Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Thursday, January 20, 2011

Mengundang Histeria Part 2

Seorang rakan yang membaca kisah mengundang histeria di blog mencupu telah memaklumkan kepada saya, berdasarkan pengalaman beliau semasa bersekolah dahulu di sebuah sekolah daerah Bxxxx, akibat mencabar ini telah mengundang Histeria di Sekolah. Seorang pelajar telah mencabar Jin dengan mengatakan beliau tidak takut kepada Jin, akhirnya beliau sendiri menjadi mangsa dengan bertindak aggresif memecahkan 23 keping cermin tingkap.

Dalam kes aggresif, yang kerasukan sering memecahkan tingkap, apabila memecahkan tingkap, lazimnya tangan akan terluka, maka yang kerasukan ini akan menjilat darah tersebut. Kenapa berlaku sedemikian? Saya tak mampu menjawap persoalan ini disebabkan kecetekan keilmuan, biarlah mereka yanga arif sahaja yang menjawapnya.

Wallahu A'lam.