulanya beliau minta sedikit sahaja nasi, alhamdulillah.. selepas itu beliau minta tambah nasi. Seronok saya tenguk. Alhamdulillah... tapak tangan yang pucat lesi kelihatan merah kembali. Semuga Allah kurniakan kesembuhan sepenuhnya. Untuk rawatan lanjut saya pasti akan hubungi Guru dan sahabat saya dari Jema'ah Qudrah untuk membantu. Wallahu A'lam.

Tarian POCO-POCO

Selain kisah video mengarut kini turut hebuh bab tarian poco-poco, tak sedar harga minyak RON97 dah naik. Hehehe. Mufti Perak kata HARAM.. pastu ada orang cerdik pandai kata Harus... habis pakat pening kepala bolih ke tidak ni? Kepada peminat tarian poco-poco cuba lihat step/langkah tarian tu bukankah berbentuk SALIB? Dok seronok menari sampai tak perasan le pulak hehehe.

Tuan2 Puan2, toksah serabut kepala, Rasulullah dah mengajar kepada kita, bila berlaku bab bolih atau tidak, maka tindakan terbaik tinggalkan aje. Nak ikut cakap Ustaz/Ustazah ke nak ikut cakap Rasulullah?

Wallahu A'lam.

Friday, March 25, 2011

Do Not Open Message

PLEASE CIRCULATE

to your friends, family and contacts.

In the coming days, DO NOT open any message with an attachment called: BLACK MUSLIM IN THE WHITE HOUSE, regardless of who sent it to you. It is a virus that opens an Olympics torch that burns the whole hard disk C of your computer. This virus EVEN IF IT comes from a known person who you have in your list.

Directions: You should send this message to all of your contacts. It is better to receive this e-mail 25 times than to receive the virus and open it.

If you receive a message called BLACK MUSLIM IN THE WHITE HOUSE even if sent by a friend, do not open, shut down your machine immediately. It is the worst virus announced by CNN. This new virus has been discovered recently it has been classified by Microsoft as the virus most destructive ever.

This virus was discovered yesterday afternoon by McAfee.. There is no repair yet for this kind of virus. This virus simply destroys the Zero Sector of the hard disk, where vital information function is stored.

WJ

Thursday, March 24, 2011

E-mel PALSU Bayaran Balik Cukai Terlebih Bayar

E-mel PALSU Bayaran Balik Cukai Terlebih Bayar

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin membuat penafian mengeluarkan email (HASIL )kepada pembayar cukai yang mengatakan mereka layak diberikan bayaran balik sejumlah RM700.00 lalu mereka diminta klik kepada http://62.23.69.2/hasill.gov.my/index.php.htm yang mengarahkan pembayar cukai memberikan butiran diri dan nombor bank mereka.

Di sini LHDNM ingin mengesahkan bahawa e-mel tersebut adalah PALSU dan merupakan aktiviti phishing oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mencuri maklumat dan wang pembayar cukai.

Orang ramai yang menerima e-mel tersebut dinasihatkan untuk tidak membukanya serta menghapuskannya dan dilarang memberikan sebarang maklumbalas terhadap arahan yang terkandung di dalamnya.

Unit Keselamatan ICT, Jabatan Teknologi Maklumat, LHDNM bertindak pantas dengan melaporkan hal ini kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia apabila mengesan aktiviti bermula semalam dan laman tersebut telah dipintas dan ditutup. Ini adalah merupakan cubaan kali ketiga untuk menipu pembayar cukai.

Harap maklum bahawa setiap data dan maklumat pembayar cukai adalah dijamin selamat dalam simpanan LHDNM. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan hal ini boleh diajukan kepada Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM di talian 1-300-88-3010 atau melalui e-mel callcentre@hasil.gov.my.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Dikeluarkan oleh : Mazlan Wan Chik
Pengarah Komunikasi Korporat
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tarikh : 14 March 2010
Nombor Telefon : 03-6203 1380
Nombor Faks : 03-6201 2434
Pusat Khidmat Pelanggan : 1-300-88-3010
http://www.hasil.gov.my/

Wednesday, March 23, 2011

Roti Terbang

Tuesday, March 22, 2011

Cerita Mistik

Cerita mistik amat digemari olih masyarakat Melayu. Peminat cerita2 Mistik tentu cukup kenal dengan nama Tamar Jalis. Siri bercakap dengan Jin cukup mendapat sambutan. Majalah Mastika juga turut terlibat menerbitkan kisah-kisah misteri dan aneh.

Kini peminat cerita mistik tidak perlu lagi membeli buku, mereka bolih melayari internet dengan berkunjung ke blog2 perawat, terdapat pelbagai cerita dan kisah yang berdasarkan pengalaman perawat.

Monday, March 21, 2011

Telur Tiruan





Bahan2 untuk membuat Telur Tiruan
  • Glucolactone
  • Asid Benzoic
  • Kalsium Klorida
  • Selulosa
  • Alum
  • Asid Amino
  • Pewarna Makanan
  • Sodium alginate
  • Gelatin

 

Tuesday, March 15, 2011

Pertukaran Nama Blog

Blog ini nama asalnya mencupu, cadangan asal nak delete aje blog mencupu, namun bila saya semak kembali isi kandungan blog mencupu, banyak yang memberi munafaat kepada saya sebagai bahan rujukan.

mencupu asalnya daripada pokok traditional yang terdapat di kampung isteri saya, sebab itulah saya meletakkan gambar buah mencupu pada blog tersebut. fazintan pula adalah hasil gabungan anak2 saya.

Sekian, harap maklum.

Saturday, March 12, 2011

Ikan Tilan

Untuk mendapatkan ikan tilan apabila memancing disungai.. umpannya adalah cacing. Bila ikan tilan makan umpan terus telan... baru bergerak.., jadinya mata kail sah dok dalam perut. saya cukup geli dengan ikan ini.. pergerakan ekor membelit tali pancing seperti ular..

Orang kata rasa daging ikan ini sedap, dimasak goreng berlada.  Kalau yanga ada penyakit bunga badan.. erm ini kita pantangya..

Bila kita dah dapat pancing ikan ini, nak memegang jadi masalah sebab licin, kelemahan ikan ini adalah dengan cara memegang menggunakan daun keladi... terus ikan ini jadi lemah. Wallahu A'lam.

Begitu juga bab ular, buluh yang dikatakan cepat melemahkan ular adalah " Buluh Lemang ". Kena sikit aje dah cukup... insyaAllah.. KO ular tersebut. Wallahu A'lam.

