Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Thursday, November 25, 2010

Global Response Framework For Oil Spills

Essentials to public transport terminal/interchange

1. The terminal/interchange should be covered (roofed)


2. The terminal interchange should provide adequate platfofm/bay space for vehicles/unit of carriage movement.
3. The walking distance entailed in changing route or mode should be kept to minimum, possibly by the use of multi-level facilities.
4. The terminal/interchange be located conveniently.
5. The facilities and platform/ bay locations should be clearly and adequately signposted.
6. Adequate comfortable waiting space should be provided.


7. Other facilities eg toilet, restaurants, locker rooms, banking services, clinic etc., should be made available.

Tuesday, November 23, 2010

National Transport Policy

In formulating a national transport policy, the following objectives must be achieved:-

1. To develop an efficient, integrated and balanced ( others mode of transport) system of transport by     providing transport services at a reasonable cost.
2. To facilitate and accelerate domestic and international links to promote and extend trade ( All three     mode sector).
3. To implement and efficient and fuctional public transport system in urban areas to reduce congestion.
4. To encourage and fully utilise rail services especially for the carriage and freight.
5. To instill efficiency in existing points of transport terminal, port or networks.
6. To provide and ensure efficient commercially viable and safe domestic and international air transport     services.
7. To encourage greater participation from the private sector in transport industry.

Sunday, November 21, 2010

Jawapan SAMDOL

Semasa aktiviti ziarah hari raya qurban yang baru berlalu, sahabat saya menceritakan bahwa, kawan beliau datang daripada Bentong, Pahang ke rumah beliau untuk mencari Cucu Datuk Mat Kilau yang khabarnya seorang Bomoh yang terkenal menetap di Kuala Lipis. Tujuan beliau adalah untuk mendapatkan rawatan permasalahan isteri beliau. Telah pun berjumpa dengan bomoh2 namun masih belum sembuh. Saya pun bertanya kepada sahabat saya apakah masalahnya? Masalah isteri kawannya kononnya terkena sihir, tidak bolih menunaikan Solat atau ibadat lain. Kawan beliau pernah melakukan kaedah bacaan Yasin secara berjemaah dirumahnya, isteri beliau menjadi marah dan mempersendakan mereka yang membaca Yasin dan akhirnya mengurungkan diri di dalam bilik.

Saya menambah soalan lagi, hehehe.. " Mereka tak cuba ikhtiar kat Darul Syifa' Bentong atau lain-lain Perawat Rawatan Islam? ." Jawapan standard di beri olih kawan beliau " Bukan tak nak pergi tetapi isteri beliau yang tak nak ". Hehehe... apalah punya samdol! Saya pun cakap kat sahabat saya " Dah dia tak nak pergi, ajaklah perawat datang ke rumah. " 

Teringat kisah yang lalu, saya bersama sahabat merawat seorang makcik, nak menyebut Allah pun tak bolih, apabila cuba nak membaca ayat Al-Quran, bibir beliau menjadi bengkak.

Ucapan & menjawap salam

Daripada Abdullah bin Umar r.a, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w: " Manakah Islam yang paling baik?' Sabda Baginda yang bermaksud " Hendaklah engkau memberi makan dan mengucap salam kepada mereka yang kamu kenal dan yang tidak kenal. (Riwayat Bukhari & Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda: " Apabila kamu diberi salam dengan sesuatu salam, maka hendaklah kamu membalas salam itu dengan salam yang lebih baik, ataupun balaslah dengan salam yang seumpamanya."

Bagaimana pula cara untuk menjawap salam daripada orang bukan Islam? Rakan-rakan sekerja, sahabat atau jiran tetangga sering mengucapkan salam kepada kita apabila bertemu atau melalui telefon/HP. Mereka mengucapkan ucapan salam dengan begitu fasih, jangan salah pengertian kepada mereka, bukan niat mereka untuk mempermainkan ucapan salam tetapi mereka mengetahui ucapan salam adalah sesuatu ucapan yang baik.

