Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Friday, December 31, 2010

Thursday, December 30, 2010

ATM ALERT - VERY USEFUL

Try This...

When a robber forces you to take money from the ATM, do not argue or resist. You might not know what he or she might do to you. What you should do is to punch your PIN in the reverse mode.


I.e. if your PIN # is 1254, you punch 4521.

The moment you punch in the reverse mode, the money will come out, but will be stuck into the machine half way out and it will alert the Police (security) without the notice of the robber. tz

Every ATM has it; it is specially made to signify danger and help. Not everyone is aware of this.

Keilmuan Dukun Wanita Masyarakat Pribumi

Kisah dukun wanita ini diceritakan olih Allahyarham Abd. Karim Bachik (Bapa Saudara Datuk Siti Nurhaliza). Beliau bersama-sama rakannya telah mengunjungi dukun wanita ini untuk melihat kebolihan dukun tersebut, namun dukun wanita ini enggan menunjukkan kebolihan beliau kerana katanya tidak baik untuk ditunjuk kepada orang lain. Puas mereka memujuk dengan alasan hanya nak lihat sahaja, bukan nak belajar. Akhirnya dukun ini terpaksa mengalah dengan permintaan mereka. Beliau memberikan paku sepanjang 6 inci dan minta mereka tanam di dalam tanah dengan jarak yang jauh. Setelah mereka siap menanam paku tersebut, maka dukun wanita ini mengangkat tapak tangannya keatas , diizinkan Allah paku yang telah ditanam tadi telah terbang kepada wanita ini lantas beliau menangkap dengan tangannya.

Wednesday, December 29, 2010

Doa sebelum mengerjakan Solat.

Sukacita ingin saya kongsikan doa yang diajar olih Allahyarham Cikgu Abdul Wahab (Kg. Lalang, Penjom, Kuala Lipis, Pahang) kepada saya untuk dibaca sebelum mengerjakan solat ( Sebelum mengangkat takbir yang pertama/takbiratul ihram). Sila tuan-tuan rujuk Surah Al-Mu'minuun ayat 97-98.

97. Dan katakanlah: "Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan.
98. Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku."

Semuga bermunafaat kepada tuan/puan atau anak-anak yang menjadi pengunjung setia blog mencupu, ajarkanlah kepada anak-anak dan isteri.

Wassalam.

Doa Penutup

Pelbagai doa yang dibaca olih individu selepas selesai mengamalkan sesuatu amalan.

1. " Ya Allah lindungilah hambaMU daripada segala bahaya siang ataupun malam, jadikanlah gerak ku sebagai jurus yang bahaya kepada musuh-musuh ku ".

2. "  Ya Allah, aku mohon kepadaMU selamat didunia dan akhirat " .

3. "  Ya Allah, aku memohon kepadaMU ilmu yang bermunafaat, diredhoi dan mendapat pertunjuk dariMU, Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin ".

Semuga Allah melindungi kita & family daripada kejahatan makhluk. Aamiin Ya Rabbal 'Alamin. Wallahu A'lam.

Celoteh Penjual Ubat

Petang tadi berkesempatan mendengar celoteh seorang penjual Ubat di Pekan Sehari di Sg. Koyan, antara celoteh beliau :-

1. Kalau anak-anak menangis tengah malam, masukkan cincin ini kedalam air, pastu sapu air rendaman cincin tadi ke muka & kepala anak tersebut. Kalau emak2 yang menangis tengah malam, itu kena panggil ayah.
2. Tuan-tuan ingat kes Histeria di Tanjung Lumpur, ramai bomoh2 di Pahang yang cuba merawat tapi tak selesai, mereka panggil saya, pastu saya tanya siapa yang mula2 kena, mereka tunjuk pelajar yang mana, saya rendam cincin dalam air..... (seperti kaedah diatas) selesai masalah.

Tuesday, December 28, 2010

Pancaran Laser

Kecoh mengenai gangguan pancaran laser kepada pemain bolasepak yang baru berlangsung di Stadium Bukit Jalil dimana pasukan negara kita menang dengan menewaskan Indonesia 3-0. Penonton bersorak di kedai mamak sambil tenguk bola, mamak juga bersorak sebab duit banyak masuk hehehe. Dok dekat 2 jam bukan nak minum segelas air aje kot.

