Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Friday, October 9, 2009

Iman Semut


Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".Itulah Iman Semut!!

Bagaimana dengan Iman Manusia??? Fikir-fikirkanlah... Tepuk Dada Tanya Iman...

Barangan Mistik

Saya pernah membeli objek berukuran 1cm berharga RM40 di Pasar Minggu Kuala Lipis, penjualnya daripada Sarawak (Haji Safri), beliau sedang memotong objek tersebut semasa saya berada dilokasi perniagaan beliau. Beliau bertanyakah adakah saya berminat? Sebab yang di potong itu adalah tempahan daripada anggota PDRM. Beliau tidaklah memujuk atau berceloteh panjang agar saya memberi barangan tersebut. Kegunaannya adalah untuk menawar bisa. Maka saya pun membeli objek yang berwarna merah (Bukan Batu Cincin).., untuk makluman tuan/puan selepas beliau memotong objek tersebut, beliau meminta saya menghindu bau uojek tersebut, hanya berbau hangit sedikit sebab digergaji. Selepas pembelian saya dengan AKAD beliau berpesan kepada saya, andainya terasa kelainan sila hubungi beliau.

Setelah pulang kerumah, saya melihat objek tersebut, baunya amat harum, bila dipegang akan melekat bau wangi tersebut. Di tempat kerja saya menunjukkan kepada rakan-rakan, hinggakan mereka mengatakan objek tersebut semacam ibu minyak atar. Jadinya saya meletakkan objek tersebut kedalam poket bila keluar bertugas sebab pakaian menjadi wangi, bukan untuk sebab lain. Erm tak sampai seminggu pun.., bolih hilang begitu sahaja..., bukan rezeki saya kot.., Objek tu apa yea??? Hehehe.., Paruh Burung Kenyalang..., yang berwarna merah hati.

Bab benda pelik ni, memang banyak kat Sarawak, Kelubi Batu.. dsbnya.., sahabat baik saya saudara Hendrick (Melanau) tunjukkan kepada saya.., seperti sejenis kayu yang diletakkan dibawah lidah atau digigit sedikit, cili pun rasa tak pedas, garam rasa tawar.., erm objek inilah yang digunakan olih Ketua Rumah Panjang semasa perayaan Hari Gawai..., sebab itu beliau relak je minum air tuak (tapai) sebanyak mana pun. Itu untuk Non Muslim..., bagi kita yang Muslim nih.. yang memabukkan tetap haram hukumnya. Objek tu apa yea??? Hehehe... Biarlah Rahsia...

Wallahu 'Aklam.