Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Saturday, January 8, 2011

Minyak Urut

Di blog saya kini terdapat iklan bermula dengan Kursus Pemanduan Kenderaan yang dijalankan secara Profesional, pengendali kursus berkenaan cukup berpengalaman bukan sekadar teori tetapi praktikal.
Saya juga telah menambah kepada peminat Persilatan dengan memasukkan Jurus Aceh dan yang terbaru saya masukkan pula Minyak Herba.

Sebenarnya, saya tidak ada kepentingan pun dengan iklan yang saya pamirkan di blog saya, sekadar membantu kerana Allah sahaja. Contohnya pengeluar produk minyak herba tak kenal pun saya. Kenapa saya pamirkan Produk Minyak Herba kedalam blog saya? Ianya ada kisah tersendiri yang saya sendiri alami dan saksikannya.

Tidak dinafikan, saya ini memang peminat minyak urut atau herba, jumpa sahaja penjual minyak sedemikian di pasar minggu atau pekan sehari saya suka membelinya. Banyak minyak yang saya beli itu bukan untuk kegunaan sendiri, saya sering hadiahkan kepada saudara-mara atau kawan-kawan yang memerlukannya sebagai satu ikhtiar membantu.

1. Kawan saya mengalami kecederaan akibat kemalangan motorsikal, beliau telah pun berjumpa Tukang Urut, malangnya bengkak ditempat yang bermasalah masih kekal. Saya telah menghadiahkan kepada beliau Minyak Belut, erm baunya memang busuk sedikit. Diizinkan Allah isteri beliau telah sapukan Minyak Belut ditempat suami beliau bermasalah dengan sedikit urutan biasa, Alhamdulillah, bengkak dan masalah urat-sarat telah pulih.

2. Abang saya yang tinggal di Cameron Highlands telah diserang penyakit "Stroke", selain mendapatkan rawatan modern dengan memakan ubat, saya telah membekalkan kepada beliau "Belimbing Pasir" untuk direbus dan minum airnya dengan sukatan 3 atau 5 pokok direbus bersama 3 cawan air sehingga jadi 1 cawan. Disamping itu saya juga telah membekalkan kepada beliau Minyak Mestika (Isteri Kumat Gagah) produk tersebut kini telah pun terkenal dan mudah didapati di farmasi atau kedai ubat. Alhamdulillah, minyak urut ini cukup membantu, apabila diurut cukup terasa kesannya, kaki dan tangan terasa ringan. Diantara kelebihan minyak ini, ia tidak membeku di kawasan tanah tinggi iaitu Cameron Highlands. Satu lagi jenama yang tidak membeku adalah Minyak Albaladi. Alhamdulillah stroke yang abang saya hidapi telah pulih 100% dengan izin Allah.

3. Sahabat saya telah mengalami kemalangan, jatuh di dalam bilik air pada 1/1/11 pada jam 1.00 pagi. Dibahagian paha kanan telah patah, untuk melakukan pembedahan mungkin agak lambat sekurang-kurangnya 6 bulan lagi sehinggalah masalah sakit jantung beliau dapat diatasi. Lebih malang lagi, kaki kiri beliau tidak dapat digerakkan. Ini amat merunsingkan beliau, saya telah memohon jasabaik biras saya untuk menghubungi rakan setugas beliau yang memang terkenal sebagai tukang urut untuk membantu sahabat saya, malangnya tukang urut ini tidak berani untuk melakukan rawatan di Hospital. Saya telah memberitahu sahabat saya dan isterinya untuk meminta saudara-mara beliau yang bertugas sebagai Jururawat untuk memujuk tukang urut ini merawat sahabat saya. Petang kelmarin saya telah memberikan Minyak Herba semasa melawat beliau, petang tadi apabila saya melawat beliau, kelihatan wajah beliau gembira dan menceritakan kepada saya dan isteri bahawa beliau seperti bermimpi apabila kaki kiri beliau diizinkan Allah dapat digerakkan (beliau telah mengangkat kaki kiri nya sebagai bukti). Isteri beliau telah sapukan minyak herba dibahagian sendi (bahagian pelipat) seperti yang saya suruh dan seluruh kaki kiri beliau. Alhamdulillah, ikhtiar tersebut dimakbulkan Allah.

