Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Friday, November 27, 2009

Ibadah Qurban

Alhamdulillah, kerana kita telah dapat menunaikan Solat Eidul Adha & Solat Jumaat pada hari yang sama. Solat Eidul Adha dilaksanakan pada jam 8.00 pagi di Masjid kariah kami.

Kepada tuan/puan yang akan atau sudah melakukan ibadah korban, sebagai pengetahuan umum eloklah tuan/puan tahu kaedah mudah untuk mengenali binatang sembelihan iaitu Lembu yang telah cukup umur. Penjual biasanya memang ada penanda tertentu, tetapi nak lebih yakin tuan/puan lihat 2 batang gigi tengah bahagian bawah mestilah lebih besar dari gigi kiri dan kanan. Kalau tuan/puan lihat sama sahaja maknanya lembu tersebut belum cukup usia 2 tahun.

Wallahu 'Aklam.