Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Wednesday, October 9, 2019

Doa untuk ikhtiar rawatan sakit kepala dll


Doa Untuk Sakit Kepala dan lain²
dibaca 7x (Untuk sakit kepala baca sambil memegang kepala)
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
بِسْمِ اللّٰهِ خَيْرِ الْاَسْمَآءِ
بِسْمِ اللّٰهِ رَبِّ الْاَرْضِ وَالسَّمَاءِ
بِسْمِ اللّٰهِ الَّذِيْ اَسْمُهُ بَرَكَةٌ وَشِفَاءٌ
بِسْمِ اللّٰهِ الَّذِيْ بِيَدِهِ الشِّفَاءُ
بِسْمِ اللّٰهِ الَّذِيْ لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ سُمٌّ وَلَادَاءٌ
بِسْمِ اللّٰهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرضِ وَلَا فِي السَّمٓاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Dengan nama Allah sebaik-baik nama, Dengan nama Allah Tuhan empunya bumi dan langit, Dengan nama Allah yang dengan namaNYA memberi berkat serta mengubati penyakit, Dengan nama Allah yang dengan kekuasaanNYA menyembuhkan penyakit, Dengan nama Allah serta dengan namaNYA itu tidak memberi mudharat racun dan penyakit, Dengan nama Allah yang tidak mendatangkan mudharat berserta dengan namaNYA  sesuatu benda  pun di bumi dan di langit , dan Dialah jua yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Masalah kencing atau batu karang


Ikhtiar masalah kencing atau batu karang.
بسم اللّٰه الر حمن الرحيم
وَاِ ذِا سْتَسْقٰى مُوْسٰى لِقَوْمِهٖ فَقُلْنَا اضْرِبْ بِّعَصَا كَ الْحَجَرَ ۗ فَا نْفَجَرَتْ مِنْهُ اثْنَتَا عَشْرَةَ عَيْنًا ۗ 
wa izistasqoo muusaa liqoumihii fa qulnadhrib bi'ashookal-hajar, fanfajarot min-husnataa 'asyrota 'ainaa,
"Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: Pukulah batu itu dengan tongkatmu, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air;
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 60)
اَنِ اضْرِبْ بِّعَصَا كَ الْحَجَرَ ۚ فَا نْۢبَجَسَتْ مِنْهُ اثْنَتَا عَشْرَةَ عَيْنًا ۗ 
anidhrib bi'ashookal-hajar, fambajasat min-husnataa 'asyrota 'ainaa,
Pukulah batu itu dengan tongkatmu. Maka terpancarlah daripadanya dua belas mata air.
(QS. Al-A'raf 7: Ayat 160)

Ruqyah kat air zam2/mineral/tapisan. Jgn guna air yg dah di masak. Kalau selain air zam2 letak 3 biji garan jantan. (Garam yg besar dlm garam kasar) baca 7 kali, pastu tiup kat air. Tak nak tiup... X apa doa aje... Mohon shj kepada Allah agar air yg diruqyah tu memberi munafa'at kepada pesakit atau diri sendiri.

Wallahu a'lam.

Sebelum dan Selepas membaca Asmaul Husna


Sebelum baca Asmaul Husna

لَا اِلٰهَ اِلَّا اللّٰهُ وحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ،
لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ،
وَهُوَ عَلیٰ كُلِّ شَيءٍ قَدِيرٌ،
.لَا اِلٰهَ اِلَّا هُوَ لَهُ الْاَسْمٓٱُ الْحُسْنَی

Selepas baca Asmaul Husnaa
سُبْحَانَ مَنْ لَهُ الْاَ سْمٓٱُ الْحُسْنَی،
وَالصِّفَاتُ الْعُلْيَ، سُبْحَا نَهُ وَ تَعَا لیٰ
عَمَّا يَقُوْلُ الظَّا لِمُوْنَ عَلُوًّا كَبِيْرًا.

Muhasabah diri 😔


Sebagai hamba ALLAH kena faham dan sedar intipati Hawlaqah ni.
لَا حَوْ لَ وَلَا قُوَّةَ اِلَّا بِا اللّٰهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ
Kita ni apa pun tak ada... pinjaman belaka...
Allah tarik sikit nikmat kita terus keluh kesah
وَاِ نْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللّٰهِ لَا تُحْصُوْهَا ۗ اِنَّ اللّٰهَ لَـغَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ
wa in ta'udduu ni'matallohi laa tuhshuuhaa, innalloha laghofuurur rohiim
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(QS. An-Nahl 16: Ayat 18)
 ۗ وَقَلِيْلٌ مِّنْ عِبَا دِيَ الشَّكُوْرُ
wa qoliilum min 'ibaadiyasy-syakuur
Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur."
(QS. Saba' 34: Ayat 13)