Friday, March 11, 2011

Penggerak

Penggerak? Erm dekat aje dengan penggera (Alarm). Keilmuan penggerak bukanlah bermaksud keilmuan untuk bagun dari tidur,  peringatan untuk tarikh/masa atau sesuatu yang penting tetapi penggerak yang saya maksudakan adalah keilmuan diamalkan olih pendekar zaman dulu untuk keselamatan daripada tipu helah serangan musuh samada secara berdepan ataupun " Pukul Curi ".

Ada kaedah amalan penggerak ini diamalkan ketika " Kilat atau Petir " sedang berdentum. maksudnya bagaimana pantasnya pergerakan petir atau kilat, begitulah pantas pergerakan pengamalnya. Wallahu A'lam.

Kaedah mudah amalan juga dilakukan ketika bangun daripada tidur dengan kaedah tertentu dengan bacaan Selawat sebanyak 3X dan amalan pergerakan pada jari. Diizinkan Allah, keilmuan yang kita amalkan itu makbul, kaedah mengenalnya adalah melalui amalan pergerakan dijari. Wallahu A'lam.

Budak2 dahulu, sekiranya mereka mengetahui ahli keluarga seperti bapa saudara, datuk mempunyai keilmuan tersebut, ketika  individu tersebut sedang tidur, bukan cam sekarang dok baring atas tilam, orang dulu2 rumah berlantai papan aje dialas dengan tikar mengkuang.., cara digolekkan guli menghala bahagian belakang, InsyaAllah... badan individu tersebut akan melentik keatas dengan sendirinya tanpa disedari olih empunya diri yang sedang tidur. Dah jadi mainan berbudak le pulak... hehehe, ini cerita dulu2 . Sekadar nak bercerita kepada generasi muda keilmuan orang dulu2.

Penggerak yang paling baik adalah, menyedarkan kita dimalam yang sunyi sepi, untuk bangun beribadah kepada Allah Subhanahuwata'ala. Wallahu A'lam.

Thursday, March 10, 2011

Strategic Management Process

Implementation plan

This third and final stage in the strategic management process involves developing an implementation plan and then doing whatever it takes to make the new strategy operational and effective in achieving the organization's objectives.

In the practice of strategic management, strategies must be implemented to achieve the intended results. The most wonderful strategy in the history of the world is useless if not implemented successfully.

Tuesday, March 8, 2011

Hati Hati Orang KL

From: Nor Fatimah Abdul Ghani

Sent: Thursday, March 03, 2011 9:46 AM

To: Noor'aini Abd Rahman; Iza Syafinaz Suhin; Norhaslinda Mohamad; Rosnani Binti Zakaria; Wan Nazuha Wan Daud; Ummi Ammarah Mohamed Norbek

Subject: Hati-Hati

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar adik-adik sekelian pagi ni? Semoga sihat semuanya. Kengkawan semua kak nor ada satu berita sedih tau pasal bos kak nor. Ptg semlm masa bos kak nor balik dr pejabat beliau dah disimbah asid oleh seseorg,.  Beliau tak mengenali penyerangnya. Tp bukan bermotifkan dendam sbb menurut polis semlm je termasuk exec kak nor ni seramai 4 org dah kena sekitar tasik titiwangsa. Penyerangnya menurut beliau seorg berbangsa India. Dan menunggang motosikal. So berhati-hatilah kengkawan semua. Naik je keta tu terus kunci pintu. Naik kereta jgn buka tingkap. Bos kak nor ni dia sedang memandu dgn tingkap terbuka. Semoga ALLAH melindungi kita semua. Beliau sedang dirawat di HKL.

NOR FATIMAH ABDUL GHANI
COMPLAINT MANAGEMENT UNIT
CSM SELANGOR.

Monday, March 7, 2011

Bengis!

Muka bengis bolih menyebab orang menjadi takut, tambahan pula dengan misai melintang hehehe, ada yang semula jadi dan sebaliknya. Muka aje nampak bengis... tapi hati baik.. jangan mudah salah sangka atau membuat andaian sambarono kepada mereka yang berwajah bengis.

Ada yang jenis muka kesian tetapi mahu muka atau wajah nampak bengis, pelbagai cara dilakukan tetapi bukanlah dengan solekan wajah. Ada yang simpan misai pak belang dalam poket kononya musuh nampak kita akan menjadi takut. Namun bab misai pak belang ini, kalau masih baru dan ada bau lagi, erm bila anjing bau atau terhidu, mencanak larinya.

Kaedah orang dulu kadangkalanya menggunakan bacaan tertentu, katanya " Aku datang bagai pahlawan... bla bla bla..... hadapan ". Tak payahlah nak nampak muka bengis nih, daripada kawan ajak minum atau makan dah terlepas rezeki hehehe, sekadar nah cerita kepada generasi baru yang tak berapa nak percaya bab2 begini.

Berikhtiarkan mendapat wajah yang terdapat Nur yang Allah redhoi. Sejuk mata yang memandang dan dikasihi olih sekelian insan. Wallahu A'lam.

Strategic Management Process

Formulation
Formulation, the second phase in the strategic management process, produces a clear set of recommendations, with supporting justification, that revise as necessary the mission and objectives of the organization, and supply the strategies for accomplishing them.

In formulation, we are trying to modify the current objectives and strategies in ways to make the organization more successful. This includes trying to create "sustainable" competitive advantages -- although most competitive advantages are eroded steadily by the efforts of competitors.

There are four primary steps in this phase:

  1. Reviewing the current key objectives and strategies of the organization, which usually would have been identified and evaluated as part of the diagnosis.
  2. Identifying a rich range of strategic alternatives to address the strategy formulation.
  3. Doing a balanced evaluation of advantages and disadvantages of the alternatives relative to their feasibility plus expected effects on the issues and contributions to the success of the organization.
  4. Deciding on the alternatives that should be recommended. or implemented
A good recommendation should be: effective in solving the stated problem(s), practical (can be implemented in this situation, with the resources available), feasible within a reasonable time frame, cost-effective, not overly disruptive, and acceptable to key "stakeholders" in the organization.

It is important to consider "fits" between resources plus competencies with opportunities, and also fits between risks and expectations.

Sunday, March 6, 2011

Salah tempat daaa...

Altersebutlah kisah kumpulan berbaju putih bersama teropongnya menyorok di dalam semak untuk mengesan kelajuan kenderaan. Nak jadi malang, lokasi kumpulan berbaju putih ini adalah laluan kumpulan sondol.., apalagi.. dengan teropong2 kena sodok termasuk anggota kumpulan berbaju putih, kira dalam sejarah mereka terdapat gambar anggota kumpulan penyondol. Ini bukan kisah dongeng... tetapi kisah benar yang berlaku baru2 ini.

