Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Sunday, September 6, 2009

Menziarahi sahabat yang kemalangan

Alhamdulillah, diizinkan Allah, saya bersama keluarga ke Hospital Temerloh untuk menziarahi sahabat saya Yahya yang kemalangan jalanraya semalam. Mula-mula tiba di Hospital tercari-cari juga Wad mana beliau ditempatkan, alhamdulillah dipermudahkan Allah, terjumpa rakan-rakan dari Kuala Lipis untuk tujuan yang sama.

Kecederaan memang agak teruk, kedua kaki beliau patah, cedera teruk dibahagian lutut kiri dan buku lali kiri, manakala dikepala jahitan yang agak panjang. Dibahagian dada telah menjalani pembedahan. Dr. telah memaklumkan kepada beliau bahawa untuk kesembuhan mengambil masa yang lama. Ramai saudara mara dan sahabat handai yang datang menziarahi.

Tanpa disedari (dipisahkan dengan langsir), bersebelahan katil beliau adalah pesakit dari Kuala Lipis juga, iaitu Guru saya Pakcik Abdul Karim Bachik (Ayah saudara Datuk CT) masalah buah pinggang. Di wad bersebelahan pula Ibu kepada rakan saya , baru menjalani pembedahan, manakala di tingkat atas pula insan yang banyak berjasa di kampung Isteri saya iaitu bidan kampung dan pakar urut sudah 4 hari dimasukkan wad tersebut. Nawaitu ziarah seorang, dapat ziarah 4 orang. Semuga Allah kurniakan kesembuhan sepenuhnya kepada mereka.