Mengenai pancaran laser ni, tak mampu saya nak terangkan secara details, sebab bukan tahu sangat pun tahu sesikit aja sebab ada kaitan dengan bidang tugas. Rakan setugas saya rosak sebelah matanya berpunca daripada laser, namun untuk buktikan kepada pihak perubatan agak sukar, maklumlah ketika itu peralatan atau sistem komunikasi yang menggunakan laser baru diperkenalkan di Malaysia dan pengetahuan yang sedikit mengenai pancaran laser.

Ada yang memberi komen, pancaran laser yang lemah tidak merbahaya, betullah tu! itu bab kena kulit, tetapi kalau tepat terkena kornea mata apakah kesannya?

Saya sering berpesan kepada rakan-rakan yang bertugas di Syarikat usahasama KTMB dengan sebuah syarikat komunikasi, apabila melakukan kerja-kerja baikpulih Kabel Optik perlu berhati-hati sebab ada sistem yang tidak " Automatic Laser Shutdown " apabila kabel optik terputus atau 'Breakdown" terutama sistem yang menggunakan Booster atau Optical Amplifier. Laser yang dipancarkan mengikut sukatan atau " level in dBm " adalah +7 dBm hingga +15 dBm. Untuk sistem Junction atau Intra Office yang jaraknya sekitar 10 ke 50km, laser yang dipancarkan sekitar 0dBm to -11dBm. Itupun cukup bahaya kalau terkena pada mata.

Nasihat saya kepada yang nak dengar, jangan ambil mudah atau buat main-main dengan pancaran laser dengan menghala pancaran tersebut ke mata.

Kemalangan Bas lagi...

Media kat Malaysia memang saya dah bolih agak seperti berita bermusim contohnya kisah buang bayi maka semua media fokus kepada perkara yang sama, kini kisah kemalangan bas pula dan terkini berlaku di jalan Bentong - Raub.

Tuan/Puan pernah tak melalui jalan ini yang terkenal dengan nama " Laluan Berkuda ", apa maksud sebenar dinamakan sebegitu? Jalan itu sebenarnya tidak rata atau " Bumping ". Banyak kemalangan maut yang dah berlaku kat jalan tu. Memanglah jalan tu banyak yang lurus, contohnya kat kawasan R&R Lurah Bilut, malangnya tidak rata ditambah pula dengan lubang dan tampalan lubang.

Untuk makluman tuan/puan, jalan tersebut dari asal lagi dah camtu, semasa jalan tersebut belum di "TAR" atau premix memang begitu. Saya pernah melalui jalan tersebut semasa jalan tersebut masih belum siap pembikinan lagi iaitu daripada Raub ke Lurah Bilut.

Sebelum ini saya dah cerita mengenai bas express, bila konvoi berderet-deret seperti berlumba dah.., tak percaya? Datang tenguk sendirilah. Yang saya dok hairan tu, jarang pula saya dengar orang kena saman ekor kat jalan tersebut, dulu memanglah ada dok menyorok kat pokok kelapa sawit2 atau semak di 2 atau 3 tempat, lokasi yang diminati di belakang poko kelapa sawit berhampiran tanah perkuburan Islam, Lurah Bilut. Selepas ini mungkin ada kot perangkap laju, sebaiknya dilakukan diwaktu malam hehehe, jadinya kena guna jalan alternatif iaitu jalan lama melalui Tras, Tranum, Sg. Chitang, Sang Lee dan Sg. Penjuring, tetapi kena ingat juga sebelum Tras kat kawasan Kebun Getah selalu ada yang menunggu dengan bendera merah ditangan hehehe.

Kepada tuan/puan yang memandu melalui jalan ini berhati-hatilah, biar lambat asal diri kita dan keluarga selamat. Kalau letih berehat dulu, ada banyak tempat persinggahan di laluan tersebut.

Monday, December 27, 2010

Used vs. Loved

While a man was polishing his new car, his 4-yr old son picked up a stone and scratched lines on the side of the car. In anger, the man took the child's hand and hit it many times; not realizing he was using a wrench.

At the hospital, the child lost all his fingers due to multiple fractures. When the child saw his father.....with painful eyes he asked, 'Dad when will my fingers grow back?'

