Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Tuesday, December 7, 2010

Salam Ma'al Hijrah

Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1432, semuga Allah memakbulkan segala niat, cita2 dan hajat tuan/puan pengunjung blog mencupu. Dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan, dipermudahkan rezeki dan dipanjangkan usia untuk beribadah, dijauhkan bahaya dan bencana pada diri, keluarga dan harta-benda. Aamiin.

Sambutan Ma'al Hijrah ini sama seperti yang lalu, ramai yang tak ambil kisah sebab tak ada Pesta Hiburan, Pertunjukan Bunga Api lebih-lebih kiraan masa 10,9,8... pastu bersorak. Surau dan Masjid pun sekadar tambah lebih sedikit jemaah itu pun kena pesan awal2.

Tarikh 1 Muharram ramai buat tak kisah, tetapi lihatlah 10 hari lagi, semua pakat dok sibuk bab Bubur Asyura.. nak buat berapa kawah, yang masin , yang manis.. rempah order awal2.. takde rempah khusus tak sedap. Pastu siapkan menu untuk makan tengahari semasa proses mengacau bubur asyura. Maka diwar-warkan program mengacau bubur asyura adalah sesuatu yang amat baik untuk dilakukan, mengeratkan ikatan silaturrahim dan ukhwah masyarakat pastu ada yang ajak pembesar dari Agama lain untuk turut serta mengacau bubur Asyura. Saya tidak menafikan memang baik dilakukan program tersebut, tetapi janganlah lupa 1 Muharram juga penting kerana ia berkaitan dengan Rasulullah dan Islam.

Kaum Cina amat bangga dengan tahun baru mereka begitu juga kini diikuti olih masyarakat Sikh dan India. Melayu mana ada tahun? Kita dok mengaku sebagai orang Islam tetapi buat tak kisah, sibuk dengan tahun Masihi.. bukankah Masihi itu daripada Al-Masih? Cuba lihat dan  dengar kat media DJ dan Pengacara sibuk dok tanya bab azam tahun baru 2011. Apabila yang dok mengaku Islam pun dah semakin buat tak peduli maka akan kembali daganglah Islam itu. Nak salahkan siapa? Tepuk dada tanya iman.