Asak Tangan

Apa yang dimaksudkan dengan asak tangan? Daripada lengan hingga ke jari menjadi keras umpana besi atau batu, Wallahu A'lam. edikit dalam pengetahuan saya, asak ini ada 2 jenis iaitu batu atau besi.
Apabila yang mempunyai keilmuan ini, diizinkan Allah hanya dengan menepis tumbukan musuh bolih menyebabkan musuh patah tangan.

Asak tangan juga diizinkan Allah, mampu menahan pukulan dari benda keras atau senjata disebabkan keilmuan ini merangkumi tahan daripada senjata, penderas dan pembisa.

Orang dulu belajar kena pengkeras, untuk keilmuan ini versi Melayu + Jawa, pengkerasnya adalah RM3.25 (orang dulu kata 3 ringgit suku).

Ada juga yang menguatkan lengan secara fizikal iaitu dengan memukul lengan tangan dengan tebu hitam. Kenapa tak guna tebu kuning? Wallahu A'lam.

Tebu hitam banyak berkait dengan rawatan, kaum chinese juga menggunakan air rebusan tebu hitam dan dicampur dengan herba atau ayam kampung untuk perubatan. Wallahu A'lam.

Saturday, March 5, 2011

STRATEGY

Strategy
  • The word strategy originates from the Greeks around 400BC. It centered on the art and science of directing military forces for success
  • In modern times the word is used in organisational management.
  • A strategy defines the mode or plan of action for allocating resources to gain competitive advantage and to achieve an objective at an acceptable level of risk.
  • Strategy requires a mix of goals and policies which provide a specific path of action.
  • Strategy outlines a basic approach to be used in reaching specific goals
Strategic Management Process .
  • Strategic management is an ongoing process to develop and revise future-oriented strategies that allow an organization to achieve its objectives, considering its capabilities, constraints, and the environment in which it operates. 
  • Strategic management process that comprises three phases: diagnosis, formulation and implementation. 

Palampas tangan?

Apa yang dimaksudkan dengan pelampas tangan? Keilmuan ini adalah untuk menguatkan jari tangan kepada ahli pesilat lebih-lebih lagi yang suka dok mencekak. Bukan cekak leher hehehe.. cekak kat tangan musuh untuk dilipat atau kunci. Kalau tangan musuh tu berpeluh.. pasti jadi licin jadi kelebihan keilmuan ini bila cekak diizinkan Allah lekat, namun begitu ada pula keilmuan yang memanaskan badan jadi cam api, bila disentuh anggota badan terasa panas, maka pegangan atau cekak akan terlepas. Wallahu A'lam.

Dalam kelimuan untuk mencekak ini ada yang lakukan petua mengarut, iaitu semasa " melabur kat dalam tandas "  tangan mencekak atau genggam erat buluh tersebut, diizinkan Allah buluh ini akan pecah bila sampai masanya. Pastu kira powerlah bab cekak nih..huhu. Namun ada keburukannya iaitu bila badan dah lemah keilmuan tak berapa nak jalan maka darah akan keluar dari usus. Wallahu A'lam.

Untuk menguatkan jari-jari, ada yang menggunakan kaedah mengacau pasir dalam kuali menggunakan tangan. Sambil mengacau tu ada bacaan tertentu. Janganlah terlebih panas nanti cam masak buah berangan pula... hehehe.

Bila jari kuat sedap sikit, test dengan mencucuk jari pada tin susu..., kalau dah tembus tu.. faham-fahamlah.., Keilmuan orang dulu-dulu ada namanya seperti Seni Gedang, Patang Geni, Palimun. Ini sekadar cerita untuk pengetahuan am kepada generasi baru. Wallahu A'lam.

Thursday, March 3, 2011

Gangguan MG di Ladang Getah

Teringat semasa remaja ketika mengembala kambing di ladang getah, masa tu mana ada jam tangan, tenguk hari dah nak gelap kambing pun tahu... waktu kena balik ke kandanglah hehehe, kambing ni walaupun dalam perjalanan balik masih sibuk dok meragut rumput.

Tiba kedengaran seperti angin kuat, pastu kedengaran seperti dahan getah di patahkan... tenguk kat atas pokok getah takde pun dahan yang patah, ah sudah! ada pula dok mengganggu..(Kat Pahang ini orang namakan Hantu Merepang), kambing tiba2 semua berkumpul setempat tak mahu berjalan kehadapan.., camno nak buat nih.., maklumlah masa tu tak teringat apa2 pun nak baca atau azan. Senjata yang ada kat tangan hanya parang sabit aje, bukan apa bawa parang tu, sebagai senjata untuk bertindak kalau ada kumpulan anjing liar atau harimau kumbang mengganggu kambing.

Akhirnya saya bertempik kepada kambing " Balik!!! ", diizinkan Allah... mungkin kambing terkejut kot hehehe.. terus semuanya berlari untuk balik.. dan gangguan senyap begitu aje. Kambing lari laju... pengembala pun kena lajulah juga... hehehe.

Kat kawasan situ memang selalu buat hal, saya lihat ada lampu atas pokok getahlah, maklumkan kat sempadan ladang tersebut ada kawasan hutan sikit, bomoh suka lepas MG kat situ atau mereka letak " Ancak " untuk menjamu MG. Alhamdulillah, zaman sekarang ini dah tak berapa ada dah kot.

Untuk gangguan bunyi macam2 nih, petua dia senang aje.., kawan saya yang ajar, bagaimana caranya? Saya ulang balik.. kalau yang dah terlupa atau tak tahu. iaitu cakap aje kat MG tersebut " Kalau kau handal sangat kau menyanyilah lagu (sebut lagu yang tuan2 ingat) kalau tak pandai tolong diam " InsyaAllah, akan diamlah MG tersebut. Tak percaya? Cubalah dulu, kalau masih degil tuan2 firelah MG tu.

Wallahu A'lam.

Siapa berani mandi kat kolam tu?

Siapa yang berani mandi kat kolam tu? Teman idak le sanggup.. hehehe

Tuesday, March 1, 2011

Waktu Penghujung

Semalam saya menjadi hairan kenapa kat Balai Polis ramai sangat orang, secara kebetulan bertemu Boss kat sini, beliau mengeluh kerana sudah 2 kali ke Balai Polis untuk membayar saman anak saudara beliau yang tinggal di Kuala Lumpur namun masih tidak berjaya. Ooo rupanya tarikh akhir diskaun pembayaran saman. Apa yang saya faham, diskaun ini bermula akhir tahun lepas lagi, saya sendiri telah membayar 1 saman yang dapat diskaun 50%. Memang dah jadi satu kelaziman atau habit masyarakat Malaysia untuk berurusan di waktu akhir ataupun last minute kata omputih.

