Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Sunday, February 7, 2010

Busung???

Benarlah Janji-Janji Allah, setiap yang bernyawa akan merasa mati, daripada Allah kita datang kepada Allah kita dikembalikan.

Seorang pesakit yang pernah saya rawat selepas Hari Raya Eidul Adha tahun lepas telah kembali kerahmatullah pada petang Khamis yang lalu di Hospital Kuantan setelah berada 2 minggu disana.

Pandang peribadi saya semasa merawat beliau, sakit beliau ini bercampur iaitu modern dan mistik. Alhamdulillah, sakit mistik beliau telah sembuh sepenuhnya setelah berikhtiar dengan rawatan Islam. Semasa merawat beliau saya meminta kelurga beliau untuk mendapatkan rawatan daripada perawat Islam yang lain, bukan persoalan tak mampu, tetapi payah nak beritahu kenapa rasa tak berapa nak merawat beliau. Mungkin ketika itu saya dalam mood untuk berhenti merawat seketika. Sehingga kini saya masih berhenti merawat pesakit luar.
InsyaAllah, paling awal pun bulan March tahu ini saya akan merawat kembali.

Sakit Allahyarhamah ini, saya perhatikan menyerupai sakit kawan saya yang juga telah kembali kerahmatullah berpunca daripada Hati & Buah Pinggang. Tanda-tandanya adalah... tiada selera makan dan perut menjadi buncit. Pesakit ini menderita hampir 7 bulan, manakala kawan saya hanya 3 bulan sahaja. perawat-perawat kena faham, apabila lihat perut pesakit buncit jangan mudah nak maklumkan kena busung asab itu dan ini dsbnya, tanya keluarga pesakit dan pesakit permasalahan yang dirujuk dengan perubtan modern (Hospital), berjumpa pakar dan sebagainya. Andainya rawatan modern mengatakan normal, maka berikhtiarlah kita membantu pesakit setakat yang kita mampu, kalau kita tak tahu dan tak mampu, berterus teranglah kepada pesakit dan keluarga mereka, agar mereka bolih berikhtiar dengan perawat lain.

Wallahu 'Aklam.

Blog ku sepi...

Minta maaf kepada pengunjung blog, sebab dah lama tak updatekan blog ini, bukannya tiada artikel untuk dikongsikan bersama, tetapi disebabkan kesibukan dengan tugas dan hal-hal lain... dok menyibuk kat blog lain dalam perbincangan keilmuan kesufian & usuluddin juga sedikit-sedikit hal rawatan.

Nasihat saya kepada diri saya sendiri dan keluarga, marilah kita memperbanyakkan berzikir kepada Allah, berselawat dan berightifar, paling dhoif jangan kurang 100x sehari. Sebelum memulakan zikir niat didalam hati berzikir kepada Allah, dan memohon kepada Allah untuk membersihkan hati daripada sifat yang Allah tidak redho dan memasukkan ilmu dan hikmah.