Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Sunday, September 6, 2009

Keyakinan Membantu Kesembuhan

Ada suatu kejadian, seorang pemuda membawa semangkuk air dari seorang Kiyai yang ahli dalam merawat. Disebabkan terburu-buru, air tersebut telah tumpah. Betapa sedih dan bingungnya pemuda itu kerana air yang dibawanya telah diruqyah. Untuk kembali berjumpa dengan Kiyai, dia takut. Padahal, air yang telah diruqyah sangat diperlukan oleh pesakit dan sangat mengharapkan kedatangannya. darpada terus kebingungan, lantas pemuda tersebut mengambil air sungai menggantikan air yang tumpah tadi. Di hadapan pesakit beliau berkata dengan mantap " Bapa saudaraku, ini adalah air yang telah diruqyah oleh Kiyai, minumlah dengan membaca Bismillah dan berselawat " Dengan penuh keyakinan, pesakit pun minum air tersebut, tidak berapa lama kemudian sakit yang beliau hidapi/deritai telah beransur sembuh.

Kejadian tersebut tidak terlepas daripada ketentuan Allah, namun unsur keyakinan amat penting untuk kesembuhan.

Wallahu 'aklam.

Saya mencadangkan kepada Tuan/Puan untuk membeli Buku Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran dan Khasiatnya.

Menziarahi sahabat yang kemalangan

Alhamdulillah, diizinkan Allah, saya bersama keluarga ke Hospital Temerloh untuk menziarahi sahabat saya Yahya yang kemalangan jalanraya semalam. Mula-mula tiba di Hospital tercari-cari juga Wad mana beliau ditempatkan, alhamdulillah dipermudahkan Allah, terjumpa rakan-rakan dari Kuala Lipis untuk tujuan yang sama.

Kecederaan memang agak teruk, kedua kaki beliau patah, cedera teruk dibahagian lutut kiri dan buku lali kiri, manakala dikepala jahitan yang agak panjang. Dibahagian dada telah menjalani pembedahan. Dr. telah memaklumkan kepada beliau bahawa untuk kesembuhan mengambil masa yang lama. Ramai saudara mara dan sahabat handai yang datang menziarahi.

Tanpa disedari (dipisahkan dengan langsir), bersebelahan katil beliau adalah pesakit dari Kuala Lipis juga, iaitu Guru saya Pakcik Abdul Karim Bachik (Ayah saudara Datuk CT) masalah buah pinggang. Di wad bersebelahan pula Ibu kepada rakan saya , baru menjalani pembedahan, manakala di tingkat atas pula insan yang banyak berjasa di kampung Isteri saya iaitu bidan kampung dan pakar urut sudah 4 hari dimasukkan wad tersebut. Nawaitu ziarah seorang, dapat ziarah 4 orang. Semuga Allah kurniakan kesembuhan sepenuhnya kepada mereka.

Sahabatku kemalangan jalanraya

Sahabatku Yahya telah kemalangan pada jam 11.00 pagi 5/9/09. Kini sedang dirawat di Hospital Temerloh. InsyaAllah, saya bersama keluarga akan melawat beliau pada hari Minggu ini. Apabila beliau kemalangan, pastinya turut memberi kesan kepada saya. Beliau adalah rakan perawat di Kuala Lipis, setiap kali saya dipanggil untuk merawat, saya akan membawa beliau bersama., kadangkala menggantikan tempat saya untuk merawat. Semuga Allah kurniakan kesembuhan kepada beliau. Dari perkhabaran yang baru saya perolehi di waktu petang 5/9/09 di Pasar Mingguan Benta, Pahang, kecederaan beliau amat serious, sebab itu perlu di rawat di Hospital Temerloh, kalau kecederaan biasa pasti akan dimasukkan ke Hospital Raub.

Berdoa sebelum berwuduk & Qunut pendek.

Ramai orang yang berdoa selepas mengambil wuduk, bacaan doa tersebut umumnya akan dipamirkan di tempat mengambil wuduk. Sepanjang kajian atau tinjauan saya, belum saya ketemui seseorang yang tahu Doa sebelum berwuduk.

Terjemahan Doa tersebut adalah seperti berikut:-

"Maha Suci Allah yang telah menjadikan air untuk aku bersuci"

Begitu juga dengan persoalan Doa Qunut yang pendek, sehingga dibuat cerita kelakar mengenai bacaan Qunut panjang dan pendek. Ramai yang ketawa apabila mendengar cerita tersebut, tetapi mereka telah mentertawakan diri sendiri sebab tidak mengetahui bacaan Doa Qunut yang pendek. Doanya adalah seperti berikut:-

" Robighfirli Ya Ghafur, Warhamni Ya Rohiim "

Wallahu "aklam.

Doa Sebelum Solat

Allahyarham Cikgu Abd. Wahab mengajar kepada saya untuk membaca doa ini sebelum menunaikan Solat. Sebaiknya selepas berta'awuz.

Terjemahan Doa tersebut seperti berikut:-
Surah Al-Mu'minuun ayat 97 dan 98, bermula pada ayat 97 (Robbi)

97. Dan katakanlah: "Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan.

98. Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku."

Semuga memberi manafaat kepada tuan/puan, terlindung daripada gangguan syaitan ketika mengerjakan Solat. InssyaAllah..., Aamiiiin.