Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Saturday, September 5, 2009

Ikhtiar membantu merawat "Non Muslim"

Isteri saya memaklumkan bahawa jiran kami dari kaum India meminta bantuan untuk meruqyah air disebabkan anak lelaki beliau berusia 4 tahun sering demam diwaktu malam dan beliau telahpun mendapatkan rawatan daripada hospital tetapi masih tidak sembuh. Jiran kami amat fasih berbahasa Melayu kerana dibesarkan di perkampungan Melayu dan bersekolah kebangsaan sudah pastinya amat memahami budaya masyarakat Melayu.

Saya menggunakan kaedah mandian, iaitu saya spray air ruqyah yang telah saya sediakan (untuk kes kecemasan), menitik Al-Munawwarah (keluaran RAINS) dan berdoa kepada Allah agar menyembuhkan sakit anak jiran kami. Diizinkan Allah, sakit anak beliau kini telah sembuh.

Islam atau tidak, semuanya adalah makhluk yang dijadikan Allah. Kesembuhan adalah milik mutlak ALLAH.