Tuai Rumah Panjang umumnya memiliki sejenis kayu herba yang fungsinya menawar racun dan khasiat yang lain, rasanya payah kita nak tahu khasiat sebenar. Cuma apa yang saya diberitahu olih seorang sahabat baik saya di Bumi Kenyalang, sekiranya kayu tersebut/herba digigit sedikit sahaja, InsyaAllah gula yang manis menjadi tawar, kalau cili pula hilang pedasnya.
Dihari perayaan gawai, tuai rumah akan meletakkan herba tersebut di bawah lidah, ini dapat mengelakkan beliau menjadi mabuk apabila meminum air tapai/tuak atau arak di dalam jumlah yang banyak. Mengikut adat mereka, sebelum tetamu minum air tapai/tuak, tuan rumah mestilah minum terlebih dahulu untuk membuktikan air tapai tidak membahayakan tetamu. Bayangkanlah kalau tetamu yang datang ramai, mahu tumbang jadinya.
Teringat satu kisah lucu yang berlaku di hari perayaan gawai, pemuda Indonesia yang bertugas di sana telah mengunjugi rumah panjang, apabila diminta untuk minum air tapai/tuak beliau mengatakan " Enggak Bisa ". Tuai rumah amat kurang senang apabila mendengar jawapan daripada pemuda Indonesia tersebut, maksud bisa pada pengertian beliau adalah " Tidak Kuat ". Pemuda tadi telah dipaksa juga minum air tapai, akhirnya mabuklah pemuda tersebut dan tumbang.
Harga kayu herba tersebut cukup tinggi dan payah untuk dijual sepertimana " Kayu Hujan Panas ". Teringat Makcik penjual " Kayu Hujan Panas " memberitahu saya berkali-kali dan melarang saya memukul orang ataupun anjing dengan menggunakan kayu tersebut. Beliau juga mengajar saya, andainya anak kecil menangis diwaktu senja, bakar kulit kayu tersebut. Wallahu A'lam.