Lokasi Air Panas ini adalah di Jalan Bentong Lama ke Bukit Tinggi. Dari arah Bandar Bentong tuan/puan akan dapat panduan ke lokasi ini melalui signboard. Andainya tuan/puan dari arah Kuala Lumpur (Lebuhraya Karak) tuan/puan perlu 'exit' di persimpangan sebelah kiri Bukit Tinggi, belok ke kanan, ikut jalan melalui Stesen Minyak BP, jumpa persimpangan, belok arah kiri. Di hari minggu insyaAllah agak ramai pelancong yang datang, kalau di waktu petang memang telah menjadi tempat persinggahan pemandu-pemandu lori atau trailer yang menggunakan jalan ini. Kalau nak rasa air lebih panas, tuan/puan mandi dikawasan kolam semulajadi, iaitu sumber utama air panas tersebut. Jangan risau taknye melecur kulit tuan/puan. Untuk kanak-kanak, memang ada kolam yang disediakan untuk mereka. Nak selesa, bawalah bekalan makanan, untuk makanan dan minuman ringan memang ada insan yang berniaga kat situ.
Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.
Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira
Sunday, September 13, 2009
Masalah Lekat Tulang
Saranan saya kalau lekat tulang ini, bawalah ke Hospital atau Klinik. Andainya tulang tu kecil sahaja, bila telan air liur terasa sakit yang sedikit sahaja ataupun rasa kurang selesa bolihlah mencuba kaedah petua atau membaca Ayat Al-Quran sebagai usaha penyembuhan.
Kalau lekat tulang ini kebiasaannya, disuruh telan gumpalan nasi, roti atau buah pisang. Ada yang lebih power suruh minum minyak kelapa erm.. apa lagi sampai termuntahlah. Ada yang sengaja paksa suruh muntah agar tulang yang tersekat keluar. Tapi kalau kena yang tulang berbentuk Y memang payah sedikit.
Petua oranglah ye.., suruh minum air dalam senduk nasi, ada yang suruh minum air cucur atap, ada yang suruh minum air dalam tudung periuk. Satu petua yang agak logik saya perolehi daripada sahabat saya kaum Melanau di Sarawak. Caranya tuan/puan kepit kat cuping telinga dengan pengepit kuih, atau jenis pengepit pastu minum air dari dalam senduk.
Ayat Al-Quran yang digunakan untuk tujuan tersebut adalah, Surah Al-Ambiya' ayat 87 - 88.
Dibacakan pada air, sebelum minum baca Bismillah dan selawat 3X.
Wallahu 'aklam.
Kalau lekat tulang ini kebiasaannya, disuruh telan gumpalan nasi, roti atau buah pisang. Ada yang lebih power suruh minum minyak kelapa erm.. apa lagi sampai termuntahlah. Ada yang sengaja paksa suruh muntah agar tulang yang tersekat keluar. Tapi kalau kena yang tulang berbentuk Y memang payah sedikit.
Petua oranglah ye.., suruh minum air dalam senduk nasi, ada yang suruh minum air cucur atap, ada yang suruh minum air dalam tudung periuk. Satu petua yang agak logik saya perolehi daripada sahabat saya kaum Melanau di Sarawak. Caranya tuan/puan kepit kat cuping telinga dengan pengepit kuih, atau jenis pengepit pastu minum air dari dalam senduk.
Ayat Al-Quran yang digunakan untuk tujuan tersebut adalah, Surah Al-Ambiya' ayat 87 - 88.
Dibacakan pada air, sebelum minum baca Bismillah dan selawat 3X.
Wallahu 'aklam.
Bukit Fraser, Pahang.
Lata Jeriau, Bukit Fraser
Cantik tak gambar burung ini? Lokasi gambar di ambil adalah di pokok berhampiran Kedai Makan bersebelahan dengan Masjid Bukit Fraser. Kebiasaannya bukan seekor aje, ada lagi kawan burung tersebut. Sambil menjamu selera kat kedai tersebut, andainya nasib tuan/puan bolihlah memerhatikan burung-burung yang pelbagai jenis yang datang kesitu.
Di Bukit Fraser memang setiap tahun diadakan program ambil gambar burung (pertandingan), tetapi bukan dimasa itu pun memang ramai pelancong dari luar datang melakukan aktiviti tersebut,sambil menikmati udara yang segar, bersih dan nyaman. Apa istimewanya Bukit Fraser? Pendapat peribadi saya adalah, tempat amat sesuai untuk istirehat, tetapi bagi yang suka bab hiburan payah le sikit kot. Untuk kanak-kanak bolihlah menunggang kuda, orang dewasa pastinya GOLF atau Memanah. Jungle Trail pun banyak, tetapi kalau nak lakukan aktiviti tersebut, sebaiknya gunalah pemandu pelancong atau buat lapuran kat Balai Polis, nanti tersesat pasti menyusahkan banyak pihak.
Sekarang ini makin cantik dah Bukir Fraser nih, bangunan yang tepi Padang Golf dekat Jam Besar telah diubah suai dan banyak infrastructure dibaiki atau ditambah. Semuga makin ramai pelancong akan datang ke Bukit Fraser. Erm.. kat Lata Jeriau pun dah Ok, dibawah seliaan Jabatan Perhutanan. Dulu cam terbiar sikit. Pelancong yang datang melalui jalan Kuala Kubu Bharu kira beruntung sikit sebab akan menempuh Empangan yang begitu cantik pemandangannya lebih lagi diawal pagi atau petang. Kat tepi jambatan berhampiran penempatan baru Pertak, kita dapat lihat ramai pemancing. Sekarang ini air begitu surut, jadi takdelah pemancing. Yang suka ambil air yang keluar dari bukit pun bolih dapatkan air tersebut, kadangkala saya lihat pakat dok beratur menunggu giliran untuk mendapatkan air tersebut.
Yang leceh sikit adalah jalan sehala dari Gap ke Bukit Fraser, waktu naik Ganjil dan waktu Turun adalah Genap. Alhamdulillah, kemudahan di Bukit Fraser dan Gap telah pun diperbaiki. Dulu nampak serabut, malu weh.. bila pelancong luar negara tengok. Camno bolih berubah mengejut? Erm bila Baginda Sultan Pahang beri teguran. Sultan memang ada Istana Hinggap kat sana. InsyaAllah dimasa yang lain saya akan masukkan gambar yang menarik kat Bukit Fraser.
Subscribe to:
Posts (Atom)