Apabila orang Yahudi atau Kristian (ahli kitab) mengucap salam, maka jawaplah " Wa'alaikum ( dan ke atas kamu) " Hadith riwayat Bukhari (11/42) Muslim (4/1705).

Wallahu A'lam.

Saturday, November 20, 2010

Jangan perlekeh produk Malaysia atau Cina.

You pakai HP buatan Cina? Isyh takde class, cepat rosak.. cam lampin pakai buang. CSL? Bunyi aje kononnya buatan Malaysia itu semua teknologi Cina belaka. Itulah kata2 yang sering kita dengari daripada mulut mereka yang amat bangga menggunakan HP bukan produk Malaysia atau Cina.

Kepada yang suka dok kondem produk Malaysia atau Cina, memanglah dame amat bangga menggunakan jenama tertentu.. tetapi sebenarnya dame sendiri tak tahu, majoriti peralatan terkini yang digunakan olih syarikat telekomunikasi kat Malaysia ini adalah produk dari Cina. Tak kiralah perkhidmatan jalur lebar (HSBB) dsbnya. Jenama dari negara tertentu dah nak masuk muzium komunikasi.

Tuan/puan gunalah produk atau jenama yang disukai, cuma jangan dok perlekeh produk buatan Malaysia atau Cina.

Setiap ciptaan manusia pasti ada cacat celanya, yang sempurna adalah ciptaan Allah Subhanahuwa ta'ala.

Dulu & Sekarang

1. Solat Juma'at.

Dulu.
Ke masjid dengan menaiki basikal atau berjalan kaki. Jarak masjid dengan rumah melebihi 5km, sampai ke masjid berpeluh-peluh, sebab itu orang dulu2 bila berwuduk akan membasuh dibahagian tengkuk. Alhamdulillah, mereka sampai awal ke masjid sebelum Bilal melaungkan Azan yang pertama.

Sekarang.
Ke masjid dengan kenderaan motorsikal atau kereta. Jarak tak sampai 3 km, namun sampai ke masjid ketika Khatib membaca khutbah yang kedua.

Yang tak berubah dulu & sekarang.
Melepak kat luar Masjid semasa khatib membaca atau berkhutbah.

2. Malam Hari Raya.

Dulu.
Selepas menunaikan solat Isya' secara berjemaah di surau atau masjid, akan melakukan amalan Takbir kerumah-rumah jemaah atau penduduk kampung. Setiap rumah sibuk menyiapkan juadah untuk hidangan kepada tetamu yang datang bertakbir raya kerumah mereka. Duit syiling di sediakan untuk anak-anak yang turut serta. 10 sen atau 20 sen sudah memadaik Acara tersebut akan berakhir waktu subuh, dengan berkumpul semula di Surau atau masjid. Pergi dari rumah ke rumah dengan berjalan kaki, ada yang menaiki sampan. Hanya menggunakan lampu minyak tanah atau torchlight.

Sekarang.
Selepas menunaikan solat Isya' secara berjemaah akan pulang kerumah masing-masing, acara mungkin berbual sesama ahli keluarga atau menonton TV. Yang berduit akan bersama anak cucu bermain bunga api atau mercun. Yang muda2 sibuk dengan komputer atau handphone, check email, chat dsbnya. Ada pula ambil kesempatan merempit atau lepak2 bersama kawan2 kat lokasi tertentu.

3. Menziarahi Pusara.

Dulu.
Setiap minggu sebelum atau selepas solat Juma'at.

Sekarang.
Setahun 2 kali iaitu Hari Raya Eidul Fitri atau Eidul Adha ataupun keesokan hari Majlis Tahlil (Khenduri Arwah).

Friday, November 19, 2010

Sahabatku Tuan Syed Zaman



Thursday, November 18, 2010

Mahalnya harga gula!

