Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Tuesday, September 15, 2009

Poco-Poco Yang Tersirat

Salam...pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentangSesuatu yang menggemparkan kerana penulis sendiri pernah buat(masa dalam PLKN,secara paksa rela).Iaitu tarian Poco-poco. Secara jujurnya penulis tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini. Namun segalanya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat penulis,membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca emel ni.

"Assalammualaikum, Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tentang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama Islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika menghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka . Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib. Mungkin kita tidak perasan kerana kita suka mengikut-ngikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh Islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu. Cuma tarian poco-poco ini belum difatwakan haram lagi.

Marilah kita sama-sam fikirkan. "Masya Allah..., penulis pernah terfikir dulu, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua.. Jadi, penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.

WALLAHUALAM....

Mekah


InsyaAllah.

Model Payung Terbaru







Mujahadah

Kesucian hati tidak akan tercapai melainkan dengan perlaksanaan 2 perkara penting iaitu Mujahadah & Wirid Thoriqat.

Mujahadah ialah melawan godaan hawa nafsu iaitu belajar mengasuh nafsu diri sendiri dengan cara beransur-ansur supaya kita dapat menguasainya. Hendaklah kita faham bahawa nafsu itu menjadi talibarut bagi syaitan. Justeru itu adalah menjadi kewajipan kita untuk belajar mengenali bahawa nafsu kita sekarang adakah ia sedang dihasut oleh syaitan atau sebaliknya. Inilah yang penting dan amat perlu kita mengenalnya. Selepas itu hendaklah kita mujadahkan ia dan kita lawan ia. Firman Allah " Mereka yang bermujahadah pada jalan kami (ALLAH) nescaya kami beri pertunjuk kepada mereka jalan-jalan kami ."

Contoh mujahadah,

Menurut kebiasaan nafsu perut kita bersetuju kepada makanan yang sedap-sedap dan lazat. Makanan yang lazat itu menyebabkan kita makan dengan begitu banyak hingga menyebabkan kita menjadi malas untuk beribadat, maka kita mujahadahkan ia dan melawan ia dengan cara makan jangan sampai melampaui batas yang menyebabkan kita malas untuk beribadat. Hendaklah kita ajarkan ia supaya ia tunduk kepada kemahuan diri kita dengan memakan sedikti kadar yang menyedapkan kita dan merajinkan kita mengerjakan ibadat.

Wallahu 'aklam.