Ramai yang mengidap penyakit batuk sekarang, di rumah saya sendiri.. semuanya kena. Paling lewat diri saya sendiri, masih belum sembuh sepenuhnya.. dan kini saya sendiri agak teruk. Bab berikhtiar ini dah bermacam yang dilakukan. Ubat dari klinik, farmasi, kedai ubat, traditional dan ruqyah masih sama.. dah 2 minggu. Yang menjadi masalah.. batuk seperti ada time pula iaitu pada jam 3 pagi dan hampir jam 5 pagi, masa inilah teruk.. batuk berpanjangan.. bila keluar darah.... erm.. stop. Mulai hari ini dah bertukar waktu, jam 3 petang tadi.. alhamdulillah.. walaupun teruk tetapi tidaklah mengeluarkan darah.
Nampak seperti pelik, tetapi adik yang datang dari Daerah Manjung menziarahi saya apabila mendapat khabar saya kurang sihat menceritakan, di Hospital Daerah Manjung, pihak Hospital telah membuka 2 kaunter untuk pesakit, yang MERAH adalah untuk kes Batuk Berdarah dan HIJAU untuk lain-lain penyakit.
Semuga Allah kurniakan kesembuhan kepada saya, family dan semua insan yang kini menghidapi penyakit batuk. Aamiin.