Saranan saya kalau lekat tulang ini, bawalah ke Hospital atau Klinik. Andainya tulang tu kecil sahaja, bila telan air liur terasa sakit yang sedikit sahaja ataupun rasa kurang selesa bolihlah mencuba kaedah petua atau membaca Ayat Al-Quran sebagai usaha penyembuhan.
Kalau lekat tulang ini kebiasaannya, disuruh telan gumpalan nasi, roti atau buah pisang. Ada yang lebih power suruh minum minyak kelapa erm.. apa lagi sampai termuntahlah. Ada yang sengaja paksa suruh muntah agar tulang yang tersekat keluar. Tapi kalau kena yang tulang berbentuk Y memang payah sedikit.
Petua oranglah ye.., suruh minum air dalam senduk nasi, ada yang suruh minum air cucur atap, ada yang suruh minum air dalam tudung periuk. Satu petua yang agak logik saya perolehi daripada sahabat saya kaum Melanau di Sarawak. Caranya tuan/puan kepit kat cuping telinga dengan pengepit kuih, atau jenis pengepit pastu minum air dari dalam senduk.
Ayat Al-Quran yang digunakan untuk tujuan tersebut adalah, Surah Al-Ambiya' ayat 87 - 88.
Dibacakan pada air, sebelum minum baca Bismillah dan selawat 3X.
Wallahu 'aklam.