Bila tak berjaya membuat bayaran mulalah merungut atau marah dengan mengatakan anggota bertugas lembab, sistem slow dsbnya. Memanglah sistem jadi slow.. seluruh negara dok asak.. mahu ' HANG ' sistem berkenaan, tak sempat nak baca data. Kepada yang tak puas hati mengatakan sistem berkenaan slow, minta kerajaan upgrading/tingkatkan kelajuan sistem kepada 1Gb/s atau 10 Gb/s.

Tak lama lagi pun ada pesta berurusan waktu akhir iaitu Pembayaran Cukai Pendapatan. Sekarang ini zaman cyber.. nak check saman guna HP pun bolih lebih-lebih lagi melalui IT, facebook bolih jenguk siang & malam tetapi nak check saman jadi payah le pulak. Untuk kemudahan bab saman ekor olih PDRM, saya cadangkan pengunjung blog mencupu register/daftar dengan http://www.myeg.com.my/ setiap bulan akan terima email status saman dan pelbagai perkhidmatan yang terdapat di web berkenaan.

Bab waktu akhir ini ibarat pergi majlis perkahwinan, ada rezeki tuan rumah bekalkan lauk pauk sebab banyak berlebih, kalau nasib kurang baik.. erm lauk tinggal kuah ajelah.

Perkara Pelik?

Masyarakat kita umumnya amat menggemari perkara yang pelik2, kat akhbar Kosmo semalam kisah pokok petai. Apabila dah keluar kat akhbar, InsyaAllah akan semakin ramailah pengunjung/pelawat ke lokasi tersebut.

Semasa jalan daripada Jerantut ke Jengka baru siap, air yang keluar daripada sesalur bukit yang di simen telah menjadi tumpuan orang ramai, kononnya air di lokasi tersebut bolih menyembuhkan penyakit. Alhamdulillah sekarang ini dah berkurangan. Sebenarnya banyak lokasi lain yang menjadi tumpuan orang ramai yang mendefinasikan sebagai Air Mineral. Tuan/puan bolih ketemu individu yang membawa bekas air dalam kuantiti yang banyak, contohnya Jalan Simpang Pulai, Perak ke Cameron Highlands.

Sukacita ingin saya kongsikan kisah benar yang berlaku di Felda Sungai Koyan, Raub, Pahang. Tersebar berita mengatakan air keluar daripada pokok kelapa, baunya seperti air kelapa. Maklumlah bab perkara pelik memang cepat akan tersebar dan peminat pun ramai, erm pakat berbaris untuk mendapatkan air tersebut. Ada individu yang menyiasat perkara tersebut, maka terjumpalah punca sebenar bagaimana air tersebut keluar daripada pokok kelapa tersebut, iaitu paip air yang bocor. Selepas paip air tersebut dibaiki maka keringlah air yang dikatakan keluar dari pokok kelapa. Wallahu A'lam.

Sunday, February 27, 2011

Ketahanan Tubuh Badan

Orang dulu2, selain menjaga pemakanan, mereka juga turut mengamalkan kaedah tertentu seperti mandi embun, amalan selepas bangun dari tidur dan amalan mandian.

Kaedah mandi pula mestilah mengikut bulan Islam ataupun waktu bulan naik. Mandi dengan 40 gayung/timba, iaitu 1 bulan = 3X.

Sukacita saya ingin kongsikan kaedah yang diajar olih Guru saya, semuga memberi munafaat kepada pengunjung blog mencupu. Baca ayat 20 Surah 81. (At Takwiir) sebanyak 3X, tiupkan pada tapak tangan sapu bermula di muka, kepala dan seluruh anggota yang tercapai olih tangan berakhir di kedua hujung kaki.

Untuk mandian sebaiknya berniat, " Aku mandi untuk menyehatkan tubuh badan kerana Allah Ta'ala." Orang dulu lain pula niatnya " Sahaja aku mandi untuk kuat dan tahan tubuh badan aku kerana Allah Ta'ala."

Wallahu A'lam.

Saturday, February 26, 2011

Cukuplah Ton &^%$(

Ton &^%$( ni memang banyak pengikut setia, sampai sekarang cukup minat menulis cerpen kisah masyarakat, sekarang nih dah macam dok merepek le pulak. Ramai yang masih tak percaya, apabila ada individu yang mengatakan Ton &^%$( ni berketurunan dari sebuah tempat Keralapayau di Hindia Timur.

Kepada yang fanatik sangat tu, saya nak habaq mai, Ton &^%$( ni ayah dia memang datang dari Keralapayau iaitu sekapal dengan nenek saya sebelah bapa, Mak Ton &^%$( memang dari Tanah Malaya dan asal keturunan Datuk yang beristeri 2. Saya lihat sendiri susur galur dari sebelah emak beliau. Atuk kepada sepupu saya adalah dari keturunan Datuk yang beristeri 2. Siapa Datuk yang beristeri2 tu? Datuk Temenggung Pulut? Bekas Bendahara Negeri Padi juga adalah dari keturunan  Datuk tersebut dari Datin yang sorang lagi. Siapa yang dok kata dia Malayu tulin.. silap besaq lah. Pasai apa bolih saya sentuh Ton &^%$( nih? Sebab dia dok mengarut lebih sangat sampai dok pi sanjung pula makhluk Allah yang azab sangat waktu nak mati.

Friday, February 25, 2011

Gelanggang Silat

Teringat kisah dulu2 bab membuka gelanggang silat, gelanggan silat dulu atas tanah aje, dinding pun dengan daun kelapa aje. Antara kaedah nak buka gelanggang ni, selain dok guna kemenyan, depa pi sembelih ayam jantan pastu darah ayam tu di letakkan di 4 penjuru gelanggang, pastu ayam tu ditanam ditengah gelanggang.

Murid atau pesilat nih masa dok belajar atau berlatih, mana ada rasa sakit, sepak terajang dsbnya relax aje hehehe.

Ada juga gelanggang silat yang tidak dilakukan sedemikian, cuma adabnya waktu nak masuk kena baca Al-Fatehah.

Bab memecah gelanggang memang berlaku, caranya depa pi hentak MG yang dok jaga gelanggang tu, pastu baru pi pediah/belasah Tok Guru tu pula.

Paling tak menyenangkan, bila dah habis sebangsal.. kata orang atau separih, depa tak tutup dengan cara yang betul, buka tau tapi tutup tak tau.., apa hasilnya MG pi dok mengacau rumah yang terdekat dengan gelanggang, erm habis pula duit tuan rumah bayar upah nak halau MG.

Thursday, February 24, 2011

CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA

AMARAN DARIPADA POLIS

Berhati- hati kawan2ku tentang masaalah ekonomi yg semakin parah, manusia terdesak melakukan berbagai2 cara untuk merompak kita.. Berhati2 semua terutama para wanita.

Bahaya....!!!

Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta diparking awam. Semasa nak balik kerumah saya terperasan ada pelekat kat cermin belakang kereta saya. Bila saya tanggalkan pelekat tu kat rumah, rupa2nya cuma resit pam minyak . Tak lama lepas itu saya terima email ini.

" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA"

CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )

Sedarlah semua! Tolong sebar2kan..... Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa juga benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar  dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi. Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Sekian, Terima kasih.

Dengan Ikhlas,

Afizah Raub

Wednesday, February 23, 2011

Tak Lama Lagi Pilihanraya

Mengikut pengalaman yang lalu, apabila Wakil Rakyat dah turun padang.. maknanya tak lama lagi akan diadakan pilihanrayalah...

Adun tempat saya ni.. camtulah.., lepas dia menang tak tunjuk muka dah, buat program apa pun tak berapa nak datang.. sebab tempat saya nih memang penyokong kuat dia, masa dulu ada lawan sikit-sikit, keraplah dia datang melawat hehehe..

Dia datang nak melawat sahabat saya yang sakit, malangnya pesakit ada kat Temerloh dan kini mungkin kat Selangor kat rumah anak beliau. Memang patut YB ni datang melawat, sebab kat depan pintu itu ada ayat power ' DULU KINI DAN SELAMANYA '.

Saya beritahu kat pakcik tu " yang penuh semangat bercerita kepada saya YB datang jumpa dia ". Mintalah apa2.. InsyaAllah dapat le tu.. kalau kena gaya. Apakah yang orang taman tu minta? Nak pagar tinggi untuk kawasan permainan. Elok minta tambahan lampu limpah untuk senang budak-budak main bola hingga larut malam.

Keselamatan Di Rangkaian Sosial

Wednesday, February 16, 2011

Masin Mulut

Al tersebutlah kisah zaman PWD dulu berlaku di kawasan Utara Tanah Melayu, majoriti pekerja bawahan (IMG) adalah dari kaum X&^%$*. Masa tu menebas rumput menggunakan parang sabit, bukan cam sekarang ni.. guna mesin rumput galas..., badan lencun/lenjun dengan peluh dok menghayun parang sabit ala- ala Main Golf atau putaran Helikopter.  Walaupun menggunakan parang tepi jalan terang, sekarang guna mesin jalan semak hehehe, dulu PWD sekarang Roadcare, JKR memantau hehehe.

Di kawasan kampung, orang dulu-dulu suka tanam Pokok Ubi Gajah, pastu buat kerusi kayu untuk menunggu bas atau teksi, bukan cam sekarang ini Pondok Menunggu Bas 1 Malaysia yang jadi Port untuk remaja berkumpul, kadangkala bapa remaja pun tumpang sekaki hehehe.

Ada seorang tua telah berpesan kepada pekerja PWD nih agar tidak menebang Pokok Ubi Gajah, tak tahulah disebabkan tak faham bahasa percakapan orang tua tersebut ke? Takut kat Tandey (Mandor) ke? Di libasnya juga pokok tersebut.

Buah pokok ubi gajah ni, kalau kambing makan buahnya, ikut hukum akal.. memang KO kambing tersebut, banyak dah kambing terkorban asbab buah Ubi Gajah. Bebudak sekarang pokok ubi kayu pun ada yang tak kenal hehehe. Erm.. masa saya kecil dulu.. huii ubi kayu rebus sama gula merah.., kena pula air kopi.., kebetulan pula hari hujan.. amat menyelerakan.. takde pula jadi kembung.., dah tua-tua nih.. makan sikit dah perut meragam.., makan kentang goreng Ok lah pula... hehehe. OK sambung semula cerita...

Kejadian itu disedari olih orang tua tersebut, maka beliau pun berkata " Nak mampus X&^%$* ni, ditakdirkan Allah, dengan izinNYA.. mengelupur X&^%$* berbuih mulut. Wallahu A'lam.

Begitu juga bab Mat Rempit kat kampung atau Taman  Perumahan, sorang kata " Ada harapan berlanggar dengan lori " pastu yang lain pun dok cakap sebegitu.., kata orang... cukup 40 orang.. memang jadi betul.., Wallahu A'lam.

Pesanan Guruku...

Kepada perawat2 atau Mu'allij yang dihormati sekelian, inilah pesan Guru saya kepada kami anak murid beliau, agar sentiasa muhasabah diri, jaga niat dan ikhlas dalam amalan.

" Kalau kita pandai, ada lagi orang yang pandai. kalau kita rasa kita hebat, ada lagi orang yang hebat. Namun serahkan semuanya kepada Allah swt, dan mohon petunjukNYA kerana Allah swt lah Yang Sebenar-benarnya Maha Bijaksana. Insyaa AllaaH, akan ada petunjuk NYA jika kita sabar dan ikhlas."

Adakalanya kita belum benar2 di uji oleh Allah dengan ketemu permasalahan rawatan yang amat hebat, ayat mudah " Buku Bertemu Dengan Pensil " orang dulu-dulu kata " Buku Bertemu Dengan Ruas ". Jadinya kita jadi seronok dan rasa diri dan keilmuan kita begitu hebat, sedangkan kita terlupa.. sehebat mana pun kita kalau Allah tak izinkan maka tidak akan jadi, paling ditakuti Allah izinkan tanpa redhoNYA. Maka kita akan semakin jauh tersasar dari rahmat dan pertunjuk dari Allah.

Tak perlulah kita nak memperlekeh kumpulan perawat atau perawat A, B dsbnya..., Ingatlah peribahasa orang tua-tua " Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga ".

Wallahu A'lam.