The man was so hurt and speechless; he went back to his car and kicked it a lot of times. Devastated by his own actions....sitting in front of that car he looked at the scratches the child had written , 'LOVE YOU DAD'.
Anger and Love have no limits; choose the latter to have a beautiful, lovely life..... Things are to be used and people are to be loved. But, the problem in today's world is that, People are used and things are loved... During this year, let's be careful to keep this thought in mind:

Things are to be used, but People are to be loved ... Be yourself..This is the only day we HAVE.

Have a nice day !Always remember...

Watch your thoughts, they become words.
Watch your words, they become actions.
Watch your actions, they become habits.
Watch your habits, they become character;
Watch your character, it becomes your destiny.

Selawat Nariyah @ Tafrijiah

Sunday, December 26, 2010

Merisik dan meminang di era cyber

Pada cuti musim persekolahan umumnya diadakan majlis merisik & bertunang, perkahwinan dan untuk anak-anak pula pastinya majlis berkhatan. Coretan saya adalah berhubung dengan majlis merisik & meminang. Saya tidak pasti apakah masyarakat di era cyber ini memahami perkara tersebut mengikut adat. Kata2 orang dulu2 " Hidung Di Kandung Adat, Mati Di Kandung Tanah ".

Di era cyber ini, bila majlis tersebut di adakan, semuanya menjurus terus kepada matlamat, tak perlu adat2 dah, akhirnya yang asas pun tak dilakukan dengan alasan " Mereka dah sama2 kenal, kedua family pun dah lama kenal, cukuplah mereka merisik sesama sendiri ". Jadinya yang panggil sanak-saudara, Tok Empat (Ketua kampung), Tok Imam dan rakan2 itu untuk apa kalau dah berpakat sesama sendiri? Jawapan mereka " Ini sebagai nak melengkap adat sahaja ".

Rombongan yang datang merisik atau meminang umumnya akan menggunakan mukadimah memohon ma'af kerana tidak memahami adat setempat, selepas itu jawapan tuan rumah " Tak apa, kita luruskan sahaja untuk memudah nak berpakat ". Disebabkan nak luruskan aja, maka perkara asas yang saya nyatakan bolih tertinggal. Apa yang tertinggal? Contohnya, Tujuan kehadiran kami dari Kutub Utara ini adalah berhajat nak meminang Cik Nurhayati Binti Selamat untuk anak saudara kami Hussin Bin Syukran ". Bagaimana bentuk yang di perluruskan, " Tujuan kami datang nak meminang anak tuan rumah untuk anak kami ". Kalau majlis diadakan dirumah datuk pula bagaimana? Yang nak dipinang itu siapa?

Tuan/Puan mengenai adat bukan semuanya perlu kita tinggalkan untuk majlis sedemikian, kerana ia juga merupakan adab " Adat kita kelek, Agama kita junjung."

Alhamdulillah, pada waktu tengahari tadi telah selesai majlis pertunangan dimana saya menjadi pengerusi majlis dilaksanakan dengan jayanya. Saya tolong perbetulkan sikit-sikit sahaja. Semalam pun sama, menjadi pengerusi majlis pertunangan anak saudara sepupu. Bersyukur kepada Allah yang mengurniakan keilmuan untuk mengendalikan majlis berkenaan entah yang keberapa, pengalaman bermula diawal usia 30an makin mematangkan saya untuk mengendalikan majlis tersebut sebagai penerima, meminang atau menjadi pengerusi majlis.

Sukacita ingin saya ingatkan kepada tuan/puan yang menjadikan Al-Quran sebagai hantaran, muliakanlah kitab Al-Quran, pada susunan tersebut pastinya sirih junjung mengambil tempat memenuhi adat, maka Al-Quran perlulah diletakkan pada no.2, bukan selepas sejadah dsbnya. Wallahu A'lam.

Tuesday, December 21, 2010

Kemalangan Bas

Maka akan keluarlah pelbagai pendapat dan cadangan untuk penguat-kuasaan undang-undang kepada pemandu bas & pemilik bas. A akan cakap ini B akan cakap itu. Bas itu terbalik sebab pemandu cuai, brake tak makan, dipandu laju, jalan licin..., pemandu mengantuk, pemandu keletihan itulah antara jawapan yang akan tuan/puan lihat dimedia. Cuba perhatikan adakah mereka ini sebenarnya berkelayakan untuk bercakap mengenai persoalan tersebut? Isy.. A memang layak sangat sebab dia adalah Bendahara dan B pun layak bercakap sebab dia adalah Hulubalang hehehe, akan selesaikah masalah??? Kemalangan Bas yang membawa pelancung melibatkan jalan yang berisiko bukanlah itu yang pertama kali berlaku tetapi ianya pernah berlaku sebelum ini di jalan ke Genting Highlands.

