Pada suatu masa dahulu (menggantikan mukadimah " Pada zaman dahulu " hehehe), saya ke Pasar Minggu di Bandar KL. Menjadi minat saya melihat peniaga yang menjual barangan yang pelik. Saya dapati seorang lelaki berkopiah putih, menarik wajahnya yang lembut sedang menggergaji sesuatu, maka saya pun bertanya kepada beliau. Saya diberitahu ianya adalah " Paruh Burung Kenyalang ". Beliau memaklumkan kepada saya seorang anggota Polis telah menempah material tersebut. Katanya kepada saya " Kalau kamu hendak, bolih ambil lebihan yang dipotong, harganya RM40). Setelah beliau siap menggergaji material tersebut, lantas meletakkan kehidung saya dan mengatakan bau terbakar. Memang betul, hasil kerja menggergaji tersebut pastinya berbau "Hangit".
Saya bertanya kepada beliau apakah kegunaan Paruh Burung Kenyalang, khasiatnya kata beliau adalah sebagai "Penawar Racun". Alhamdulillah, diizinkan Allah, saya pun membeli material tersebut. Beliau telah memasukkan material tersebut kedalam sampul surat kecil berwarna putih, dan telah memberi no telefon untuk dihubungi, andainya terdapat sesuatu yang aneh pada material tersebut.
Setelah pulang kerumah, saya pun membuka sampul surat, material tersebut diletakkan bersama sedikit beras kunyit. Apabila saya pegang, ianya nampak bersinar dan seperti basah serta mengeluarkan bau yang sangat harum. Baunya seperti minyak atar. Disebabkan baunya yang harum, maka saya sering membawanya bersama didalam poket baju dan sering menunjukkan kepada kawan-kawan, mereka berkata kepada saya seolah-olah Paruh Burung Kenyalang itu adalah Ibu Minyak Atar.
Saya tidak pun menghubungi Penjual tersebut "Haji Sapari" yang datang dari Sarawak. Akhirnya material tersebut hilang, semasa saya bertugas di Bandar R iaitu ketika saya menghantar kenderaan untuk baik-pulih ataupun hilang di kawasan store semasa membantu kawan-kawan menurunkan barang daripada lori.
Pendapat peribadi saya, setiap yang Allah ciptakan ada kegunaan dan kelebihan tersendiri, cuma kita sebagai makhluk kena faham iaitu perlu mempunyai keilmuan dan jaga niat, agar tidak merosakkan Aqidah. Wallahu A'lam.