Alhamdulillah, semalam ada jiran warga Pakistan datang ziarah kerumah, beliau baru sahaja kembali ke Malaysia setelah pulang ke kampung halaman beliau. Beliau bersyukur kepada Allah disebabkan kampung halaman beliau tidak terlibat dengan banjir besar yang mengorbankan mangsa hampir 17,000 orang.

Keadaan hidup rakyat di Pakistan amat susah disebabkan inflasi, iaitu harga barang amat mahal. 1 Kg gula harganya 100 Rupee bersamaan RM6.00, gaji untuk sehari hanya mampu beli 1 kg gula sahaja belum lagi barangan lain. Denagn riak wajah yang sedih beliau mengatakan akan ramai rakyat miskin di negara beliau yang akan mati kerana kelaparan.

Lebih malang lagi adalah pergaduhan puak/kumpulan, bukan lagi diantara puak Syiah dengan Sunni tetapi berlaku kepada puak Sunni sendiri. Semuanya adalah angkara zionis yang merancang secara halus untuk menghancurkan Umat Islam di Pakistan.

Semuga Allah kurniakan kesejahteraan, kedamaian dan diturunkan rahmat kepada rakyat negara2 Islam yang ditindas olih golongan zionis dan kuncu2 mereka.

Apa yang menarik apabila mereka menziari saya adalah, akan meminta saya membacakan doa untuk mereka.

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Eidhul Adha

Kepada pengunjung blog mencupu, ana ucapkan Selamat Hari Raya Eidhul Adha. Kalau memandu kenderaan balik kampung, berhati2lah. Ingat insan yang tuan/puan sayangi. Bertoleransi, bersabar dan kalau letih berihatlah terlebih dahulu.

Hiasilah hariraya ini dengan bertakbir, bertahmid dan bertasbih, jangan dok beraya bersama family di depan TV atau leka dengan facebook atau youtube. Ziarahilah tanah perkuburan, saudara-mara & sahabat handai. Yang terlibat dengan banjir, bersabarlah dengan ujian dari Allah, awasilah anak2 jangan biarkan mereka leka dengan bermain air, banyak buruk dari baiknya.

Kepada yang melakukan ibadah Qurban, semuga Allah menerima ibadah Qurban yang tuan/puan sepenuhnya. Aamiin.

Ana memohon ribuan ampun dan ma'af andainya terdapat penulisan ana di blog ini yang mengguris hati dan perasaan tanpa ana sedari atau sengajakan.

Wassalam.

KAYA DUNIA MUFLIS DI AKHIRAT

Sabda Rasulullah s.a.w,

“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Para sahabat menjawab: Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun hartabenda”. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari kiamat, orang yang di zalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Alllah SWT akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah SWT campakkan dia ke dalam neraka." (Riwayat Muslim)

Monday, November 15, 2010

Bersatu Dalam Doa Hari Arafah

Umat Islam seluruh dunia digesa bersatu menadah tangan berdoa beramai-ramai pada jam 1800 GMT (6.00 Petang) pada Hari Arafah 16 November bersamaan 9 Zulhijjah ini. Atas keyakinan 'doa adalah senjata orang Islam', muslim di seluruh dunia digesa berdoa 10 minit pada hari tersebut untuk kesatuan dan kesejahteraan ummah.

Inisiatif ini dianjurkan oleh Global Prayer 2010 for Palestin, Peace and Unity.

"Semua muslim di seluruh dunia, digesa bersatu dan mengangkat tangan bersama berdoa secara besar- besaran. "Doakan agar Allah SWT melindungi umat Islam yang dizalimi seperti di Palestin, Pakistan dan di seluruh dunia dan kembalikan keamanan," kenyataan dalam web mereka dipetik. Selain itu, mereka juga mahu stesen televisyen, internet dan stesen radio menghebahkan perkara tersebut untuk tujuan lebih ramai menyertai Global Prayer tersebut. "Kita khabarkan kepada semua agar boleh kumpulkan umat Islam dengan jumlah yang besar pada hari yang mulia ini untuk membantu saudara Islam kita."Bolehkah kita meluangkan 10 minit dari masa kita untuk memohon pertolongan Allah?" soalnya. Pada hari tersebut juga, umat Islam di seluruh dunia disunatkan berpuasa.

