Al tersebutlah kisah, disebuah kampung di dalam negeri Malaya, kedapatan seorang lelaki yang perkasa dan terkenal dengan kesamsengannya disebabkan beliau memiliki " Ilmu Kebal ", siapa yang salah tutur bicara atau buat masalah dengan beliau maka akan mendapat hadiah " Roti Lima Jari " dll.
Pada suatu hari, ketika beliau sedang lepak2 di warung, kedamaian beliau diganggu-gugat olih kebisingan suara kanak-kanak yang sedang bermain, sejurus itu beliau telah memarahi budak-budak tersebut, ditakdirkan Allah, ada seorang budak lelaki telah menjawap larangan beliau, apalagi "Angin Satu Badanlah" beliau, terus mengejar budak itu untuk memberi hukuman. Mereka yang berada disitu pastinya tidak berani untuk menegur atau menghalangnya kerana ditakuti akan menerima padah lebih-lebih lagi beliau sedang di dalam keadaan marah.
Budak lelaki tersebut semakin keletihan, beliau berlari mengelilingi meja di warung berkenaan, diatas meja itu terdapat batang tebu yang di jual (yang dah siap katam/di potong) maklumlah warung zaman dulu itulah diantara barangan yang dijual. Budak lelaki tersebut telah berhenti berlari kerana terlalu letih, untuk menyelamatkan dirinya, beliau telah bertindak mengambil sekatam tebu dan memukul lelaki perkasa itu dengan tebu, diizinkan Allah pukulan tersebut telah terkena pada anggota badan lelaki perkasa, ditakdirkan Allah, Lelaki Perkasa tersebut telah rebah ketanah dan akhirnya meninggal dunia.
Ini cerita Auta Kare (Pembohong) ke? Tidak, cuma saya tidak menyatakan secara jelas. Ini adalah kisah benar yang diceritakan olih Guru saya. Apakah tujuan sebenar penceritaan ini? Keilmuan orang dulu-dulu sebenarnya ada pantang larangnya, mereka belajar keilmuan tersebut tetapi terlupa pantang larangnya.
Pelajar persilatan dulu dan sekarang amat suka upacara " Mandi Minyak ". Pelajar diwajibkan sentiasa didalam keadaan berwuduk ketika proses menyediakan minyak tersebut daripada mengupas kelapa, mengukur dan memerah santan.. akhirnya dimasak menjadi minyak. Balik rumah tidak bolih mandi dan mesti tidur didalam keadaan badan berminyak. Apa khasiat mandi minyak tersebut? Erm ramai yang tahu.. jadi tak payah ceritalah hehehe. Namun ramai yang tidak tahu apakah pantang larang keilmuan tersebut? Antaranya tidak bolih makan benda yang bercucuk seperti "Sate" dsbnya. Kalau langgar pantang larang apakah yang terjadi? Adakah memberi kesan sampingan atau bencana? Apa yang saya diberitahu, keilmuan menjadi tawar. Wallahu A'lam.