Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Wednesday, November 10, 2010

Tanda-tanda yang tak disangka

Alhamdulillah, awal pagi tadi sempat menziarahi saudara yang meninggal dunia petang semalam akibat kemalangan di jalan kampung, erm baru-baru ini saya dah ada bercerita  bab kemalangan dikampung. Yang meninggal dunia adalah pemuda berusia 20 tahun, tinggal bersama nenek & datuk. Kemalangan diantara motor dengan kereta. Meninggal disebabkan kecederaan patah tengkuk.

Apa yang hendak saya ceritakan adalah, sedikit kisah sebelum kematian beliau. Pemuda ini bertugas di dua lokasi, waktu pagi bertugas "membuat air" di Kantin Sekolah dan malamnya juga dengan tugas yang sama di sebuah gerai makanan. Seorang pekerja yang sangat rajin dan cekap melakukan tugas. Apa yang diceritakan olih pemilik gerai makanan adalah dalam masa 3 hari ini beliau sering termenung, manakala rakan-rakan yang bertugas di kantin pula menceritakan sebelum ini beliau telah bersalam dengan semua rakan-rakan atau yang dikenali olih beliau dengan memohon ampun dan maaf serta minta halalkan makan minum beliau. Abang kepada arwah yang bertugas sebagai ustaz pula menceritakan arwah telah memberitahu bahawa beliau telah bermimpi " Mati akibat kemalangan ". Ditakdirkan Allah mimpi beliau adalah satu kenyataan.

Telah menjadi lumrah, apabila seseorang telah kembali kerahmatullah, maka kita akan teringat sesuatu yang anih dilakukan. Semuga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau. Aamiin.