Saturday, November 13, 2010

Cukup ke umur lembu nih?

Haiwan yang bolih dijadikan korban mestilah cukup umur, contohnya Unta = 5 tahun, Sapi/Lembu = 2 tahun. Bagaimana kita nak tahu yang binatang tersebut telah cukup umurnya untuk dijadikan kurban? Kebiasaannya kita serahkan kepada penjual kerana mereka lebih maklum. Bagi orang yang mahir dengan binatang ternakan, dengan melihat tanduk atau bentuk badan haiwan sahaja mereka dapat mengagak umur haiwan ternakan tersebut. Terdapat satu lagi kaedah untuk kita mengetahui umur haiwan berkenaan adalah melalui gigi. Untuk haiwan lembu, pastikan 2 batang gigi tengah dibahagian bawah mestilah lebih panjang dari gigi yang lain. InsyaAllah, haiwan tersebut memang telah cukup umur untuk dijadikan haiwan korban. Wallahu A'lam.

Ibadah Qorban

InsyaAllah, pada hari rabu minggu hadapan kita akan menyambut Hari Raya Eidul Adha 1431 Hijrah. Umumnya sambutan hari raya Qurban tidaklah semeriah hari raya Puasa. Tahun ini semakin tak meriah jadinya disebabkan tidak ada ibadah Qurban yang dilakukan ditempat saya tinggal. Tahun sebelum ini memang terasa seronoknya, anak muda berjaga dari malam hingga pagi untuk jaga Lembu yang hendak dikorbankan, mereka memberi makanan dan memasang api untuk mengelakkan binatang tersebut kesejukan atau nyamuk, paling ditakuti lembu tersebut terlepas atau sengaja dilepaskan, maklumlah kat taman ini ramai kaum India.

Bermula 2 tahun yang lalu, isteri saya diamanahkan mengumpul kutipan bulanan untuk bayaran ibadah Qurban dan saya pula berurusan membeli binatang Qurban. Awal tahun ini, saya dan isteri telah bertanya kepada masyarakat setempat yang ingin turut serta untuk ibadah Qorban, jawapan mereka yang tidak dapat menyertai program berkenaan adalah disebabkan kekurangan sumber kewangan, nak fokus untuk pelajaran anak-anak, ada pula yang mengatakan nak lakukan ibadah Qurban bersama keluarga mereka. Amat malang, dalam pemerhatian saya semuanya hanya sekadar alasan. Gelang ribuan ringgit,  HP yang canggih mampu mereka beli, almaklumlah bab ibadat ini pasti banyak halangannya.

You ada facebook?

Celik mata aje facebook.. nak pejamkan mata pun facebook, itulah fenomena masyarakat di negara kita, daripada pemerintah hinggalah rakyat jelata pasti terlibat dengan facebook. DJ Radio pun untuk melariskan program dan nama mereka iklankan facebook mereka, sebagai contoh kelmarin.. DJ sebuah Radio memaklumkan mereka telah create facebook yang bernama kerintingbro.. dan akan umumkan nama rakan facebook yang pertama kunjungi krintingbro.. tak sampai 4 minit telah ada 80 orang, mereka merasa amat bangga dengan tahap sosial masyarakat Malaysia. Menurut mereka ada kajian daripada sebuah agensi, masyarakat Malaysia adalah no. 1 manakala Jepun pula tercorot.

Ada pula syarikat komunikasi yang memperkenal package RM2 sejam untuk facebook, maka berebut-rebutlah anak-anak muda termasuk yang bersekolah rendah mendaftar dan menggunakan perkhidmatan tersebut. Ibubapa jadi bangga anak ada facebook, tak tahu solat atau membaca Al-Quran takpe.. janji pandai IT. Siap bagi duit lagi untuk topup. Ada mata lihat, ada telinga dengar.. apakah yang akan berlaku dalam 5 tahun lagi.

