Ramai orang yang berdoa selepas mengambil wuduk, bacaan doa tersebut umumnya akan dipamirkan di tempat mengambil wuduk. Sepanjang kajian atau tinjauan saya, belum saya ketemui seseorang yang tahu Doa sebelum berwuduk.
Terjemahan Doa tersebut adalah seperti berikut:-
"Maha Suci Allah yang telah menjadikan air untuk aku bersuci"
Begitu juga dengan persoalan Doa Qunut yang pendek, sehingga dibuat cerita kelakar mengenai bacaan Qunut panjang dan pendek. Ramai yang ketawa apabila mendengar cerita tersebut, tetapi mereka telah mentertawakan diri sendiri sebab tidak mengetahui bacaan Doa Qunut yang pendek. Doanya adalah seperti berikut:-
" Robighfirli Ya Ghafur, Warhamni Ya Rohiim "
Wallahu "aklam.