Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Friday, October 11, 2019

Doa semasa ziarah pesakit

بسم اللّٰه الر حمن الر حيم

اَللّٰهُمَّ رَ بِّ الْنِّاسِ
Tuhanku, Tuhan segala manusia
اَذْ هَبِ الْبَٱْسَ
Hilangkanlah penyakit
اِشْفِ وَاَنْتَ الشَّفِی
Sembuhkanlah, dan Engkau penyembuh
لَا شِفَاءَ اِلَّا شِفَاؤُكَ
Tiada penawar selain penawarMU
شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمَا
Penawar yang menghabiskan sakit dan penyakit.

اَللٌّهُمَّ اِشْفِ
nama pesakit
اَللٌّهُمَّ اِشْفِ
nama pesakit
اَللٌّهُمَّ اِشْفِ
nama pesakit

Sebelum minum madu lebah baca ayat ni dulu

ثُمَّ كُلِى مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٰتِ فَٱسْلُكِى سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا ۚ يَخْرُجُ مِنۢ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَٰنُهُۥ فِيهِ شِفَآءٌ لِّلنَّاسِ ۗ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

[An-Nahl, 16:69]

Ikhtiar pesakit kerasukan



بِسْمِ اللّٰهِ رَبِّ السَّمٰوَاتِ  وَالْاَرضِ
بِحَقِّ وَبِسِرِّ وَبِبَرَكَاةِ
كَلٰمُ اللّٰهُ فِی القُرأَنِ الْكَرِيْمِ

Bismillahi Rabbissamaawaati wal ardhi, Bihaqqi, Wa Bisirri, Wa Bibara kaati Kalaamullaah, Fil Quraanil Kariim

أَعُوْذُ بِاللّٰهِ الْعَظِيْمِ وَبِوَجْهِهِ الْكَرِيْمْ وَسُلْطَانِهِ الْقَدِيْمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ
A’uuzu billahil adzim, wa biwaj Hihil kariim, wa sulthaanihil qadim, minasy 
syaithaa nirrajiim

اَلَمْ اَعْهَدْ اِلَيْكُمْ يٰبَنِيْۤ اٰدَمَ اَنْ لَّا تَعْبُدُوا الشَّيْطٰنَ ۚ اِنَّهٗ لَـكُمْ 
عَدُوٌّ مُّبِيْنٌ ۙ 
a lam a'had ilaikum yaa baniii aadama al laa ta'budusy-syaithoon, innahuu lakum 'aduwwum mubiin

"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!"
(QS. Ya-Sin 36: Ayat 60)
(Ayat 60 dibaca 1x)

وَّاَنِ اعْبُدُوْنِيْ ۗ هٰذَا صِرَا طٌ مُّسْتَقِيْمٌ
wa ani'buduunii, haazaa shiroothum mustaqiim

"Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus."
(QS. Ya-Sin 36: Ayat 61)

وَلَقَدْ اَضَلَّ مِنْكُمْ جِبِلًّا كَثِيْرًا ۗ اَفَلَمْ تَكُوْنُوْ تَعْقِلُوْنَ۞
wa laqod adholla mingkum jibillang kasiiroo, a fa lam takuunuu ta'qiluun

"Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?"
(QS. Ya-Sin 36: Ayat 62)
(ayat 61 dan 62 dibaca 2x)

هٰذِهٖ جَهَنَّمُ الَّتِيْ كُنْتُمْ تُوْعَدُوْنَ
haazihii jahannamullatii kuntum tuu'aduun

"Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah)."
(QS. Ya-Sin 36: Ayat 63)
(Ayat 63 dibaca 3x)

Diruqyah pada air, spray@renjis pada pesakit.

Ku hadiahkan pahala keilmuan ni kepada Almarhumah Zauaurah Binti Abd Ghani.
Ayah Mie An-Nuuni.



