Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Monday, March 18, 2013

Ikhtiar untuk penyakit kencing manis

Lama tak menjenguk blog, nak kata busy tidak juga, nak kata takde perkara yang nak dikongsikan pun tidak juga. Mungkin saya lebih beri penumpuan kepada chat di skype atau line naver.

Minggu lepas, kawan saya menceritakan bahawa sejenis pokok yang bolih diperolehi dikawasan paya, sawah/bendang yang terbiar. Masyarakat Cina cukup mengenali pokok ini.

Pokok ini yang tingginya lebih kurang pokok keladi, batangnya berduri, kalau nak cabut untuk mendapatkan akar tunjangnya kenalah pakai sarung tangan yang tebal atau dibalut dengan guni untuk mencabutnya.

Potong akar pokok ini hingga kebahagian umbinya, dibasuh bersih, dipotong mayang seperti memotong bawang. Letak atas helaian akhbar untuk dikeringkan, jangan dijemur pada panas matahari. Letak dalam rumah pun insyaa Allah akan kering.

Untuk menggunakannya, masukkan 2 atau 3 keping kedalam 1 gelas air panas, tutup dahulu gelas/cawan, bila dah sejuk sedikit barulah diminum. Elok diamalkan dengan meminumnya pagi dan malam.

Namun tuan/puan perlu faham, ikut keserasianlah, berdoalah kepada Allah, asbab meminumnya Allah kurniakan kesembuhan. Wallahu A'lam.

Insyaa Allah, nanti saya akan masukkan gambar pokok berkenaan, tak sempat nak transfer gambar dari HP ke laptop antik saya.