" Orang YAKIN adalah dia yang beramal semata-mata kerana Allah seakan-akan dia melihatNYA.Sekalipun dia tidak melihat Allah, namun Allah melihatnya. Dia yakin apa yang terjadi kepadanya bukan sesuatu yang keliru dan apa yang tidak terjadinya kepada dirinya adalah bukan bahagiannya. Semua itu adalah ranting-ranting tawakkal dan tangga-tangga menuju sifat zuhud.
Tuan/Puan pengunjung blog mencupu yang dirahmati Allah, kenapa saya membicarakan persoalan yakin? Persoalan inilah yang diputar belit olih ketua dan ahli ajaran sesat untuk mempengaruhi insan-insan yang lemah pegangan agama untuk menjadi ahli kumpulan tersebut. Hasil daripada menjadi pengikut kumpulan tersebut maka berpegang teguhlah mereka dengan mengatakan " Sembahyang cukup dengan niat sahaja ". Ramaikah pengikut ajaran sesat tersebut? Terlalu ramai hingga menular keluar bandar. Apa tindakan pihak berkuasa? Faham sendiri ajelah bagaimana dengan kumpulan anti hadith, ayah Pin dsbnya.
Kawan saya pernah cuba dipengaruhi olih rakannya untuk menyertai kumpulan tersebut, jawap kawan saya mudah sahaja " Kalau kamu bolih makan hanya menggunakan niat sahaja, saya akan ikut kumpulan kamu ."
Semuga keluarga dan keturunan kita dilindungi Allah daripada terjerumus kelembah kebinasaan iaitu menjadi pengikut ajaran sesat (menyeleweng) daripada jalan syariat.