Tuan/Puan pengunjung blog mencupu, keadaan jalan Cameron Highlands ke Simpang Pulai, Perak ataupun Genting Highland ke Batang Kali atau Genting Sempah, jangankan bas... kereta pun bolih terbalik atau melanggar pembahagi jalan atau terus menjunam kebawah bukit, inikan pula Bas 2 Tingkat.

Bas 2 tingkat ini sebenarnya direka untuk digunakan jalan yang bagaimana? Untuk kegunaan di Lebuhraya pun kira bolih ajelah. Untuk jalan yang berisiko elok tak payahlah. Teringin sangat nak tenguk atau jumpa bas 2 tingkat ni naik ke Bukit Fraser, terbalik atau tidak pada Selekoh 'U' dari Gap ke Bukit Fraser.

Selepas ini pihak JPJ & PDRM akan mula lakukan operasi semula hehehe, elok sangatlah tu sebelum bertambah lagi kemalangan, jangan lupa teropong Bas 2 tingkat yang melalui jalan Kuala Lipis - Gua Musang sebab Bas ini bila jalan serentak dah jadi berlumba, nanti terbalik pula kat Bukit 7. Semuga kemalangan yang sebegini tidak akan berlaku lagi yang mengakibatkan banyak nyawa terkorban.

Salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dengan kemalangan ini.

Friday, December 17, 2010

Belajar Silat Tanpa Bimbingan

Semuga tidak ada yang salah faham dengan coretan saya bab persilatan kebathinan dan coretan ini dapat memberi sedikit pengetahuan atau pedoman kepada sesiapa yang sudi. Kalau nak belajar keilmuan kenalah berguru, tak bolih buat pandai sendiri sahaja. Pastu perlulah merujuk kepada yang arif bab atau perkara yang berkenaan, jangan merujuk kepada yang 2 X 5 dimana mungkin menyebabkan masalah yang dihadapi semakin bertambah. Wallahu A'lam.

Malam Hari Asyura yang lalu saya telah diminta olih sahabat saya untuk merawat anak buah beliau yang telah beliau rawat 6 bulan yang lalu dan masalah kembali berulang mungkin terdapat sedikit perbezaan. Anak buah beliau hampir seminggu kerumah beliau mohon untuk diikhtiarkan.

Kebetulan malam itu pula ada siaran langsung perlawanan bolasepak diantara Malaysia dengan Vietnam, jadinya layan bola dulu, maklumlah anak buah dan rakan pesakit turut serta untuk melihat proses rawatan.

Saya maklumkan terlebih dahulu bahwa saya hanya akan gunakan kaedah diplomasi kerana memuliakan hari Asyura. Seperti biasa, sebelum rawatan saya interview pesakit dan sahabat saya. Permasalahan beliau adalah mudah kerasukan dan nak marah, contohnya kalau A marahkan C, maka beliau juga turut serta akan memarahi C. Saya bertanyakan kepada beliau dimana beliau belajar silat bathin? Beliau menyatakan mempelajarinya dari seorang XXX dari seberang. Kaedah pengisian dengan mandian limau purut dan bacaan tertentu. Beliau juga mengamal bacaan ayat 1 - 6, Surah Al-Jin sebagai perlindung diri. Selepas belajar dengan guru tersebut beliau tidak pernah bertemu lagi dengan guru tersebut, beliau hanya melakukan secara sendirian tanpa bimbingan.

Saya pun memberi minuman air bacaan Yasin (Awal Muharram 1432H) + Zam-Zam. Setelah minum air tersebut terus kerasukan. Saya beritahu MG, bahawa ini adalah malam yang penuh keberkatan, sila beri kerjasama, saya mahu berdiplomasi untuk menghormati malam yang mulia ini. Maka saya terus menggunakan kaedah tarbiah, menceritakan kisah syurga dan neraka dan membacakan ayat Surah Al-Waqiah dan Ar-Rahman dll lagi. Akhirnya saya minta MG tu keluar sendiri dan jangan ganggu pesakit. Selepas memberi salam pesakit tumbang, dan seperti proses mengeluarkan MG dari jasad pesakit, Wallahu A'lam.