3S adalah penjahanam rohani ummat Islam apabila kita tidak memahami dan mempraktik dengan cara yang betul, termasuk dalam 3S adalah SOCIAL. Maka ketawalah mereka yang telah merancang secara halus untuk menghancurkan Ummat Islam.

Friday, November 12, 2010

Sepesial? Special lah tu..


Memang sah tuan punya warung orang seberang, dimana lokasi berkenaan? Kalau nak ke Janda Baik tu.. InsyaAllah pasti akan jumpa warung tersebut.., yang special kat situ adalah "SUP TULANG".

Wednesday, November 10, 2010

Tanda-tanda yang tak disangka

Alhamdulillah, awal pagi tadi sempat menziarahi saudara yang meninggal dunia petang semalam akibat kemalangan di jalan kampung, erm baru-baru ini saya dah ada bercerita  bab kemalangan dikampung. Yang meninggal dunia adalah pemuda berusia 20 tahun, tinggal bersama nenek & datuk. Kemalangan diantara motor dengan kereta. Meninggal disebabkan kecederaan patah tengkuk.

Apa yang hendak saya ceritakan adalah, sedikit kisah sebelum kematian beliau. Pemuda ini bertugas di dua lokasi, waktu pagi bertugas "membuat air" di Kantin Sekolah dan malamnya juga dengan tugas yang sama di sebuah gerai makanan. Seorang pekerja yang sangat rajin dan cekap melakukan tugas. Apa yang diceritakan olih pemilik gerai makanan adalah dalam masa 3 hari ini beliau sering termenung, manakala rakan-rakan yang bertugas di kantin pula menceritakan sebelum ini beliau telah bersalam dengan semua rakan-rakan atau yang dikenali olih beliau dengan memohon ampun dan maaf serta minta halalkan makan minum beliau. Abang kepada arwah yang bertugas sebagai ustaz pula menceritakan arwah telah memberitahu bahawa beliau telah bermimpi " Mati akibat kemalangan ". Ditakdirkan Allah mimpi beliau adalah satu kenyataan.

Telah menjadi lumrah, apabila seseorang telah kembali kerahmatullah, maka kita akan teringat sesuatu yang anih dilakukan. Semuga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau. Aamiin.

Sunday, November 7, 2010

Mengusir MG daripada rumah

Orang dulu2 membaca ayat 15-17 Surah Ath-Thaariq. Memerlukan 4 batang paku dan setiap paku perlulah dibaca ayat berkenaan sebanyak 25X. Kemudian paku tersebut ditanam pada 4 penjuru rumah. Wallahu A'lam.

Saturday, November 6, 2010

Buku Rujukan Untuk Merawat

Selain daripada mengikuti kursus atau seminar rawatan atau belajar secara khusus dengan guru tertentu, sebaiknya tuan/puan yang berminat bab rawatan memiliki buku-buku lain untuk menambah keilmuan. Saya mencadangkan kepada tuan/puan mendapatkan buku ini terbitan AL-HIDAYAH PUBLICATION, disusun olih Drs. Hj. Hanafi Mohamed. MA (Kg. Gelam, To' Uban, Pasir Mas, Kelantan). Tuan/Puan bolih mendapatkan buku tersebut dikedai buku atau menghubungi 03-61853002, 03-61854009.

Apakah yang istimewa dengan buku tersebut? Diberi Ijazah kepada pemilik buku, juga rawatan dengan Asmaul Husna dan doa-doa dalam bahasa Suryaniah. Sebagai contoh:-

" Dengan pukulanMU wahai Zat yang Maha Mempunyai pukulan, pukullah orang-orang derhaka sebagai nama-namaMU yang Maha Mulia ".

Wallahu A'lam.