Monday, February 14, 2011

Bacaan Selawat Kepada Rasulullah S.A.W


Allahumma Shalli  Wasallim 'Alaa Sayyidina Muhammadin Wa 'Alaa Aali Sayyidina Muhammad, Fii kulli lamhatin-wanafasin-bi'adadi kulli ma'luumin laka. " Ya Allah, limpahkan selawat dan salam kepada Sayyidina Muhammad dan keluarga Sayyidina Muhammad, di dalam setiap kerlipan mata dan tarikan nafas, sebanyak jumlah ilmu yang Engkau miliki ".

Marilah kita semua memperbanyakkan Selawat kepada Rasulullah S.A.W bukan hanya pada hari tertentu sahaja, dan mempelbagaikan Selawat kepada Rasulullah S.A.W, mudah-mudahan Rasulullah S.A.W akan mengaku kita sebagai Ummatnya di Akhirat kelak. InsyaAllah.

Saturday, February 12, 2011

Herba Penawar Racun

Tuai Rumah Panjang umumnya memiliki sejenis kayu herba yang fungsinya menawar racun dan khasiat yang lain, rasanya payah kita nak tahu khasiat sebenar. Cuma apa yang saya diberitahu olih seorang sahabat baik saya di Bumi Kenyalang, sekiranya kayu tersebut/herba digigit sedikit sahaja, InsyaAllah gula yang manis menjadi tawar, kalau cili pula hilang pedasnya.

Dihari perayaan gawai, tuai rumah akan meletakkan herba tersebut di bawah lidah, ini dapat mengelakkan beliau menjadi mabuk apabila meminum air tapai/tuak atau arak di dalam jumlah yang banyak. Mengikut adat mereka, sebelum tetamu minum air tapai/tuak, tuan rumah mestilah minum terlebih dahulu untuk membuktikan air tapai tidak membahayakan tetamu. Bayangkanlah kalau tetamu yang datang ramai, mahu tumbang jadinya.

Teringat satu kisah lucu yang berlaku di hari perayaan gawai, pemuda Indonesia yang bertugas di sana telah mengunjugi rumah panjang, apabila diminta untuk minum air tapai/tuak beliau mengatakan " Enggak Bisa ". Tuai rumah amat kurang senang apabila mendengar jawapan daripada pemuda Indonesia tersebut, maksud bisa pada pengertian beliau adalah " Tidak Kuat ". Pemuda tadi telah dipaksa juga minum air tapai, akhirnya mabuklah pemuda tersebut dan tumbang.

Harga kayu herba tersebut cukup tinggi dan payah untuk dijual sepertimana " Kayu Hujan Panas ". Teringat Makcik penjual " Kayu Hujan Panas " memberitahu saya berkali-kali dan melarang saya memukul orang ataupun anjing dengan menggunakan kayu tersebut. Beliau juga mengajar saya, andainya anak kecil menangis diwaktu senja, bakar kulit kayu tersebut. Wallahu A'lam.

Pantang Keilmuan 1

Al tersebutlah kisah, disebuah kampung di dalam negeri Malaya, kedapatan seorang lelaki yang perkasa dan terkenal dengan kesamsengannya disebabkan beliau memiliki " Ilmu Kebal ", siapa yang salah tutur bicara atau buat masalah dengan beliau maka akan mendapat hadiah " Roti Lima Jari " dll.

Pada suatu hari, ketika beliau sedang lepak2 di warung, kedamaian beliau diganggu-gugat olih kebisingan suara kanak-kanak yang sedang bermain, sejurus itu beliau telah memarahi budak-budak tersebut, ditakdirkan Allah, ada seorang budak lelaki telah menjawap larangan beliau, apalagi "Angin Satu Badanlah" beliau, terus mengejar budak itu untuk memberi hukuman. Mereka yang berada disitu pastinya tidak berani untuk menegur atau menghalangnya kerana ditakuti akan menerima padah lebih-lebih lagi beliau sedang di dalam keadaan marah.

Budak lelaki tersebut semakin keletihan, beliau berlari mengelilingi meja di warung berkenaan, diatas meja itu terdapat batang tebu yang di jual (yang dah siap katam/di potong) maklumlah warung zaman dulu itulah diantara barangan yang dijual. Budak lelaki tersebut telah berhenti berlari kerana terlalu letih, untuk menyelamatkan dirinya, beliau telah bertindak mengambil sekatam tebu dan memukul lelaki perkasa itu dengan tebu, diizinkan Allah pukulan tersebut telah terkena pada anggota badan lelaki perkasa, ditakdirkan Allah, Lelaki Perkasa tersebut telah rebah ketanah dan akhirnya meninggal dunia.

Ini cerita Auta Kare (Pembohong) ke? Tidak, cuma saya tidak menyatakan secara jelas. Ini adalah kisah benar yang diceritakan olih Guru saya. Apakah tujuan sebenar penceritaan ini? Keilmuan orang dulu-dulu sebenarnya ada pantang larangnya, mereka belajar keilmuan tersebut tetapi terlupa pantang larangnya.

Pelajar persilatan dulu dan sekarang amat suka upacara " Mandi Minyak ". Pelajar diwajibkan sentiasa didalam keadaan berwuduk ketika proses menyediakan minyak tersebut daripada mengupas kelapa, mengukur dan memerah santan.. akhirnya dimasak menjadi minyak. Balik rumah tidak bolih mandi dan mesti tidur didalam keadaan badan berminyak. Apa khasiat mandi minyak tersebut? Erm ramai yang tahu.. jadi tak payah ceritalah hehehe. Namun ramai yang tidak tahu apakah pantang larang keilmuan tersebut? Antaranya tidak bolih makan benda yang bercucuk seperti "Sate" dsbnya. Kalau langgar pantang larang apakah yang terjadi? Adakah memberi kesan sampingan atau bencana? Apa yang saya diberitahu, keilmuan menjadi tawar. Wallahu A'lam.

Paruh Burung Kenyalang

Pada suatu masa dahulu (menggantikan mukadimah " Pada zaman dahulu " hehehe), saya ke Pasar Minggu di Bandar KL. Menjadi minat saya melihat peniaga yang menjual barangan yang pelik. Saya dapati seorang lelaki berkopiah putih, menarik wajahnya yang lembut sedang menggergaji sesuatu, maka saya pun bertanya kepada beliau. Saya diberitahu ianya adalah " Paruh Burung Kenyalang ". Beliau memaklumkan kepada saya seorang anggota Polis telah menempah material tersebut. Katanya kepada saya " Kalau kamu hendak, bolih ambil lebihan yang dipotong, harganya RM40). Setelah beliau siap menggergaji material tersebut, lantas meletakkan kehidung saya dan mengatakan bau terbakar. Memang betul, hasil kerja menggergaji tersebut pastinya berbau "Hangit".