Ikhtiar penyakit nyanyuk dan pelupa


BACAAN ZIKIR YANG BOLEH MEMULIHKAN PENYAKIT NYANYUK DAN PELUPA ( Dengan izin Allah swt )
SYEIKH Soleh al Ja'fari Imam masjid al Azhar: kami telah diajar semenjak 35 tahun lalu oleh Syeikh Ahmad Maraghah r.a kaedah utk menghafaz dan menghilangkan penyakit lupa.iaitu dengan cara meletakkan tangan di atas kepala setiap kali lepas sembahyang sambil membaca ayat ke 6 dari Surah A'laa sbyk 7 kali.
سَنُقْرِئُكَ فَلَا تَنْسٰۤى ۙ 
sanuqri`uka fa laa tansaaa
"Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu - dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa,"
(QS. Al-A'la 87: Ayat 6)
Sebahagian kaedah yang umum Wak (Perawat dari Sarawak) gunakan:
Rukyahkan pesakit dengan membaca Surah Al Fatihah, keseluruhan Surah Al A’la, Alam Nasyrah, At Tiin dan 4 Qul ( Kafirun,Ahad,Falaq dan An Nas ), selama tiga petang berturut-turut. Rangkain ayat-ayat ini juga dibaca pada air buat minuman pesakit. Paling elok air zam-zam yang akan digabungkan penggunaannya dengan madu : 1 cawan air zam-zam dicampur 1 sudu makan madu. Juga boleh amal makan kismis.
Jika pesakit mampu bezikir minta ia amalkan tiap lepas solat : Tasbih Nabi Yunus ( Lailla anta…) 7x dan ayat 6 dari surah Al A’la seperti mana yang dinyatakan diatas.  Isteri,suami atau anak boleh juga boleh membantu.

Doa selepas makan ubat



اَلحَمْدُ لِلّٰهِ الَّذِيْ كَفَانَا
وَاَرْ وَانَا غَيْرَ مَكْفِيٍّ وَلَا مَكْفُوْرٍ
Alhamdulilaahil lazi kafaanaa wa ar waanaa ghaira makfiyyin wala makfuur.
Maksud doa :
Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kami kecukupan dan kepuasan yang tidak ternilai dan tidak pula tertolak.

Doa Keselamatan


Ibnu Umar r.a menerangkan bahawa Rasulullah ﷺ bila berpergian dan tiba malam hari di satu tempat, baginda mengucapkan doa٫
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
يَا اَرْضُ رَبَّی وَرَبُّكِ اللّٰهُ .اَعُوْذُ بِا اللّٰهِ
مِنْ شَرِّكِ وَ شَرِّمَا فِيْكِ. وَشَرِّمَا خَلَقَ فِيْكِ.
وَشَرِّمَايَدُبُّ عَلَيْكِ. وَاَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ اَسَدٍ
وَاَسْوَدٍ وَمِنَ الْحَيَّةِ وَالْعَقْرَبِ.
وَمِنْ سَا كِنِ الْبَلَدِ وَمِنْ وَالِدٍ وَمَا وَلَدْ
(الحديث)
Wahai bumi, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.  Aku berlindung dengan Allah dari kejahatan dan segala bahaya yang ada di dalammu, bahaya yang dijadikan padamu serta segala bahaya yang melata di atasmu. Aku berlindung dari bahaya binatang buas dan manusia, ular dan kala, juga dari kejahatan jin dan kejahatan makhluk-makhluk dan makhluk yang diperanakkan.



