Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Friday, January 1, 2010

Etika Perawat

Perawat wajib mempunyai ETIKA sebagai perawat, dalam dunia perniagaan lebih-lebih lagi yang bertaraf Korporat pasti mempunyai Kod Etika Perniagaan untuk keadilan majikan dan pekerja, tahu hak masing-masing, contohnya Pengistiharan Harta setiap tahun, bolih terima sumbangan untuk syarikat tetapi bayaran mesti atas nama Syarikat dll.

Kenapa saya berbicara persoalan Etika Perawat, semasa seminar tempohari, Al-Ustaz ada memberi nasihat kepada peserta mengenai Etika Perawat iaitu wajib menjaga syariat dan ibadat.

Tersentuh hati untuk membicara persoalan ini diblog adalah atas asbab terlihat kaedah merawat dalam filem Jangan Tegur.

Pepatah petitih Melayu " Sebab Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga ".

Wallahu 'Aklam.

Kisah 2 Y7M

Rakan sekerja saya mempunyai masalah gangguan, mungkin sihir. Alhamdulillah beliau telah mendapatkan rawatan daripada perawat yang berpengalaman di kawasan Timur. Malangnya gangguan terus berlaku, beliau mengambil keputusan bertukar tempat kerja daripada Negeri Pahang ke Negeri kelahiran beliau Kelantan Darul Naim dengan sangkaan gangguan akan berkurangan dan dapat dimusnahkan.

Masalah utama sebelum ini adalah, suami beliau tidak mempercayai gangguan pada beliau, untuk menyelesaikan masalah gangguan tersebut beliau mengunjungi perawat tanpa pengetahun suami beliau. Ditakdirkan Allah, semasa saya bertugas di Kuantan, rakan baik beliau minta saya scan beliau, apa yang saya faham dengan keilmuan yang masih sedikit bab rawatan, gangguan beliau memang teruk. Beliau minta jasabaik saya memaklumkan kepada suaminya disebabkan kami rakan setugas. Alhamdulillah, suaminya terbuka hati setelah mendengar penjelasan daripada saya.

Saya banyak mengajar beliau mengenai kaedah benteng diri daripada sihir. Makin kuat gangguan yang beliau terima, baru-baru ini beliau hampir seminggu tidak dapat tidur diwaktu malam, sering kerasukan. Beliau mengadu kepada saya melalui email dan minta nasihat. Akhirnya saya mencadangkan kepada beliau agar melakukan bacaan Y7M. Selepas habis sahaja bacaan Y7M, beliau kerasukan semula, Sxxxxx menangis-nangis minta ampun kepada beliau dan kadangkala berkeadaan seperti nazak (Diceritakan olih suami beliau). Bila beliau sedar kembali, terasa sesuatu keluar melalui jari-jari tangan. Beliau memaklumkan kepada saya bahawa gangguan mungkin masih ada tetapi tak tahu sebanyak mana, saya nasihatkan kepada beliau agar terus melakukan bacaan Y7M. Semuga beliau dikurniakan kesembuhan sepenuhnya.
Aamiiiin.

Wallahu 'Aklam.

Kisah 1 Y7M

Sukacita saya ingin berkongsi cerita mengenai tajuk di atas. Bacaan Yasin 7 Mubin amat bermanafaat kepada sesiapa yang melakukan amalan tersebut. Lebih aula dilakukan Solat hajat terlebih dahulu sebelum pembacaan Y7M.

Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lipis melalui Jalan Jerantut-Benta setelah menghadiri Seminar Rawatan Islam olih Ustaz Sarhan di Kuantan, semasa berada di kawasan Kenong, kaki kiri saya terasa amat berat seperti ada benda yang melilit kaki saya. Lokasi ini memang kuat gangguannya lebih lagi kalau memandu bersaorangan di waktu tengah malam. Antara gangguan tersebut kenderaan tiba-tiba sahaja injin akan mati, bila subuh kenderaan akan dapat dihidupkan tanpa masalah. Kalau nak bermotosikal selain injin mati secara tiba-tiba, terasa berat seperti ada yang menumpang dibelakang, adakalanya kepala terasa seperti diketuk, ramai yang dah terkena gangguan tersebut.

Saya singgah sebentar di pekan Benta untuk membeli kuih-muih (Pasar Malam). Terasa amat berat kaki kiri saya apabila melangkah keluar daripada kereta, maka saya pun menggunakan kaedah tarik dan buang. Alhamdulillah kaki terasa ringan sedikit tetapi masih ada rasa seperti benda melilit dikaki.

Selepas menunaikan Solat Maghrib di rumah, saya gunakan kaedah spray dan memukul dengan sejadah kecil, namun masih terasa lilitan tersebut. Saya mengambil keputusan membaca Y7M, Alhamdulillah, gangguan seperti benda melilit dikaki terus hilang. Besar ke benda yang melilit?
Rasanya adalah sebesar betis, melilit dari atas buku lali hingga bawah lutut.

Wallahu 'Aklam.