Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Friday, August 28, 2009

High Speed Broad Band (HSBB)

Sambungan jalur lebar kini dianggap sebagai satu
keperluan utama dalam infrastruktur nasional.

Sambunagn jalur lebar akan meningkatkan
kemajuan negara dalam menuju aspirasi dan ekonomi
berasaskan pengetahuan.

HSBB dengan lebar jalur melebihi 20Mbps
kini semakin digunakan oleh banyak
negara dan telco (Telecomunication Company)

Sebagai enjin pertumbuhan seterusnya untuk ekonomi
Malaysia dan untuk mengemudi kea rah menjadi
sebuah Negara maju menjelang 2020

Menggerakkan Malaysia ke barisan hadapan
perkhidmatan maklumat, komunikasi danMultimedia
di rantau ini.

Membantu menarik pelaburan antarabangsa baru dan
modal insane berbakat untuk Negara.

Membantu memperkenalkan pembangunan
industri/perniagaan baru dan mewujudkanKerja-kerja
baru.

Selain inisiatif HSBB yang kini giat dibangunkan, TM Net
juga sedang berusaha membawa satu pengalaman baru
dalam bidang hiburan kepada pelanggan-pelanggannya
melalui teknologi IPTV ( 'Internet Protocol Television').
Dengan IPTV, perkhidmatan televisyen digital akan
disalurkan secara terus ke kediaman pelanggan melalui
jaringan protocol internet tertutup, iaitu jaringan HSBB TM.
Perkhidmatan ini akan membolehkan pengguna menikmati
siaran TV berkualiti tinggi, termasuk dalam bentuk
‘high-definition’. Selain itu, perkhidmatan ‘Video-On-Demand’
juga mampu dibekalkan kepada pengguna, di mana
pelanggan boleh menonton rancangan pilihan mereka
pada waktu-waktu yang mereka inginkan.

Sakit Dada

Diriwayatkan dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a, ia berkata pernah
ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah seraya berkata:
" Saya merasa sakit di dadaku. " Lalu Baginda bersabda
kepadanya " Bacalah Al-Quran "

1. Bacalah Surah Al-Insyirah (3X) dan ayat 57 Surah Yunus.

2. Bacalah Surah Al-Insyirah dan ayat 25-28 Surah Thoha.

3. Bacalah Surah Al-Fatehah pada Air Zam-Zam, sebahagiannya
diberi minum dan sebahagian lagi disapu pada dada.

Sebagai usaha ikhtiar, saya sering membaca Surah Al-Insyirah
(7X) dan Ayat 57 Surah Yunus (3X) menyapu air pada
dada pesakit. Juga membaca Selawat Tafrijiah,
tiup ke dada pesakit sambil berdoa kepada Allah untuk
menyembuhkan sakit tersebut.

Wallahu 'Aklam.

Keselamatan jalanraya

Daripada kediaman saya ke Bandar Kuala Lipis yang jaraknya
16 Km memang banyak Garisan Kuning di atas Jalanraya.
Saya pastinya tidak faham kenapa Garisan Kuning dibuat
dikawasan tersebut. Pastinya Simpang Jalan, Selekoh dan
Berhampiran Lintasan ke Sekolah.

Memang elok dibuat Garisan Kuning tersebut tetapi biarlah
"Standard". Kadangkala kenderaan yang menempuh Garisan
Kuning akan melajukan kenderaan untuk mengurangkan
gegaran pada kenderaan.

Bagi pengguna jalanraya dari Raub ke Gua Musang, Kelantan
antara Garisan Kuning yang akan memberi kesan kerosakan
pada kenderaan adalah di Jeram Besu, Kg. Relong dan Merapoh.
Ada sahabat rakan saya yang hampir terjatuh daripada Motosikal
berkuasa tinggi apabila melalui Garisan Kuning di Merapoh.
Kalau kenderaan lama yang pendawaian litar yang tidak
sempurna maka akan dapat hasilnya. Untuk kenderaan yang
Penyerap Hentakan sudah rosak, apa-apa material yang diletak
di atas "dashboard" seperti HP, tolonglah simpan pasti tercampak.

Paling menggerunkan adalah Garisan Kuning diatas Jambatan
yang menyambungkan Bandar Baru dan Bandar Lama K. Lipis.
Apabila kenderaan berat melalui Garisan tersebut, terasa
bergegar jambatan (rasa mengenjut). Elok sangat buat garisan
tersebut selepas jambatan ada Lampu Isyarat, tetapi janganlah
tinggi sangat (terlalu tebal) Garisan tersebut.

Semasa saya menyediakan Thesis mengenai Sistem Pengangkutan
di Bandar Kuala Lipis, saya telah bertemu dengan Pegawai Majlis
Daerah Lipis yang bertanggung jawap di bahagian Teknikal,
beliau maklumkan bahawa mereka serah urusan tersebut kepada
Perunding dari luar. Apa yang saya faham, sistem tersebut amat
melucukan. Dimanakah sistem jalanraya terbaik didunia? Adakah
UK, USA ataupun di Negara Asia seperti Japan dan Hongkong?
Jawapn sebenar adalah Negara Brazil.

Menyampaikan berita penting

Malam tadi saya pulang agak lewat dari surau, anak maklumkan
bahwa ada msg di HP. Setelah diperiksa, didapati msg daripada
sahabat lama saya dari Puchong memaklumkan Ustaz Ismail
Kamus meninggalkan dunia. Maka saya dengan pantas forward
msg berkenaan kepada rakan-rakan lain. Tak sampai 15 minit
saya terima lagi sms daripada saya saya tersebut,
memaklumkan yang meninggal bukan Ustaz Ismail Kamus
tetapi memang namanya Ismail. Menjadi kewajipan saya untuk
memaklum kembali kepada rakan-rakan yang telah saya
forward msg tersebut.

Ianya memberi pengajaran kepada saya agar selidiki dahulu
berita tersebut sebelum forward kepada rakan-rakan, sebab
perkara sebegini sering berlaku kesilapan seperti berikut :-

1. Saya sms kepada rakan " Emak Kamaruzaman Yaacob
meninggal dunia". Kawan yang menerima msg tersebut telah
menghubungi kawannya memaklumkan Kamaruzaman yang
meninggal, disebabkan perkataan Emak disangka Encik.

2. Terima msg " Abang Idris meninggal dunia ". Ramai yang
terima msg menjangkakan Idris yang meninggal, tetapi
sebenarnya Abang kepada Idris yang meninggal dunia.

Saya tidak menyalahkan sahabat dari Puchong sebab beliau
hanya menerima berita dan cuba memaklumkan kepada
rakan-rakan, malangnya berita yang beliau terima itu salah.