Saya bertanya kepada beliau apakah kegunaan Paruh Burung Kenyalang, khasiatnya kata beliau adalah sebagai "Penawar Racun". Alhamdulillah, diizinkan Allah, saya pun membeli material tersebut. Beliau telah memasukkan material tersebut kedalam sampul surat kecil berwarna putih, dan telah memberi no telefon untuk dihubungi, andainya terdapat sesuatu yang aneh pada material tersebut.

Setelah pulang kerumah, saya pun membuka sampul surat, material tersebut diletakkan bersama sedikit beras kunyit. Apabila saya pegang, ianya nampak bersinar dan seperti basah serta mengeluarkan bau yang sangat harum. Baunya seperti minyak atar. Disebabkan baunya yang harum, maka saya sering membawanya bersama didalam poket baju dan sering menunjukkan kepada kawan-kawan, mereka berkata kepada saya seolah-olah Paruh Burung Kenyalang itu adalah Ibu Minyak Atar.

Saya tidak pun menghubungi Penjual tersebut "Haji Sapari" yang datang dari Sarawak. Akhirnya material tersebut hilang, semasa saya bertugas di Bandar R iaitu ketika saya menghantar kenderaan untuk baik-pulih ataupun hilang di kawasan store semasa membantu kawan-kawan menurunkan barang daripada lori.

Pendapat peribadi saya, setiap yang Allah ciptakan ada kegunaan dan kelebihan tersendiri, cuma kita sebagai makhluk kena faham iaitu perlu mempunyai keilmuan dan jaga niat, agar tidak merosakkan Aqidah. Wallahu A'lam.

Friday, February 11, 2011

Lelaki Berjanggut

Ke hadapan Muslimah sekalian ..

Saya mengetahui tentang The Islamic Email Circle melalui seorang teman di tempat kerja..Dia mengesyorkan saya untuk menulis kepada kalian. Saya hanya ingin mencurahkan penghargaan dan rasa hormat kepada seorang lelaki Muslim yang telah membantu saya, tapi tidak memberitahu namanya..Saya pastinya tidak akan melupakan beliau sama sekali,,

Menjadi seorang wanita muda berusia 27 tahun, di London, tentunya, saya gemar menghabiskan masa hujung minggu dengan pergi ke kelab malam, pawagam, keluar makan dan berjumpa kawan2 baru. Saya juga minum arak dan gemar berparti (bukan parti politik ek)..Pada usia begini, setiap anak muda lelaki dan perempuan, hanya ingin menikmati hidup mereka sepuas2nya..

Tahun lepas, pada hari Sabtu, 12 Disember 2009, saya keluar clubbing di Central London bersama rakan-rakan saya. Saya mengenakan gaun yang sangat ketat membalut tubuh.. Hari Krismas pula bakal menjelang beberapa minggu lagi..

Saya bertemu dengan seorang lelaki di dalam kelab malam, dan dia kelihatan baik.. Kami menari sepanjang malam sehingga pukul 2 pagi... Dia mulai meneguk arak dengan banyak berusaha mendekati saya. Dia berjaya menggoda saya mengikutnya ke arah bahagian belakang kelab tersebut, dan akhirnya kami keluar menerusi pintu kecemasan. Kami mula berciuman dan sebagai seorang lelaki buaya(hehe), dia mahukan lebih dari itu..Dia meminta saya mengikutnya memasuki kereta untuk meneruskan niatnya.. Walaupun, dia berada di bawah pengaruh alkohol, saya cuba menolak kemahuannya itu..

Dia tidak mengendahkan permintaan saya agar dia berhenti, dan saya menjadi semakin takut..Dia menggunakan kekuatan badannya untuk menahan tubuh saya..Jantung saya berdegup kencang..Saya merayu agar dia melepaskan saya tetapi, dia berkelakuan seperti orang yang hilang kawalan diri..Saya menjerit meminta tolong, tapi tiada siapa yang datang membantu.. Saya menangis sekuat hati..Saya akhirnya berjaya memecahkan tingkap belakang kereta menggunakan kaki saya dan menjerit meminta tolong. 'Binatang' tersebut berjaya merentap gaun saya dan cuba untuk memperkosa saya..Saya tidak akan lupakan langsung saat2 hitam dalam kereta tersebut..Saya menangis dan merayu kepadanya untuk melepaskan saya..

Dan kemudian, tiba-tiba, ada 'Malaikat' datang untuk menyelamatkan saya. Seorang lelaki yang berjanggut ,awal 30-an, menghampiri kami..Dia menarik keluar lelaki gila tadi dari kereta, menghumbankannya ke tanah dan menendangnya beberapa kali. Lelaki yang dipukul itu terus berlari meninggalkan kami dengan penuh ketakutan..Saya menangis dalam keadaan badan yang tidak cukup kain..Lelaki berjanggut itu menundukkan pandangannya daripada memandang saya dan menanggalkan jaket yang sedang dipakai beliau..Saat itu saya berasa sangat sejuk dan menyarungkan jaket tersebut pada tubuh saya..Pada leher lelaki itu ada tergantung ID pemandu teksi..Saya berasa sangat lega saat itu..Dia menghulurkan sehelai sapu tangan pada saya dan bertanya adakah saya ok. Saya memandangnya dan mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kerana telah menyelamatkan harga diri dan maruah saya. Dia bertanya jika saya ingin menelefon pihak polis untuk membuat laporan..Saya menolak tawaran beliau dan mengatakan yang saya hanya ingin pulang.. Dia bertanyakan soalan yang sama sekali lagi, tetapi saya mengatakan tidak..Dan kemudian saya bertanya kepadanya adakah dia boleh menghantar saya pulang..Dan saat itu, air mata saya jatuh mencurah2..

Lelaki itu berkata, "Sudah tentu boleh, cik ", dengan suaranya yang lembut.. Apabila saya mendekati teksi tersebut, dia enggan membenarkan saya duduk di bahagian depan, dan berkata, "Cik, adakah awak kisah untuk duduk di belakang?". Saya tidak punya masalah dengan itu. Saya menangis dan dia berkata,: "Cik, awak tidak patut keluar bersendirian pada waktu malam dan awak sepatutnya bersama2 dengan rakan2 yang lain..Lagi satu, awak tak patut mudah percaya pada mana2 lelaki yang awak baru kenal di kelab malam.." Sungguh benar apa yang diperkatakan lelaki itu..