Semuga Minyak Herba ini dapat digunakan sebagai ikhtiar merawat, diizinkan Allah ada keserasian dengan pesakit InsyaAllah akan sembuh. Bab ubat-ubatan atau minyak urut dsbnya umumnya mengikut keserasian, A kata OK manakala B kata NOK, yang pentingnya kita berikhtiar. Allahu Yasyfik.

DOA SEMBAHYANG HAJAT

DOA SEMBAHYANG HAJAT

TUAN GURU HAJI HASHIM B. ABU BAKAR
PONDOK PASIR TUMBOH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنَجِّيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ الأَهْوَالِ وَالأَفَاتِ وَتَقْضِي لَنَا مِنْ جَمِيْعِ الْحَاجَات وَتُطَهِّرُنَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِغُنَا بِهَا أَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِيْ الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ وَعَلَى آلِهِ وَص َحْبِهِ وَسَلَّم.

اللَّهُمَّ يَا جَامِعَ الشَّتَّاتِ وَيَا مُخْرِجَ النَّبَاتِ وَيَامُحْيِىَ العِظَامِ الرُّفَاتِ وَيَا قَاضِيَ الْحَاجَاتِ وَيَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَيَا مُفَرِّجَ الكُرَبَاتِ وَيَا سَامِعَ الأَصْوَاتِ مِنْ فَوْقِ سَبْعِ سَمَوَاتِ وَيَا فَاتِحَ خَزَائِنَ الْكَرَمَاتِ وَيَا مَنْ مَلأَ َنُوْرِهِ الأَرْضَ وَالسَّمَوَاتِ وَيَا مَنْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا وَأَحْصَى كُلَّ شَيْءٍ عَدَدًا وَعَالِمًا بِمَا مَضَى وَمَا هُوَ آتٍ. نَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ بِقُدْرَتِكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ وَبِاسْتِغْنَائِكَ عَنْ جَمِيْعِ خَلْقِكَ وَبِحَمْدِكَ وَمَجْدِكَ يَا إِلَهَ كُلِّ شَيْءٍ أَنْْ تَجُوْدَ عَلَيْنَا بِقَضَاءِ حَاجَاتِنَا

وَأَنْ تَتَقَبَّلَ مِنَّا مَا بِهِ دَعَوْنَاكَ وَأَنْ تُعْطِيَنَا مَا سَأَلْنَاكَ بِحَقِّ سُوْرَةِ يس وَبِحَقِّ قَلْبِ القُرْآنِ وَبِحُرْمَةِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم . اللَّهُمَّ لاَ تَدَعْ لَنَا ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ وَلاَ عَيْبًا إِلاَّ سَتَرْتَهُ وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ وَلاَ عَزْبًا إِلاَّ زَوَّجْتَهُ وَلاَ كَرْبًا إِلاَّ كَشَفْتَهُ وَلاَ دَيْنًا إِلاَّ قَضَيْتَهُ وَلاَ ضَالاً إِلاَّ هَدَيْتَهُ وَلاَ عَائِلاً إِلاَّ أَغْنَيْتَهُ وَلاَ عَدْوًا إِلاَّ خَذَلْتَهُ وَكَفَيْتَهُ وَلاَ صَدِيْقًا إِلاَّ رَحِمْتَهُ وَكَافَيْتَهُ وَلاَّ فَسَادًا إِلاَّ أَصْلَحْتَهُ وَلاَ مَرِيْضًا إِلاَّ عَافَيْتَهُ وَلاَ غَائِبًا إِلاَّ رَدَدْتَهُ وَلاَ حَاجَةً مِنْ حَوَائِجِ الدُّنْيَا وَالأَخِرَةِ لَكَ فِيْهَا رِضَا وَلَنَا فِيْهَا صَلاَحٌ إِلاَّ قَضَيْتَهَا وَيَسَّرْتَهَا يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن . وَاكْتُبِ اللَّهُمَّ السَّلاَمَةَ وَالصِّحَةَ وَالْعَافِيَةَ عَلَيْنَا وَعَلَيْهِمْ وَعَلَى عَبِيْدِكَ الْحُجَّاجِ وَالْغُزَّاةِ وَالزُّوَّارِ وَالْمُسَافِرِيْنَ وَالْمُقِيْمِيْنَ فِيْ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَالْجَوِّ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ وَقِنَا شَرَّ الظَّالِمِيْنَ وَانْصُرْنَا عَلَى اْلقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ وَاخْتِمْ لَنَا يَارَبَّنَا مِنْكَ بِخَيْرٍ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ . اللًّهُمَّ اكْشِفْ عَنَّا وَعَنِ الْمُسْلِمِيْنَ الغَلاَءَ وَالْوَبَاءَ وَالْبَلاَءَ وَالطَّاعُوْنَ وَالْفَحْشَاءَ وَالْمُنْكَرَ وَالسُّيُوْفَ الْمُخْتَلِفَةَ وَالشَّدَائِدَ وَالمِحَنَ مَاظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ مِنْ بَلَدِنَا هَذَا خَاصَّةً وَمِنْ بُلْدَانِ الْمُسْلِمِيْنَ عَامَّةً إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ .

