Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Sunday, May 22, 2011

Kaedah TRO

Perawat AKRINE, InsyaAllah sudah pastinya cukup memahami kaedah TRO semasa merawat. Saya telah mencuba kaedah yang sama cuma objek kain yang saya lakukan percobaan ataupun ujian dengan menggunakan kain 4 warna iaitu hitam, kuning, merah dan biru. InsyaAllah berkesan, ayat yang saya gunakan pula adalah ringkas iaitu " Allahumma Zalkifli Tabaraka Yasin " Wallahu A'lam. Selamat mencuba.

Saturday, May 21, 2011

Kesan haruman Kasturi Kijang

Haruman yang disukai Rasulullah S.A.W ada yang tidak disukai olih MG (Makhluk Ghaib). Ianya akan memberi effect kepada mereka yang berada di dalam jasad manusia. InsyaAllah secara sepontan, individu berkenaan akan berasa kurang selesa seperti selsema, pening kepala, sakit pinggang dan sebagainya. Pernah ada jema'ah di surau yang komplen bahawa bauan yang dipakai olih anak saya tidak menyenangkan mereka dan perlu ditukar kepada yang lain. Wallahu A'lam.

Sunday, May 15, 2011

Kesian kat pelajar

Pelajar2 yang akan menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM tahun sudah  mula sibuk dengan kelas tambahan , kecemerlangan dsbnya. Anak saya telah menghadiri kelas bahasa Arab disebuah sekolah lain pada hari sabtu yang lalu, setiap pelajar dikenakan bayaran untuk makan berjumlah RM8.00

Anak saya menceritakan, makanan yang disediakan untuk sarapan pagi adalah ayam masak khurma, ulam timun bersama sambal. Apa yang menyedihkan, kawannya hanya dapat lauk kaki ayam sahaja. Kenapa sanggup pihak yang menyediakan/membekalkan makanan sebegitu kepada pelajar? Mereka bayar, bukannya percuma.

Thursday, May 12, 2011

Membaiki kenderaan

Saya telah menghantar kenderaan untuk penukaran talisawat (Timing Belt) di Pusat Service Proton Edar, sebelum ini saya telah membuat 2 pertukaran, yang pertama hanya bertahan 2 bulan sahaja apabila belt seperti mengeluarkan bunyi bising, untuk kali yang kedua pula bertahan hampir setahun. Namun saya nampak perbezaan yang ketara. Perbelanjaan menukar talisawat di Pusat Service Proton Edar memang mahal, kalau di kedai biasa.. upah tersebut adalah mencukupi untuk harga talisawat dan upah, tetapi kualiti talisawat dan kerja amat rendah. Apa yang saya faham, walaupun perbelanjaan agak mahal tetapi mutu kerja/qualiti amat memuaskan, termasuk berolih jaminan. Setahun yang lalu saya juga membuat penukaran clutch, namun selepas dilakukan pertukaran, amat mengecewakan.., seperti longgar sahaja. Kelmarin saya minta mekanik Pusat Service Proton Edar membaiki kerosakan tersebut, upah hanya dikenakan RM15 sahaja, masalah pun selesai.

Sebelum ini saya memang melakukan "service kenderaan" hampir 4 tahun disitu, namun untuk service biasa saya telah bertukar ke kedai biasa. Kalau servicing di kedai biasa, cost +- RM100, kat Pusat Service Proton Edar.. upah sahaja hampir RM30. Untuk masalah besar, saya perlu kembali ke Pusat Service Proton Edar.

Money Changer

Kelmarin kawan saya telah pergi ke 'Money Changer' untuk menukar wang RM kepada Bath Thailand, setelah beliau kembali kenderaan (saya yang memandu kenderaan) beliau merasakan kekurangan RM50 daripada dompet beliau. Jumlah wang untuk tukaran adalah RM400, wang yang diletak diatas meja itu seolah-olah di kuis jatuh olih pekerja tersebut, kemudian beliau memaklumkan kepada kawan saya, jumlah wang tersebut kurang RM50. Kawan saya jadi tidak pasti (Konfius), bagaimana pula jumlah wang tersebut bolih tidak mencukupi dan kenapa pekerja tersebut seperti sengaja menguis duit tersebut hingga jatuh kebawah?

Wednesday, May 11, 2011

Istilah Babi Dalam Perubatan...

Hari ini saya ingin kongsikan bagaimana untuk kita mengenal pasti ubat-ubatan yang mengandungi sumber khinzir. Satu cara yang paling penting ialah dengan membaca label pada produk ubat tersebut. Tapi... macam mana kita nak tahu kalau kita tak paham istilah-istilah sains yang sering digunakan pada label ubat?

Dalam Bahsa Melayu, perkataan Babi atau Khinzir jelas menggambarkan haiwan berkaki empat ini sama ada daging babi, bulu babi ataupun kulit babi. Tetapi di dalam bahasa Inggeris, kita mungkin terkeliru dengan pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan ini. Contohnya:

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.
2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.
3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kuran 50kg.
4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.
5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.
6. Boar : Babi liar
7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.
8. Sow Milk : Susu BAbi

dan ada pelbagai istilah lagi...

Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan babi, istilah Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan atau label ubat. Mungkin ramai orang Islam yang tidak mengetahui bahawa label yang bertulis "This product contain substance from porcine" bermaksud "Produk ini mengandungi bahan dari babi", atau label yang menyatakan "The source of gelatin capsule is porcine" bermaksud "Kapsul dari gelatin babi".

TQ

Sejarah Hari Ibu

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac.

Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu.

Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut. Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan.

Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja. Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe.

Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia. Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika.

Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

* Habis dok pakat ikut, serupa cam Hari Kekasih.., bila kita nasihat... depa kata OK.., cam tarian poco2 lah.. akan ada komen dari orang besor2. semuanya OK..

Monday, May 9, 2011

Saman Ekor dah tiada?

Pada 1 Mei 2011, masih ada kelibat pihak berkuasa berlindung dibelakang pokok kelapa sawit di lokasi.. jalan lurus selepas JPJ Benta.. disebelah kiri jalan. Memang menahan lukah betul... kenderaan memang banyak dan ada pula yang memandu laju, maklumlah dilokasi jalan lurus. Sebelum ini memang dah keluar kenyataan tiada lagi saman ekor.. ternyata palsu hehehe.., kita pakat tunggu yang JPJ pula.. siap ada gambar pemandu sebagai bukti.. kenalah selalu senyum ketika memandu... hehehe. Pastu bila memandu ada kenderaan JPJ kat belakang jangan dok pecut laju, di dalam kenderaan mereka telah dipasang alat mengesan kelajuan kenderaan. JPJ dah ada kelengkapan camtu... PDRM tak teringin ke? Yang menghairankan saya, pihak berkuasa tak pula melakukan perangkap laju dikawasan yang sering berlaku kemalangan hingga menyebabkan kematian.

Saturday, May 7, 2011

Dulu ternak kambing sekarang???

Pusat penternakan kambing ini cukup terkenal di daerah R, semasa Tun A menjadi PM, beliau telah datang melawat ke tempat ini mungkin untuk merasmikan atau urusan lain, Wallahu A'lam. Apa yang mengejutkan saya adalah, rakan sekerja memaklumkan tempat perternakan tersebut mungkin terdapat perternakan khinzir. Beliau telah 2 kali terserempak dengan lori yang membawa khinzir untuk masuk ke pusat perternakan tersebut dan lebih malang kenderaan mereka telah terkena kencing khinzir yang amat besar ketika lori tersebut mengambil ruang untuk memasuki tempat tersebut. Apa yang ditakuti, sungai berhampiran pusat penternakan tersebut adalah sungai yang memberi bekalan air kepada penduduk bandar R. Pusat pertenakan tersebut adalah milik syarikat dari Australia.

Friday, May 6, 2011

Perkhidmatan SMS 62100

Bermula 1 Mei 2011, TM telah memperkenalkan perkhidmatan SMS 62100, yang merupakan saluran baru bagi memudahkan pelanggan menghubungi kita. Selain itu, perkhidmatan ini dijangka memberi kesan positif terhadap index TRIM.

Berikut adalah senarai perkhidmatan yang boleh dibuat melalui SMS :


Sila layari laman web TM di www.tm.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan SMS 62100 atau taip HELP dan hantar ke 62100. Mari kita bersama-sama memaklumkan kepada rakan-rakan dan keluarga perkhidmatan SMS 62100 ini.

Perkhidmatan SMS 62100 ini merupakan sebagai pelengkap bagi platform, Pusat Khidmat Pelanggan TM yang lain seperti Pusat Khidmat pelanggan (100), laman web TM (www.tm.com.my) dan e-mel (help@tm.com.my).

Marilah bekerjasama dengan semangat 1TM untuk memastikan para pelanggan kekal bersama TM.

Sekian, terima kasih.

Bagi pihak Customer Service Management
Komunikasi Korporat Kumpulan
Telekom Malaysia Berhad

Tuesday, May 3, 2011

Hebatnya perawat muda

Saya amat tertarik dengan cerita sahabat saya bahawa anak saudara beliau yang menuntut di sebuah Kolej Pengajian Islam memaklumkan kepada beliau bahawa mereka telah diajar keilmuan rawatan perubatan Islam. Anak saudara beliau memaklumkan bahawa kisah yang dipaparkan di TV tidak benar dan perawat tersebut telah menipu penonton, kata beliau dalam kes merawat mereka memerlukan ramai orang untuk memegang pesakit yang kerasukan sedangkan yang dipaparkan di TV adalah sebaliknya.

Saya memaklumkan kepada beliau, perawat baru biasalah sering teruja, ada  yang merasakan keilmuan mereka sahaja yang benar dan yang lain itu penipu belaka. Mereka perlu faham, kaedah rawatan itu banyak termasuk keilmuan perawat itu sendiri. Beliau hanya mendiamkan diri, mungkin tidak bersetuju dengan pendapat saya. Nak buat camno " Wrong Channel " hehehe. Saya tidak menafikan adakalanya saya sendiri tidak menyukai akan kaedah rawatan tersebut seperti yang saya lihat di Astro Oasis kelmarin, perawat memegang tubuh pesakit berhampiran dengan bahagian sensitif wanita. Alhamdulillah, saya masih ingat pesan Guru saya supaya berhati-hati agar tidak mencemarkan nama baik rawatan Islam dan mengundang fitnah. Wallahu A'lam.