Pergi Yang Tidak Akan Kembali Lagi

Pada jam 3.00 petang 26/10/2010, Abang Ipar yang dikasihi telah kembali kerahmatullah. Kali akhir ketemu beliau apabila beliau dan family datang kerumah saya pada malam 25/10/2010 untuk dirawat olih sahabat2 saya. Memang saya cuba merawat namun gangguan pekerjaan amat kuat (On Call), akhirnya saya off HP. Alhamdulillah beliau tidak lagi batuk ketika berbaring.

Allah sayangkan beliau, maka kembalilah beliau kerahmatullah. Apa yang ingin saya ceritakan bukan bab merawat atau permasalahan sakit beliau tetapi mengenai perginya beliau bersama keilmuan yang amat bermunafaat kepada masyarakat. Kepada beliaulah masyarakat setempat atau jauh memohon bantuan/usaha untuk membantu permasalahan pelbagai. Diantara kemahiran beliau adalah:-

1. Mahir bab herba, pengalaman saya sendiri membantu rakan2 dan keluarga yang bermasalah penyakit kencing manis. Kakak ipar saya sendiri hampir dipotong dibahagian kaki, Alhamdulillah.. sembuh, begitu juga dengan rakan-rakan yang menghadapi masalah yang sama. Beliau turut menggunakan herba bagi membantu permasalahan wanita yang lambat hamil, ada yang berkahwin hampir 5 atau 7 tahun, dengan ikhtiar beliau dan Allah makbulkan pasangan tersebut berolih cahaya mata, bukan hanya masyarakat Melayu sahaja yang beliau bantu, ianya termasuk kaum lain. Dan pelbagai lagi kemahiran beliau merawat menggunakan herba.

2. Kemahiran mengurut dan patah.

Anak-anak kurang berminat, akhirnya hilanglah keilmuan yang amat bermunafaat itu. Semuga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.

Friday, November 5, 2010

Pengharapan seorang pesakit

Ramai pesakit yang telah mendapatkan rawatan daripada perawat yang hebat2 dan terkenal, namun kesembuhan bukan milik mereka. Ada yang merasa amat kecewa apabila dirawat tidak sembuh malah menjadi semakin teruk, maka berada di dalam situasi putus pengharapan yang bolih menggugat aqidah mereka seperti terniat nak bunuh diri atau menukar agama.

Perawat hanya berikhtiar, tak kiralah yang profesional atau yang cikai seperti saya, Allah Ta'ala yang mempunyai Kuasa Mutlak untuk menyembuh. Pesakit kena faham, orang tua dulu sering berkata " Penyakit Datang Bagai Ribut, Keluar Bagai Semut. "

Saya pernah menasihati pesakit sebegini dengan mengatakan " JANGAN BURUK SANGKA KEPADA ALLAH ' dan nasihat lain agar aqidah mereka tidak lari. Wallahu A'lam.

Pesta Mercun

Tepat jam 12.00 tgh malam tadi maka berpestalah mereka dengan dentuman bunyi mercun dan bunga api, bayangkanlah mereka membakar hampir serentak dengan mercun papan ada yang sepanjang 8 kaki, termasuk dengan bunyi letupan kuat mercun jenis tertentu. Yang berduit pula pastinya dengan membakar bunga api yang mahal2. Maklumlah kaum tersebut ramai yang berkerja di Lombong Emas, jadi duit pun banyak, apa yang saya faham mereka mengeluarkan belanja ribuan ringgit untuk mercun dan bunga api. Cuma saya merasa hairan, apakah hubung kait pembakaran mercun tepat jam 12.00 tgh malam dengan perayaan mereka, sedangkan kaum Cina disini tidak melakukan demikian kerana menghormati masyarakat Melayu disini.

Bagaiamana dengan pihak berkuasa, apabila di adukan, akan diberi jawapan mudah, biarlah.. mereka nak beraya, tetapi bolihkah masyarakat Melayu melakukan sedemikian? Amaran diberi awal2 jangan main mercun, kerana salah disisi undang2.

