Pada musim cuti, samada perayaan ataupun persekolahan, umumnya banyak majlis perkahwinan yang dilangsungkan pada masa tersebut. Contohnya yang terbaru adalah Cuti Tahun Baru Cina, pada hari Sabtu 5/2/2011.
Saya telah menerima 3 undangan Majlis Perkahwinan pada tarikh tersebut, memang perlu hadir disebabkan rakan yang rapat. Apabila kita menghadiri majlis tersebut ada yang makan sedikit dirumah A, B dan C, adapula yang hanya makan di rumah A sahaja ataupun A & B.
Hidangan yang disediakan untuk majlis perkahwinan pastinya banyak, nak buat sedikit ditakuti ramai tetamu yang datang ataupun berselera makan dengan lauk-pauk pelbagai jenis. Akhirnya nasi lebih melampau. Tidak dinafikan memanglah lauk-pauk dan nasi akan berlebih tetapi bukannya lebihan yang melampau. Apa maksud melampau? Sudah diagihkan kepada kepada pekerja, kaum keluarga dan jiran masih lagi ada lebihannya. Kasihan kat tuan rumah, nak buat camno! Inilah realiti bila majlis perkahwinan diadakan pada tarikh yang sama pastu berdekatan iaitu 1 kampung atau taman perumahan.