Ayat 7



1. Surah At Taubah ayat 51
قُلْ لَّنْ يُّصِيْبَـنَاۤ اِلَّا مَا كَتَبَ اللّٰهُ لَـنَا ۚ هُوَ مَوْلٰٮنَا ۚ وَعَلَى اللّٰهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُوْنَ
qul lay yushiibanaaa illaa maa kataballohu lanaa, huwa maulaanaa wa 'alallohi falyatawakkalil-mu`minuun
"Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal."
(QS. At-Taubah 9: Ayat 51)
2. Surah Yunus ayat 107
وَاِ نْ يَّمْسَسْكَ اللّٰهُ بِضُرٍّ فَلَا كَا شِفَ لَهٗۤ اِلَّا هُوَ ۚ وَاِ نْ يُّرِدْكَ بِخَيْرٍ فَلَا رَآ دَّ لِفَضْلِهٖ ۗ يُصِيْبُ بِهٖ مَنْ يَّشَآءُ مِنْ عِبَا دِهٖ ۗ وَهُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ
wa iy yamsaskallohu bidhurrin fa laa kaasyifa lahuuu illaa huw, wa iy yuridka bikhoirin fa laa rooodda lifadhlih, yushiibu bihii may yasyaaa`u min 'ibaadih, wa huwal-ghofuurur-rohiim
"Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
(QS. Yunus 10: Ayat 107)
3. Surah Hud ayat 6
وَمَا مِنْ دَاۤ بَّةٍ فِى الْاَ رْضِ اِلَّا عَلَى اللّٰهِ رِزْقُهَا وَ يَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۗ كُلٌّ فِيْ كِتٰبٍ مُّبِيْنٍ
wa maa min daaabbatin fil-ardhi illaa 'alallohi rizquhaa wa ya'lamu mustaqorrohaa wa mustauda'ahaa, kullun fii kitaabim mubiin
"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)."
(QS. Hud 11: Ayat 6)
4. Surah Hud ayat 56
اِنِّيْ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللّٰهِ رَبِّيْ وَرَبِّكُمْ ۗ مَا مِنْ دَآ بَّةٍ اِلَّا هُوَ اٰخِذٌ بِۢنَا صِيَتِهَا ۗ اِنَّ رَبِّيْ عَلٰى صِرَا طٍ مُّسْتَقِيْمٍ
innii tawakkaltu 'alallohi robbii wa robbikum, maa min daaabbatin illaa huwa aakhizum binaashiyatihaa, inna robbii 'alaa shiroothim mustaqiim
" Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus."
(QS. Hud 11: Ayat 56)
5. Surah Al Ankabut ayat 60
وَكَاَ يِّنْ مِّنْ دَآ بَّةٍ لَّا تَحْمِلُ رِزْقَهَا ۖ اللّٰهُ يَرْزُقُهَا وَاِ يَّا كُمْ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ
wa ka`ayyim min daaabbatil laa tahmilu rizqohallohu yarzuquhaa wa iyyaakum wa huwas-samii'ul-'aliim
"Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
(QS. Al-'Ankabut 29: Ayat 60)
6. Surah Al fathir ayat 2
مَا يَفْتَحِ اللّٰهُ لِلنَّا سِ مِنْ رَّحْمَةٍ فَلَا مُمْسِكَ لَهَا   ۚ وَمَا يُمْسِكْ  ۙ فَلَا مُرْسِلَ لَهٗ مِنْۢ بَعْدِه   ۗ وَهُوَ الْعَزِيْزُ الْحَكِيْمُ
maa yaftahillaahu lin-naasi mir rohmatin fa laa mumsika lahaa, wa maa yumsik fa laa mursila lahuu mim ba'dih, wa huwal-'aziizul-hakiim
"Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
(QS. Fatir 35: Ayat 2)
7. Surah Az Zumar ayat 38
وَلَئِنْ سَاَ لْتَهُمْ مَّنْ خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَا لْاَ رْضَ لَيَـقُوْلُنَّ اللّٰهُ ۗ قُلْ اَفَرَءَيْتُمْ مَّا تَدْعُوْنَ مِنْ دُوْنِ اللّٰهِ اِنْ اَرَا دَنِيَ اللّٰهُ بِضُرٍّ هَلْ هُنَّ كٰشِفٰتُ ضُرِّهٖۤ اَوْ اَرَا دَنِيْ بِرَحْمَةٍ هَلْ هُنَّ مُمْسِكٰتُ رَحْمَتِهٖ ۗ قُلْ حَسْبِيَ اللّٰهُ ۗ عَلَيْهِ يَتَوَكَّلُ الْمُتَوَكِّلُوْنَ
