Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Tuesday, September 8, 2009

Mencari Doa Yang Makbul

" Ramai manusia menyangka, mereka sudah cukup faham mengenai doa, padahal masih ramai yang tidak memahami hakikat doa yang sebenarnya. itulah sebabnya, ada yang berdoa tetapi doanya tidak dikabulkan, ada yang berdoa, tetapi doanya menyebabkan dia mendapat dosa dan murka Allah swt. Ada yang berdoa tetapi caranya dibenci Allah, ada yang berdoa, tetapi lain yang diminta lain yang didapatinya. Ada yang berdoa, tetapi setelah dikurniakan menyebabkan dia menyesal. Tidak kurang yang nampak seperti berdoa tetapi sebenarnya dia sendiri pun tidak tahu apa yang didoakannya".

Untuk kefahaman yang lebih jelas bab doa ini, saya menyarankan tuan/puan agar mendapatkan buku " Mencari Doa Yang Makbul " oleh Ustaz Abdul Rahman Mohamed. (Kharisma Network Sdn. Bhd) email; kharisma.n8work@gmail.com.

Nawaitu saya adalah untuk sama-sama berkongsi ilmu daripada buku tersebut yang amat bermanafaat.

Wallahu 'aklam.

Syarahan Ustaz Yazid Ja'afar (Bab Taubat)

Setitik sahaja airmata orang yang bertaubat jatuh ke bumi itu akan dapat memadamkan api neraka di akhirat.

Dari Anas bin Malek r.a berkata: Sabda Nabi S.A.W:-
"Tiada linangan airmata kerana takut kepada Allah melainkan Allah mengharamkan api neraka untuk membakarnya".

dan Sabda Baginda lagi:-
" Tiada titisan yang lebih disukai oleh Allah dari dua titisan:
1. Titisan airmata di tengah malam yang gelap dan,
2. Titisan darah dalam jihad fisabilillah.

Saidina Abu Bakar Al-Sidek r.a berkata:- Menangislah. Menangis! sekiranya airmata tidak juga mahu keluar, buat-buatlah menangis, mudah-mudahan dalam buat-buat menangis itu, tiba-tiba jatuh setitis airmata kita boleh pakai juga. Tetapi menangis ini bukanlah satu perkara yang mudah.

Wallahu 'aklam.

Doa sebelum dan selepas membaca Al-Quran

Doa Ketika Mula Membaca Al-Quran

Ya Tuhanku pancarkanlah cahaya kitabMU dalam pandanganku, lapangkanlah dadaku, amalkanlah dengannya badanku, lancarkanlah dengannya lidahku, kuatkanlah dengannya ingatanku, mudahkanlah dengannya kefahamanku, kuatkanlah dengannya azamku dengan daya dan kekuatan Engkau, maka sesungguhnya tiada daya dan upaya melainkan dengan izin ENGKAU wahai Tuhan Yang Maha Pengasih.

Doa Selesai Membaca Al-Quran

Maka benarlah Allah Yang Maha Agung dan telah menyampaikan oleh RasulNYA Nabi yang mulia, dan Al-Quran ini diturunkan dari Tuhan sekelian alam. Wahai Tuhan kami, kami telah beriman dengan apa yang diturunkan dan kami menuruti Rasul, maka masukkanlah kami bersama-sama orang yang menyaksikan. Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.

Sila rujuk Muqaddam Uthmani (Bertajwid) Ustaz Mahadi Dahlan/Ustaz Mohd. Ilham Haji Ikhsan. (Pustaka Haji Abdul Majid, Taman Ehsan, Kepong)

Selinder Gas LPG

Selinder gas yang dah expired tidak selamat digunakan dan boleh menyebabkan kemalangan. Oleh demikian berhati-hatilah apabila menerima selinder gas dari penjual gas. Ini adalah cara bagaimana memeriksa selinder gas LPG : Di salah satu sisi selinder gas expiry date akan dikodkan secara alpha-numerical seperti berikut; A , B , C atau D diikuti dua digit, contohnya D06.Huruf bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun - A utk March ( Suku pertama ),B utk June (Suku kedua ), C utk Sept ( Suku ketiga ), & D utk December ( Suku keempat ). 2 digit itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat digunakan Jadi D06 bermaksud selamat digunakan sehingga December 2006. Kongsi message ini dengan rakan-rakan anda. Ia mungkin dapat menimbulkan kesedaran dan menyelamatkan nyawa.