Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Sunday, August 30, 2009

KIJANG DAN ANAKNYA

Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijangyang ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w. : "Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari." Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari semula?" Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya." Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya. " Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali kesitu semula. Maka turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata : "Hai Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: " Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau."Alhamdulillah, marilah memperbanyakkan berselawat agar kita tergolong dalam umat Muhammad.

Wallahu 'Aklam.

Jihad melawan nafsu

Antara Jihad yang utama adalah melawan hawa nafsu, lihat sahaja dibulan ramadhan 1430H yang penuh barokah ini, bagaimana penuh sesak bazar ramadhan dimana sahaja lokasinya. Pelbagai jenis juadah bolih didapati dengan mudah, teringat sahaja nak membelinya, InsyaAllah tuan/puan akan ketemui apa yang dihajati. Semuanya rasa sedap belaka, tambahan pula dengan Air yang pelbagai jenis yang begitu menarik pembeli, meruntuhkan nafsu.

Apa yang ingin saya coretkan pada petang ini adalah bukan nafsu pembeli, tetapi nafsu peniaga yang mencari harta/wang/pendapatan bukan lokasinya di pasar/bazar ramadhan tetapi kedai
handphone.

Ada sebuah kedai HP di Bandar K, businessnya bermula pada jam 8.30 pagi hinggalah ke 10.00 malam. Kedai ini tutup mungkin 4 hari dalam setahun iaitu 2 hari Raya Aidil Fitri & 2 hari Raya Aidil Adha. Dalam setahun beroperasi 361 hari.

Bila kedai beroperasi sebegitu, dalam sebulan pekerjanya bekerja terus menerus 1 bulan, cuma dapat off dalam seminggu hanya sekali waktu malam sahaja. Maknanya 4 Jam seminggu. Kedai tersebut adalah milik orang Islam. Yang menyedihkan, kedai bersebelahan milik bukan Islam hanya beroperasi hingga jam 7.00 malam sahaja, cuma sedikit masa tambahan pada Hari Jumaat sebab ada pasar minggu. Manakala pada hari Ahad, kedai ini tutup.

Ada sebuah kedai HP milik orang Islam yang menjadi wakil syarikat tertentu pula, menutup operasi kedai berkenaan di waktu malam bulan ramadhan. Begitu juga sebuah Klinik milik orang Islam turut menutup operasi pada waktu malam bulan ramadhan. Apabila ada rakan yang bertanya kepada beliau, " Kenapa Dr. tutup Klinik pada malam bulan Ramadhan?". Lantas beliau menjawap, " Kalau nak ikut nafsu cari duit sampai bila pun tak cukup! Jadi di bulan ramadhan ini, lebih elok tumpu untuk beribadat kepada Allah pula."

Semuga celoteh saya pada petang ini, dapat memberi sedikit kefahaman, betapa hebatnya bab Jihad Melawan Hawa Nafsu. Semuga kita dilindungi Allah daripada sifat sebegitu.
Surah Ash Shaff (61)

11. (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui

12. Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar.

13. Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.

Wassalam.