Sepanjang dalam perjalanan ke rumah saya, dia tidak langsung tidak melihat 'cermin pandang belakang' ketika berbual dengan saya dan dia berkata2 dengan nada yang sangat lembut. Dia memiliki janggut yang panjang..Saya juga perasan yang dia mempunyai manik-manik (tasbih) yang tergantung pada cermin keretanya.. Saya mengenali manik-manik tersebut kerana seorang rakan muslim di tempat saya bekerja juga mempunyai manik-manik begitu di dalam kereta. Saya bertanya kepadanya, "Awak ni orang Islam kan?" dan dia menjawab "Memang saya orang Islam,dan saya bangga menjadi orang Islam. Saya dilahirkan sebagai orang Islam dan akan mati sebagai orang Islam" Dia kemudian bertanya kepada saya, "Adakah anda inginkan ketenangan?" Saya kebingungan dan bertanya, "Apa maksud awak?" Dia kemudian menguatkan bunyi CD playernya, dan saya dapat dengar alunan suara tanpa muzik! Dia berkata, "Ini adalah ayat Quran, boleh tak jika saya meminta awak untuk mendengar bacaan ini selama 5 minit dengan penuh perasaan?".

Saya mendengar bacaan itu dengan teliti. Bunyinya memang berbeza dengan jenis2 bunyi yang biasa saya dengar..Dan saya cuba mendengar dengan teliti..Dan sememangnya benar apa yang dia katakan..Suara dan bunyi itu sangat mendamaikan dan menenangkan jiwa..Saya sangat gembira mendengarkan alunan suara yang membaca ayat2 Quran itu.. Dia kemudian bertanya, "Apa yang anda rasa sekarang cik?" Saya berkata "Luar biasa .. Saya suka mendengarnya, sungguh menenangkan jiwa".

Dia menjawab, "Cik, ini adalah ayat2 Quraan. Saya adalah orang Islam..Saya telah diajar oleh Islam untuk menghormati wanita, untuk menundukkan pandangan mata saya, dan menghormati semua manusia, walau apapun agama mereka. Awak bernasib baik kerana saya mendengar jeritan awak tadi.. Saya sedang berada di penjuru jalan itu, bila tiba2 tayar teksi saya meletup..Sekarang saya paham kenapa Allah membuatkan tayar teksi saya pancit..Dan dengan kekuasaan-Nya, Dia yang telah membuatkan saya menyelamatkan cik, itulah kehendak Allah..Awak kena terima apa yang saya ingin cakapkan ni..Awak boleh berterima kasih pada saya sebanyak mana yang awak mahu, tapi saya ingin mencadangkan agar awak berterima kasih kepada Allah, kerana Allah yang menghendaki agar tayar teksi saya pancit pada masa itu"

Saya memikirkan setiap kata2nya itu..Dia berkata2 dengan nada yang sungguh lembut tetapi pada masa sama dengan penuh rasa pengabdian pada Tuhan..Dia adalah seorang lelaki yang sangat baik, lelaki yang telah menjadi 'malaikat' saya.. Tiba saja di rumah saya, saya menjemputnya masuk untuk minum kopi bersama tetapi dia menolak dengan baik.. Saya masuk ke dalam, menukar pakaian dan keluar semula memulangkan jaket tadi.. Saya kemudian mengucapkan terima kasih lagi padanya, dan bertanya "Berapa banyak yang saya perlu bayar kamu?". Jawapannya benar2 menusuk kalbu, kerana dia menjawab, "Cik, awak telah melalui cubaan dan rintangan yang berat..Adakah awak pikir saya akan caj awak? Masuklah ke dalam rumah, dan berehat, saya dapat bayangkan awak takkan melupakan lelaki tadi seumur hidup awak atas kelakuan tak senonohnya dan atas apa yang mungkin terjadi kepada awak tadi..Tapi, bolehkah saya tanyakan satu soalan pada cik?" Saya begitu tersentuh dan menjawab, "Ya, tanyalah" Dia menjawab, "Jika awak ceritakan pada sesiapa tentang apa yang terjadi, boleh tak jika awak ceritakan juga bahawa orang Islam yang telah datang membantu awak?" Saya menjawab, "Tentu saja boleh..Sekurang2nya itu yang saya boleh lakukan". Sebaik sahaja saya berkata demikian, dia menjawab, "Cik, saya perlu pergi sekarang, jauh lagi perjalanan saya..Saya mendoakan yang terbaik untuk awak, tolonglah terima CD ayat2 Quran ni dan fikirlah tentang Islam, apa yang Islam tawarkan dan bagaimana Islam boleh membuat awak menjadi orang yang lebih baik daripada sekarang "

Saya mengambil CD tersebut dan mengucapkan terima kasih pada lelaki tersebut..Dia kemudian berlalu pergi..Air mata saya mula bergenang..Lelaki ini sangat istimewa..Dan Dia Adalah Seorang Muslim
Setahun berlalu, saya masih mempunyai CD itu dan kadang2 saya mendengarnya..Saya suka mendengar bacaan ayat2 Quraan..Saya juga memasangnya pada pukul 5 ptg apabila saya tersangkut dalam kesesakan lalu lintas London! Saya telah mempelajari Islam dengan lebih banyak..Saya juga menjadi ahli The Islamic Email Circle, di mana saya menerima hadis pada hari Isnin dan artikel Islamik pada hari Jumaat.

Saya hanya ingin mengatakan kepada semua orang Islam di luar sana: Orang Islam sangat menakjubkan, mereka mempunyai hati yang bersalut emas, mempunyai prinsip2 hidup yang indah, sopan santun dan mereka sangat mengambil berat tentang orang lain.

Pemandu teksi itu adalah insan istimewa dan indah yang tidak akan saya lupakan buat selamanya..Personaliti dan kesopanannya juga telah merubah hidup saya. Saya tidak faham mengapa manusia begitu takut dengan lelaki Islam yang berjanggut..Mereka adalah manusia yang paling indah dan prihatin di dunia ini. Sesungguhnya mereka adalah 'Malaikat'.

Saya masih mempelajari Islam dan telah mula mengenali Islam yang sebenar.. Mungkin suatu hari, saya akan kembali kepada Islam, jadi saya harus meminta anda semua untuk berdoa buat saya. Tapi yang lebih penting, saya meminta anda untuk berdoa untuk pemandu teksi yang telah menyelamatkan kehormatan dan masa depan saya.. Saya yakin Allah akan memberi beliau pahala yang begitu banyak..Tidakkah anda bersetuju dengan pendapat saya?...

Terima kasih kerana telah meluangkan masa untuk membaca luahan isi hati ini

Tracy Harvie
London, United Kingdom