Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Thursday, March 11, 2010

Penting nama panggilan di kampung...

Alhamdulillah, malam Selasa lalu saya telah dikunjungi olih seorang sahabat yang status abang dengan saya, tidak ketemu sudah 30 tahun, ketika beliau bersalam dengan saya dan bertanya samada saya masih mengenali beliau? Alhamdulillah, kenal rupa malangnya dah terlupa nama. Beliau terus menceritakan kisah-kisah yang bolih membantu saya untuk mengingati nama beliau, tetap mencuba... akhirnya gagal juga, paling tak seronok dari gaya percakapan saya , cara berjalan.. beliau kata.., masih sama ketika saya budak-budak lagi.

Apabila beliau menceritakan kedudukan rumah beliau, maka saya teringat.. semasa kecil memang bermain.. permainan orang dulu-dulu iaitu Guli, Kundang-Kundi. Semasa beliau nak balik saya pun minta nombor HP.., barulah beliau beritahu namanya Rahim.

Pagi tadi, saya hubungi beliau untuk bersarapan pagi kat Warung yang beliau sering minum, maka beliau terus bercerita bahawa adik beliau seusia dengan saya.. namanya " Lan ".., malangnya masih tak ingat.. maka disebut nama panggilan kampung " Tok Un ".. Alhamdulillah
terus ingat.., begitu juga nama saya di kampung iaitu " Cumie ".

Abang Rahim ini, masa saya kecil-kecil.. beliau adalah pembeli buah durian di kampung saya, akhirnya beliau berkhidmat dengan ATM, selepas bersara terus menetap di Taman Tas, Kuantan hingga sekarang. Kini beliau ada tugas di Kuala Lipis untuk seketika.

Tembikai Kembar

Nak tahu kisah selanjutnya sila kunjungi pulakdah.blogspot.com.