Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Monday, November 9, 2009

Mengenali Perubatan Islam

Mengenali perubatan Islam yang sebenar dari yang palsu, Ulamak terdahulu hingga kini telah menetapkan bahawa keharusan mengubati penyakit dengan menggunakan kaedah Ruqyah mestilah memenuhi tiga (3) syarat utama :

1. Mambaca doa atau menjampi hendaklah dengan ayat-ayat al Quran yang betul bacaannya atau hadith-hadith nabi atau doa-doa yang makthur dan sahih.

2. Boleh menggunakan jampi dengan apa bahasa pun akan tetapi hendaklah difahami makna. Tidak bercanggah dengan hukum syarak.

3. Mestilah pengamalnya beri’tikad yang bulat bahawa penyembuh sebenarnya hanya Allah s.w.t sahaja.

Tiga syarat tersebut telah menjadi Ijmak Ulamak mengharuskan perubatan Islam melalui kaedah ruqyah. Sebarang penyelewengan dari tiga tersebut akan terkeluar dari rawatan Islam.

Wallahu 'Aklam.