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الوَهَّابُ . رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ اْلأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن.

Doa-doa Anggota Wudhuk

1. Setelah basmalah membaca:


اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِىْ جَعَلَ الْمَاءَ طَهُوْرًا.

"Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan air sebagai sesuatu yang mensucikan."

2. Ketika berkumur membaca:

اَللَّهُمَّ اسْقِنِىْ مِنْ حَوْضِ نَبِيِّكَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَأْسًا لاَ أَظْمَأُ بَعَدَهُ أَبَدًا.

"Ya Allah, berilah aku minum dari telaga Nabi-Mu SAW dengan gelas yang menyebabkan aku tidak merasa haus lagi selamanya."

3. Ketika istinsyaq (menghirup air ke dalam hidung) membaca:

اَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنِىْ رَائِحَةَ نَعِيْمِكَ وَجَنَّاتِكَ.

"Ya Allah, janganlah Engkau haramkan bagiku aroma kenikmatan dan surga-Mu."

4. Ketika membasuh wajah membaca:

اَللَّهُمَّ بَيِّضْ وَجْهِىْ يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوْهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوْهٌ.

"Ya Allah, putihkanlah wajahku pada hari (kiamat) ketika Engkau memutihkan wajah-wajah (orang-orang yang beriman) dan menghitamkan wajah-wajah (orang-orang kafir)."

5. Ketika membasuh kedua tangan membaca:

اَللَّهُمَّ أَعْطِنِىْ كِتَابِىْ بِيَمِيْنِىْ وَحَاسِبْنِىْ حِسَابًا يَسِيْرًا، اَللَّهُمَّ لاَ تُعْطِنِىْ كِتَابِىْ بِشِمَالِىْ وَلاَ مِنْ وَرَاءِ ظَهْرِىْ.

"Ya Allah, berikanlah kitabku dengan tangan kananku dan hisablah aku dengan hisab yang mudah. Ya Allah, janganlah Engkau berikan kitabku dengan tangan kiriku dan jangan dari belakang punggungku."

6. Ketika mengusap sebagian kepala membaca:

اَللَّهُمَّ حَرِّمْ شَعْرِىْ وَبَشَرِىْ عَلَى النَّار.

"Ya Allah, lindungilah rambut dan kulitku dari api neraka."

7. Ketika mengusap kedua telinga membaca:

اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِىْ مِنَ الَّذِيْنَ يَسْتَمِعُوْنَ الْقَوْلَ فَيَتْبِعُوْنَ أَحْسَنَهُ.

"Ya Allah, jadikanlah aku sebagai orang-orang yang mendengarkan perkataan (yang baik) dan mengikuti kebaikan perkataan itu."

8. Ketika membasuh kedua kaki membaca:

اَللَّهُمَّ ثَبِّتْ قَدَمَيَّ عَلَى الصِّرَاطِ الْمُسْتَقِيْمِ.

"Ya Allah, tetapkanlah kedua telapak kakiku di atas jalan yang lurus."

Doa-doa di atas tidak masalah untuk diamalkan, walaupun tidak terdapat dalam hadits-hadits Nabi SAW, karena doa-doa tersebut termasuk dalam perintah umum untuk berdzikir kepada Allah SWT dan tidak ada dalil yang melarangnya. (Disarikan dari Fatawi al-Azhar oleh Syeikh Athiyyah Shaqr)