Ramai masyarakat Malaysia yang menghidapi penyakit batu karang samada di dalam buah pinggang, hempedu atau hati. Kaedah rawatan medic umumnya dengan ubat memecah batu karang, pembedahan dan rawatan menggunakan LASER.
Rawatan alternatif pula menggunakan herba dan ruqyah. Ada juga rawatan kaedah 'Bedah Batin ' ma'af saya tak mahu komen mengenainya.
Sukacita saya ingin kongsikan ayat untuk ruqyah penyakit berkenaan yang diajar olih guru saya, Allahyarham Haji Sulaiman Yahya.
Sebaiknya ayat untuk ruqyah perlulah dijadikan amalan secara istiqamah, nasihat saya.. perlu jaga niat, fokuskan niat kita kepada " Lillahi Ta'ala ".
Ayat berkenaan adalah daripada Surah Al-Baqarah Ayat 60.
Dibaca dengan jumlah yang ganjil, ruqyah pada Air Hujan Malam Juma'at ataupun Air Zam-Zam, Air Kelapa Hijau. Minum 7 hari berturut-turut.
Pembaca blog fazintan bolihlah meruqyah menggunakan ayat2 yang biasa dibaca contohnya Surah Al-Hasyr Ayat 21. Ramai perawat yang membaca ayat ini.
Semuga bermunafa'at kepada pembaca blog saya.
Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.
Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira