Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.
Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira
Sunday, September 26, 2010
Jual beli durian
Encik A membeli buah durian daripada seorang penjual durian dari masyarakat peribumi, setelah selesai urusan jual beli didapati sebiji daripada buah durian tersebut kurang elok, maka beliau pun memberitahu penjual durian tadi untuk menukar kepada yang lain, beliau diberitahu bahawa buah durian itu tidak bolih ditukar. Encik A pun bertanya, kenapa tak bolih tukar? Jawapan yang diberi "Sebelum Encik beli itu durian saya, bolihlah tukar, tetapi bila encik sudah beli itu dah jadi durian Encik, mana bolih tukar lagi!".
Siapa lebih cerdik?
Bapa saudara rakan saya telah pergi sebuah perkampungan masyarakat pribumi untuk membeli kambing, apabila ditanya kepada Tok Batin, diberitahu harga seekor kambing adalah RM600, aduh... mahal nih!,maka beliau bertanya kepada Tok Bathin, kambing tersebut milik siapa? Maka bapa saudara rakan tadi pun berjumpa tuan punya kambing untuk berunding (tawar/menawar) harga, beliau diberitahu harga seekor kambing tersebut adalah RM500 (Tok Batin pandai bab business hehehe), minta kurang masih tidak bolih, maka bapa saudara rakan bertanya 1 ekor harga RM500 kalau saya beli 2 ekor dengan harga LIMA RATUS SETENGAH bolih? Tuan punya kambing pun bersetuju, beliau mungkin keliru dengan ayat SETENGAH. Apakah beliau cuba memperbodohkan masyarakat peribumi tersebut? Jawapannya tidak, beliau terlebih dahulu di tipu olih mereka dengan menjual separuh daripada durian (kapasiti muatan HILUX) adalah durian muda. Jangan kita salah sangka dengan mengatakan masyarakat pribumi ini kurang pelajaran, mereka telah pun mendapat pendidikan pelajaran yang cukup baik, cuma masalah bahasa yang menyebabkan mereka tewas. Kalau tuan/puan membeli petai yang dijual di tepi jalan contohnya dari Pertak ke Kuala Kubu Baru, yang dikatakan jumlah 100 keping belum tentu cukup. Kalau rajin kiralah sendiri.
Apabila dah lama tak merawat
Dibulan ramadhan yang lalu, ketika sedang lenok (asyik/leka) membaca akhbar, saya dipanggil untuk melihat seorang makcik yang tidak sedar walaupun dibangunkan dari tempat pembaringan, di sapu/lap air di muka dan badan masih tetap tidur. Menantu dan anak saudara dah jadi cemas, kebetulan suami beliau pula ada urusan diluar. Maka saya mengajak isteri kerumah tersebut, dekat sahaja rumah tu.
Setiba dirumah tersebut saya lihat, anak saudara, menantu dan jiran cuba menyedarkan beliau dari tidur. Maka spray air ruqyah kat ubun2, masih tetap tidur, kemudian langkah kedua saya hidukan atar kasturi hitam kat hidung masih tetap sama, termenung sekejap, nak ikhtiar bagaimana lagi? maka saya teringat doa Arasy (saya istiqamah doa ini, iaitu saya baca setiap lepas solat fardhu), sebut Allahu Akbar.. terus tiup kat ubun2, diizinkan Allah.., terus bangun Makcik ini.., dan bertanya kepada menantu dan anak saudaranya, "kenapa dengan aku ini?". Saya diberitahu Makcik ini tidur sebentar untuk menunggu waktu solat asar.
Bila lama tak merawat camnilah jadinya. Bukan tak sudi nak merawat, saya merawat keluarga terdekat dan yang datang rumah secara mengejut. Sebelum ini pun ada 1 kes, gatal dan bengkak seluruh anggota badan, saya bantu merawat menggunakan Garam dan rukyah air untuk minuman, dizinkan Allah, alhamdulillah sembuh.
Sebenarnya banyak kes berat2, saya transfer kepada sahabat yang lebih arif bab rawatan. Sekarang ini saya fokus untuk bimbing anak lelaki saya dan rakan-rakan yang berminat. Wallahu A'lam.

Iklan cari menantu
Macam-macam ada, ada gak kisah anak jiran kat sini, semasa berkenalan diberitahu rakan cyber ini seorang Dr..., untuk pertemuan yang pertama dibatalkan atas alasan saudara meninggal dunia, ingatkan dah senyap, pastu ada perjumpaan susulan, maka anak jiran ini bersama kawan-kawan pun pergilah bertemu dengan gadis tersebut, memang confirm beliau seorang Dr.., cuma masalah usia akhir 20an dan jadi akhir 30an, yang anak jiran ini usia beliau 27 tahun. Ibu kat OK, bapa kata NOK.., kalau dah jodoh pasti tak kemana.., dapat makan khendurilah nanti..
Subscribe to:
Posts (Atom)