Sudah menjadi 'trend' atau tradisi masyarakat Melayu, apabila kita menghadiri majlis perkahwinan, tuan rumah atau pihak keluarga akan memberi buah tangan kepada tetamu mereka. Sebelum era cyber, umumnya tetamu akan menerima bunga telur kemudian dilakukan sedikit perubahan iaitu kanak-kanak diberi gula-gula. Sekarang ini telah dipelbagaikan, diberi beg kertas yang di dalamnya mengandungi telur, kerepek, kek, buah-buahan, gula-gula dsbnya. Seringkali saya terjumpa makanan ringan (jajan) yang diberi tidak mengandungi tanda halal yang sah dan lebih menyedihkan bahan yang digunakan terdapat campuran yang tidak halal (E471). Walaupun ianya seperti isu remeh-temeh tetapi tuan/puan perlu faham ini adalah berkaitan dengan bab hukum agama kita.