Kefahaman bab kesembuhan penyakit sangatlah penting kerana ianya membabitkan soal Aqidah. Perawat, dukun, bomoh, Doktor dsbnya hanyalah yang melakukan ikhtiar tetapi fahami dan peganglah dengan jitu di hati bahawa Allah swt yang menyembuhkan penyakit. Semua yang berlaku semuanya adalah dengan kudrat, iradat dan izin dariNYA.
Firman Allah: Surah Asy Syu'araa' , Ayat 80 "dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku ".
Makin kerap berlaku permasalahan pesakit marahkan perawat apabila ikhtiar yang dilakukan perawat tidak sembuh. Penyakit yang dihidapi bertahun-tahun mengharapkan kesembuhan serta-merta.
Perawat, dukun, bomoh dsbnya perlulah memberi kefahaman kepada pesakit terlebih dahulu sebelum memulakan ikhtiar, beri tunjuk ajar.. agar kebergantungan mereka bab menyembuhkan penyakit itu hanyalah kepada Allah swt sahaja.
Permasalahan ini bukan sahaja melibatkan rawatan alternatif sahaja tetapi turut melibatkan rawatan moden. Berhatilah berkata-kata bab rawatan ini dengan cakap beralas atau berlapik.. contohnya " Alhamdulillah.. dengan ikhtiar dapatkan rawatan daripada Dr. ABC, Allah kurniakan kesembuhan sakit saya ".
Wallahu A'lam.