Setelah pesakit sedar, saya memberi nasihat agar beliau memperbetulkan niat untuk amalan, membersihkan hati untuk memperoleh redho dari Allah, banyakkan berzikir, berselawat & berightifar.

Ada sahabat yang memberi tahu saya, MG Persilatan umumnya ganas sikit, maka saya jawap " Api kena lawan dengan Air ". Wallahu A'lam.

Tuesday, December 14, 2010

Tidak mempercayai adanya Jin

Tidak mempercayai wujudnya/adanya Jin bolih merosakkan aqidah. Telah ada dialog di dalam drama juga penulisan di akhbar menafikan kewujudan makhluk tersebut. Kata mereka Jin dan hantu itu semua adalah karut belaka. Semuanya adalah masalah minda, disebabkan mempercayai cerita orang dahulu, itu hujah mereka. Bila tak percaya kewujudan Jin samalah dengan tidak mempercayai Al-Quran.

Surah Adz Dzaariyaat
56. Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Surah Al An'aam
128. Dan (ingatlah) hari diwaktu Allah menghimpunkan mereka semuanya (dan Allah berfirman): "Hai golongan jin, sesungguhnya kamu telah banyak menyesatkan manusia", lalu berkatalah kawan-kawan meraka dari golongan manusia: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya sebahagian daripada kami telah dapat kesenangan dari sebahagian (yang lain)[504] dan kami telah sampai kepada waktu yang telah Engkau tentukan bagi kami." Allah berfirman: "Neraka itulah tempat diam kamu, sedang kamu kekal di dalamnya, kecuali kalau Allah menghendaki (yang lain)." Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

Surah Al A'raaf
179. Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

HNS’?

Definition
What is the definition of an ‘HNS’?

For the purposes of the Protocol…
“Hazardous and noxious substances means any substances other than oil which, if introduced into the marine environment, is likely to create hazards to human health, to harm living resources and marine life, to damage amenities or to interfere with other legitimate uses of the sea”

Monday, December 13, 2010

TOP 10


Tuesday, December 7, 2010

Salam Ma'al Hijrah

Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1432, semuga Allah memakbulkan segala niat, cita2 dan hajat tuan/puan pengunjung blog mencupu. Dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan, dipermudahkan rezeki dan dipanjangkan usia untuk beribadah, dijauhkan bahaya dan bencana pada diri, keluarga dan harta-benda. Aamiin.

Sambutan Ma'al Hijrah ini sama seperti yang lalu, ramai yang tak ambil kisah sebab tak ada Pesta Hiburan, Pertunjukan Bunga Api lebih-lebih kiraan masa 10,9,8... pastu bersorak. Surau dan Masjid pun sekadar tambah lebih sedikit jemaah itu pun kena pesan awal2.

Tarikh 1 Muharram ramai buat tak kisah, tetapi lihatlah 10 hari lagi, semua pakat dok sibuk bab Bubur Asyura.. nak buat berapa kawah, yang masin , yang manis.. rempah order awal2.. takde rempah khusus tak sedap. Pastu siapkan menu untuk makan tengahari semasa proses mengacau bubur asyura. Maka diwar-warkan program mengacau bubur asyura adalah sesuatu yang amat baik untuk dilakukan, mengeratkan ikatan silaturrahim dan ukhwah masyarakat pastu ada yang ajak pembesar dari Agama lain untuk turut serta mengacau bubur Asyura. Saya tidak menafikan memang baik dilakukan program tersebut, tetapi janganlah lupa 1 Muharram juga penting kerana ia berkaitan dengan Rasulullah dan Islam.

Kaum Cina amat bangga dengan tahun baru mereka begitu juga kini diikuti olih masyarakat Sikh dan India. Melayu mana ada tahun? Kita dok mengaku sebagai orang Islam tetapi buat tak kisah, sibuk dengan tahun Masihi.. bukankah Masihi itu daripada Al-Masih? Cuba lihat dan  dengar kat media DJ dan Pengacara sibuk dok tanya bab azam tahun baru 2011. Apabila yang dok mengaku Islam pun dah semakin buat tak peduli maka akan kembali daganglah Islam itu. Nak salahkan siapa? Tepuk dada tanya iman.