Celik mata aje facebook.. nak pejamkan mata pun facebook, itulah fenomena masyarakat di negara kita, daripada pemerintah hinggalah rakyat jelata pasti terlibat dengan facebook. DJ Radio pun untuk melariskan program dan nama mereka iklankan facebook mereka, sebagai contoh kelmarin.. DJ sebuah Radio memaklumkan mereka telah create facebook yang bernama kerintingbro.. dan akan umumkan nama rakan facebook yang pertama kunjungi krintingbro.. tak sampai 4 minit telah ada 80 orang, mereka merasa amat bangga dengan tahap sosial masyarakat Malaysia. Menurut mereka ada kajian daripada sebuah agensi, masyarakat Malaysia adalah no. 1 manakala Jepun pula tercorot.
Ada pula syarikat komunikasi yang memperkenal package RM2 sejam untuk facebook, maka berebut-rebutlah anak-anak muda termasuk yang bersekolah rendah mendaftar dan menggunakan perkhidmatan tersebut. Ibubapa jadi bangga anak ada facebook, tak tahu solat atau membaca Al-Quran takpe.. janji pandai IT. Siap bagi duit lagi untuk topup. Ada mata lihat, ada telinga dengar.. apakah yang akan berlaku dalam 5 tahun lagi.
3S adalah penjahanam rohani ummat Islam apabila kita tidak memahami dan mempraktik dengan cara yang betul, termasuk dalam 3S adalah SOCIAL. Maka ketawalah mereka yang telah merancang secara halus untuk menghancurkan Ummat Islam.