Cempaka Sari namanya pulau
Tempat semayam saorang Raja
Terkenang adilnya di zaman lampau
Sultan Iskandar nama baginda
Raja berdaulat negeri bertuah
Sultan Perak yang ke lima belas
Raja adil Raja yang disembah
Rakyat bernaung bermohon belas
Banyak riwayat di Cempaka Sari
Jadi sejarah dalam kenangan
Kemudian digelar Indera Sakti
Di situ mangkat baginda Sultan.
Cempaka Sari di hilir sungai
Terkenal megah indah permai
* sekiranya di dapati lirik ini salah, sila email kepada saya untuk diperbetulkan.