Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Saturday, January 1, 2011

Berbanggalah Dengan Tahun Hijrah.

Kini kita telah berada di tahun baru Masehi 2011, terkejut juga semasa mendengar Khutbah Juma'at menceritakan kisah Azam di tahun 2011, sungguhpun ia berkisar mengenai cara menyambut dan persoalan ibadah, pada pendapat peribadi elok difokuskan agar kita sebagai Ummat Islam tidak terlalu mengagungkan Tahun Masehi disebabkan kita ada tahun sendiri. Kita masih lagi berada di dalam bulan Muharram, tarikh hari ini adalah 26 Muharram 1432 Hijrah.

Adakah tuan/puan tahu, dalam kalendar Hijrah, tahun dan bulan apa tuan/puan dilahirkan? Alhamdulillah, masyarakat Islam di negara kita masih memuliakan hari kebesaran Islam, kalau tidak ramai yang akan terlupa dengan Bulan Islam. Ajarlah kepada anak-anak bulan2 Islam, dan ceritakan kepada mereka tarikh lahir mengikut kalendar Hijrah. Bila anak2 kita lahir kedunia ada yang kita azan (lelaki) dan Iqamah (perempuan) malangnya setiap hari ulang-tahun kelahiran bukan kita berdoa kepada Allah, tetapi ganti dengan nyanyian dan tiupan lilin sambil bertepuk tangan disebabkan terikut-ikut dengan budaya lain.

Marilah kita menjadi insan yang termasuk di dalam golongan yang berbangga dengan tahun Islam.