Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Thursday, March 29, 2012

Masalah Prostat

Alhamdulillah, seorang anak muda sudi berkongsi pengetahuan dengan kaedah petua, sebagai jalan ikhtiar untuk mengurangkan seterusnya menyembuh penyakit prostat. Gunakan akar pokok nangka.. diasah pada permukaan kasar.. dimasukkan kedalam air untuk diminum. Pesakit prostat juga dinasihatkan supaya makan  makanan yang mengandungi zinc.. contohnya biji labu. Wallahu A'lam.

Thursday, March 15, 2012

Cuka Nipah

Ada pendoa yang menjadikan cuka nipah sebagai material untuk ikhtiar membantu pesakit. Kaedah penggunaan untuk mandian ataupun dicampur dengan material lain seperti mumbe kelapa dsbnya. InsyaAllah, cuka nipah amat baik digunakan untuk merawat santau yang melibatkan tukang sihir bukan Islam. Wallahu a'lam.

Sukacita saya ingin berkongsi doa yang diajar olih guru yang saya kasihi Ustaz Saiful Hazmi. Semuga berolih munafa'at kepada pembaca blog saya. Aamiin.

" Ya AllaaH, Wahai Robbku dan Robb sekelian 'alam, Sesungguhnya aku tidak mengetahui akan segala sesuatu melainkan apa yang telah Engkau izinkan bagiku mengetahuinya. Maka, ku mohon dengan MU ya AllaaH, Jika ada manfaat bagi sipolan bin sipolan dengan ikhtiarku ini, Maka Engkau ijabahkanlah bagi ku dan sampai rahmat MU pada beliau yang sedang dalam kesusahan itu, ya AllaaH. Namun jika tiada bermanfaat akan ikhtiarku ini, maka ku kembalikan sekelian halnya kepada MU. Wahai AllaaH Yang Maha Mengetahui akan segala yang tersembunyi dan Maha Rahmat."

Thursday, March 8, 2012

Kambing Gurun

Nak ketemu atau berjumpa dengan kambing gurun kat hutan bukanlah mudah, binatang ini umumnya mendiami kawasan berbukit dan gunung dan gua. Bagaimanakah bentuk atau ciri-ciri yang dikatakan kambing gurun? Bukan kambing kat Gurun, Kedah hehehe.

Tanduknya dikatakan bengkok, kaki hadapan lebih panjang dari kaki belakang, tapak kaki seperti kijang dan bahagian tengah lembut, bulu dekat bahagian tenguk tu kembang, bila lihat dari arah hadapan memang menggerunkan, warna bulu.. hitam berkilat. Samada betul atau tidak wallahu a'lam. Itu saya dengar dari cerita kawan-kawan.

Ada orang mengatakan kambing ini ada pengembalanya... huhu, kononnya kalau kita tembak pada anggota badan yang kambing ini mampu untuk jilat, kata mereka besar kemungkinan tak dapatlah kambing tersebut. Sebab itulah dikatakan minyak kambing gurun amat mujarab untuk merawat luka, Wallahu a'lam. Kambing Gurun merupakan binatang perlindungan yang semakin pupus.

Tuesday, March 6, 2012

Pokok Bunga Duit (ONG)

                                                                                                              
  Pokok ini dibeli kat Cameron Highland rasanya lebih dari 5 tahun, ini kali pertama keluarkan bunga. Ada maklumat mengatakan beracun jadi tak berani nak sentuh

Monday, March 5, 2012

Lebih hina dari binatang

Sahabat saya menceritakan ada kumpulan manusia yang lebih hina dari binatang yang mencari mayat perawan muda untuk dirogol dan makan kemaluan mayat tersebut untuk mendapatkan ilmu tertentu.