wa la`in sa`altahum man kholaqos-samaawaati wal-ardho layaquulunnalloh, qul a fa ro`aitum maa tad'uuna min duunillaahi in aroodaniyallohu bidhurrin hal hunna kaasyifaatu dhurrihiii au aroodanii birohmatin hal hunna mumsikaatu rohmatih, qul hasbiyalloh, 'alaihi yatawakkalul-mutawakkiluun
"Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang mencipta langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah. Katakanlah (kepada mereka): Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu? Katakanlah lagi: Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri."
(QS. Az-Zumar 39: Ayat 38)
***************************************************
Fadhilat Dan Khasiat Ayat Tujuh
Khasiat daripada 7 ayat ini banyak sekali di antaranya khasiatnya jika diamalkan secara istiqamah adalah:
Penangkal Sihir
Menyerikan wajah
Ditunaikan segala hajat
Membawa keberkatan
Dicatat pahala yang banyak
Dijauhkan dari gangguan iblis
Terpelihara dari tipu daya musuh
Dijauhkan dari hasad dengki dan fitnah.
Menurut Ka’abul Akhbar:
Sesiapa membaca akan 7 ayat ini, tiada kuasa seseorang pun yang dapat memberikan mudharat dan sekiranya tertutup langit atas bumi, maka terlepaslah ia dengan izin Allah SWT.
Berkata Syaidina Ali r.a.:
Sesiapa mengamalkan/membaca Ayat 7 pagi dan petang, maka ia akan merasa selamat dari segala kebinasaan dan terpeliharalah daripada tipu daya musuh dan bala dengan izin Allah.
Apabila Ayat 7 ini diamalkan sekali siang dan sekali malam (sesudah solat Maghrib dan Subuh), InsyaAllah akan dimudahkan rezeki, dipanjangkan umur, terpelihara dari gangguan jin, syaitan dan fitnah, dikasihi makhluk Allah serta dimudahkan dan  dikabulkan segala apa yang dicita-citakannya.
Apabila diamalkan membaca tujuh kali Ayat 7 setiap lepas solat fardhu selama 40 hari berturut-turut, InsyaAllah akan memperolehi faedah yang amat banyak.
Sesiapa yang mewiridkan pada tiap-tiap selesai solat fardhu, InsyaAllah akan dimudahkan sakaratulmaut dan bakal memperolehi pahala yang besar.
Sekiranya dibacakan Ayat Tujuh ini pada orang sakit, InsyaAllah akan menenangkan dan menyembuhkan penyakitnya dengan segera.
Sesiapa membaca dengan tetap Ayat Tujuh, tujuh kali disiang hari dan tujuh kali di waktu malam selama tujuh hari berturut-turut. InsyaAllah, Allah SWT akan memudahkan atau melepaskannya dari sebarang kesukaran dan kesusahan.
Menurut yang pernah mengamalkannya, kesan ketara akan dapat dirasai jika sudah teguh dan mantap amalannya. Iaitu dengan mengamalkan membaca Ayat Tujuh secara istiqamah setiap hari, di waktu siang tujuh kali dan malam tujuh kali selama tujuh hari, di samping itu diwiridkan sekali selepas Solat Subuh dan sekali selepas Solat Maghrib.
Elok juga sekiranya Ayat Tujuh atau Ayat Munjiyat ini dibaca sekali dengan Ayat-ayat Manzil dan Syifa’ untuk pendinding diri yang lebih teguh dari segala gangguan makhluk halus, segala masalah dan kesulitan serta sebagai penawar pelbagai jenis penyakit.
والله أعلم بالصواب
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
(Posted by; shafiqolbu)