Haiwan yang bolih dijadikan korban mestilah cukup umur, contohnya Unta = 5 tahun, Sapi/Lembu = 2 tahun. Bagaimana kita nak tahu yang binatang tersebut telah cukup umurnya untuk dijadikan kurban? Kebiasaannya kita serahkan kepada penjual kerana mereka lebih maklum. Bagi orang yang mahir dengan binatang ternakan, dengan melihat tanduk atau bentuk badan haiwan sahaja mereka dapat mengagak umur haiwan ternakan tersebut. Terdapat satu lagi kaedah untuk kita mengetahui umur haiwan berkenaan adalah melalui gigi. Untuk haiwan lembu, pastikan 2 batang gigi tengah dibahagian bawah mestilah lebih panjang dari gigi yang lain. InsyaAllah, haiwan tersebut memang telah cukup umur untuk dijadikan haiwan korban. Wallahu A'lam.
Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.
Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira
Saturday, November 13, 2010
Ibadah Qorban
InsyaAllah, pada hari rabu minggu hadapan kita akan menyambut Hari Raya Eidul Adha 1431 Hijrah. Umumnya sambutan hari raya Qurban tidaklah semeriah hari raya Puasa. Tahun ini semakin tak meriah jadinya disebabkan tidak ada ibadah Qurban yang dilakukan ditempat saya tinggal. Tahun sebelum ini memang terasa seronoknya, anak muda berjaga dari malam hingga pagi untuk jaga Lembu yang hendak dikorbankan, mereka memberi makanan dan memasang api untuk mengelakkan binatang tersebut kesejukan atau nyamuk, paling ditakuti lembu tersebut terlepas atau sengaja dilepaskan, maklumlah kat taman ini ramai kaum India.
Bermula 2 tahun yang lalu, isteri saya diamanahkan mengumpul kutipan bulanan untuk bayaran ibadah Qurban dan saya pula berurusan membeli binatang Qurban. Awal tahun ini, saya dan isteri telah bertanya kepada masyarakat setempat yang ingin turut serta untuk ibadah Qorban, jawapan mereka yang tidak dapat menyertai program berkenaan adalah disebabkan kekurangan sumber kewangan, nak fokus untuk pelajaran anak-anak, ada pula yang mengatakan nak lakukan ibadah Qurban bersama keluarga mereka. Amat malang, dalam pemerhatian saya semuanya hanya sekadar alasan. Gelang ribuan ringgit, HP yang canggih mampu mereka beli, almaklumlah bab ibadat ini pasti banyak halangannya.
You ada facebook?
Celik mata aje facebook.. nak pejamkan mata pun facebook, itulah fenomena masyarakat di negara kita, daripada pemerintah hinggalah rakyat jelata pasti terlibat dengan facebook. DJ Radio pun untuk melariskan program dan nama mereka iklankan facebook mereka, sebagai contoh kelmarin.. DJ sebuah Radio memaklumkan mereka telah create facebook yang bernama kerintingbro.. dan akan umumkan nama rakan facebook yang pertama kunjungi krintingbro.. tak sampai 4 minit telah ada 80 orang, mereka merasa amat bangga dengan tahap sosial masyarakat Malaysia. Menurut mereka ada kajian daripada sebuah agensi, masyarakat Malaysia adalah no. 1 manakala Jepun pula tercorot.
Ada pula syarikat komunikasi yang memperkenal package RM2 sejam untuk facebook, maka berebut-rebutlah anak-anak muda termasuk yang bersekolah rendah mendaftar dan menggunakan perkhidmatan tersebut. Ibubapa jadi bangga anak ada facebook, tak tahu solat atau membaca Al-Quran takpe.. janji pandai IT. Siap bagi duit lagi untuk topup. Ada mata lihat, ada telinga dengar.. apakah yang akan berlaku dalam 5 tahun lagi.
3S adalah penjahanam rohani ummat Islam apabila kita tidak memahami dan mempraktik dengan cara yang betul, termasuk dalam 3S adalah SOCIAL. Maka ketawalah mereka yang telah merancang secara halus untuk menghancurkan Ummat Islam.
Subscribe to:
Posts (Atom)