Maka akan keluarlah pelbagai pendapat dan cadangan untuk penguat-kuasaan undang-undang kepada pemandu bas & pemilik bas. A akan cakap ini B akan cakap itu. Bas itu terbalik sebab pemandu cuai, brake tak makan, dipandu laju, jalan licin..., pemandu mengantuk, pemandu keletihan itulah antara jawapan yang akan tuan/puan lihat dimedia. Cuba perhatikan adakah mereka ini sebenarnya berkelayakan untuk bercakap mengenai persoalan tersebut? Isy.. A memang layak sangat sebab dia adalah Bendahara dan B pun layak bercakap sebab dia adalah Hulubalang hehehe, akan selesaikah masalah??? Kemalangan Bas yang membawa pelancung melibatkan jalan yang berisiko bukanlah itu yang pertama kali berlaku tetapi ianya pernah berlaku sebelum ini di jalan ke Genting Highlands.
Tuan/Puan pengunjung blog mencupu, keadaan jalan Cameron Highlands ke Simpang Pulai, Perak ataupun Genting Highland ke Batang Kali atau Genting Sempah, jangankan bas... kereta pun bolih terbalik atau melanggar pembahagi jalan atau terus menjunam kebawah bukit, inikan pula Bas 2 Tingkat.
Bas 2 tingkat ini sebenarnya direka untuk digunakan jalan yang bagaimana? Untuk kegunaan di Lebuhraya pun kira bolih ajelah. Untuk jalan yang berisiko elok tak payahlah. Teringin sangat nak tenguk atau jumpa bas 2 tingkat ni naik ke Bukit Fraser, terbalik atau tidak pada Selekoh 'U' dari Gap ke Bukit Fraser.
Selepas ini pihak JPJ & PDRM akan mula lakukan operasi semula hehehe, elok sangatlah tu sebelum bertambah lagi kemalangan, jangan lupa teropong Bas 2 tingkat yang melalui jalan Kuala Lipis - Gua Musang sebab Bas ini bila jalan serentak dah jadi berlumba, nanti terbalik pula kat Bukit 7. Semuga kemalangan yang sebegini tidak akan berlaku lagi yang mengakibatkan banyak nyawa terkorban.
Salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dengan kemalangan ini.
Salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dengan kemalangan ini.