Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Wednesday, July 21, 2010

Unifi

CD Ta’alim

Kali ini kami menawarkan CD interaktif Siri Ta’alim ‘Pembelajaran Al-Quran Melalui Penceritaan’ untuk kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas.

Siri Ta’alim ini diolah bagi memenuhi keperluan ibu bapa beragama Islam dalam penerapan pendidikan Islam dan nilai-nilai murni untuk anak-anak mereka. CD ini memaparkan kaedah pembelajaran multimedia interaktif yang membawa kanak-kanak ke alam penerokaan pendidikan moden! Bacaan Al-Quran telah disemak dan diperakui oleh Ustaz Haji Azhari Haji Osman, Pengerusi Jawatankuasa Tashih Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri.

Siri CD Ta’alim mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

Penekanan cara pembacaan Al-Quran yang betul. Teknik pembelajaran yang berkesan untuk menghafal dan memahami maksud ayat. Penyampaian kisah sejarah dan tauladan Islam dalam bentuk animasi multimedia. Pengukuhan pembelajaran melalui aktiviti-aktiviti multimedia yang menarik.

Terdapat tiga siri CD Ta’alim:

Siri 1 – Al Fatihah
Siri 2 – Lembu Betina Bani Israil
Siri 3 – Harut & Marut

Dapatkan ketiga-tiga siri sekarang di http://www.bestaried.com.my/