Tahun ini OK sedikit, pembakaran mercun dan bunga api hingga jam 12.30 malam, berbeza dengan tahun lepas yang pesta membakar mercun cukup hebat, diikat pada motor dan dibawa pusing sekeliling taman. Pembakaran mercun berlaku sehingga jam 2 atau 3 pagi.

Saya masih teringat peristiwa yang berlaku tahun lepas iaitu 2 hari selepas perayaan tersebut, mereka pesta mercun bermula jam 9 malam, entah berapa kali mereka membakar mercun papan yang panjang. Anak-anak kecil menangis ketakutan, maka ada yang bertindak melapur kepada pihak berkuasa. Apabila tiba pihak berkuasa, mereka mencabar dengan isu perkauman, akan memukul kaum Melayu kerana mereka tidak takut dengan Kaum Melayu, mereka mencabar beberapa kali. Pihak berkuasa tidak ambil tindakan pun hanya berlalu begitu sahaja.

Anak muda yang tidak tahan dengan perangai mereka telah mengajak kawan2 berkumpul dirumah saya, tidak berapa lama kemudian Anggota Keselamatan telah datang kerumah saya dengan pertanyaan " Kau orang nak bergaduh ke?". Erm saya pula yang jadi bersalah. Kaum tersebut berkumpul didepan rumah mereka. Anak muda yang rasa tercabar menghubungi rakan mereka, maka sampailah kumpulan mereka hampir 40 orang. Tidak lama kemudian, pihak berkuasa telah sampai dengan 2 buah kereta dan bermotorsikal (cepat betul mereka sampai ye!). Rakan2 yang seramai hampir 40 orang terus beredar, tidak berapa lama kemudian, kelihatan sebuah kereta proton dengan bercakap dengan handphone telah datang kerumah saya beliau adalah ketua Gangster yang datang untuk tujuan berunding, beliau kononnya marah kepada yang buat masalah (Ketua Gangster India di taman ini), anak muda menghubungi rakan mereka kembali, mereka yang sedang dalam perjalanan terus berpatah balik pastinya dalam keadaan marah, entah bagaimana Anggota keselamatan terus muncul dan menyuruh saya mengarahkan mereka yang hadir untuk bersurai. kalau tidak memang teruklah beliau kena. Maka tercatitlah nama-nama anak muda disini di Balai Polis yang berdekatan termasuklah nama saya. Jadi besarkah kisah tersebut? Sebenarnya besar, telah tersebar hingga ke Selatan Tanah Air. Kawasan yang berhampiran seperti Raub, Bentong, Jerantut telah bersedia, hanya menuggu panggilan sahaja.

Bagaimana nak elak berlakunya perkara tersebut, wahai pihak berkuasa berlaku adillah, kuatkuasakanlah undang-undang tanpa mengira kaum.

Thursday, November 4, 2010

Kemalangan Di Jalan Kampung

Kemalangan kenderaan yang berlaku, walaupun berlaku di jalan kampung mestilah dibuat lapuran di Balai Polis. Bagi yang kurang keilmuan seperti saya mengganggap ianya sesuatu yang mudah dan tidak melibatkan undang2. Perkara ini terjadi kepada biras saya yang kemalangan di jalan kampung. Apabila individu yang terlibat dengan beliau membuat lapuran, maka beliau pun turut membuat lapuran. Hasilnya beliau di denda RM300. Kemalangan yang melibatkan individu cedera parah/teruk, maka kita bolih didakwa mengikut Akta lain yang mana kita bolih di denda RM4,000 hingga RM10,000. Terima kasih kepada Pegawai Traffik IPD Lipis yang memberi penerangan dengan jelas dan amat berbudi bahasa yang berasal dari Sibu, Serawak.

Tuesday, November 2, 2010

Fuel's Station


Monday, November 1, 2010

Seni mengikat tali kasut