Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Friday, January 8, 2010

LAGI KOMEN BAB KALIMAH ALLAH

Allah Diibicarakan .

Dewasa ini kecoh tentang Allah di bicarakan di Mahkamah...

Biar ajelah...Allah tetap terpelihara..yg penting ialah umat Islam..apa sikapnya...

Yg pasti dengan timbulnya kes ini terbongkar salah faham orang ISLAM terhadap Kalimah ALLAH

a) Ada Wakil rakyat Pas kata boleh..Nampak sangat cetek ilmu dia bab ini..
b) Ada yang kata Agama Samawi dah lama guna..so kenapa sekarang tak boleh ...ada dalil dalam Quran ...Ini pun perlukan penerangan ulama akan maksud Al-Quran

Dalam Agama SAMAWI memang dinyatakan ALLAH itu sebagai Rabbul Jalil..Namun yang ada ketika ini ialah Kritian yg tiga dalam satu Tuhannya...begitu juga agama yahudi...bukan lagi mengikut syariat nabi Musa a.s. Dalil Al-quran itu ialah untuk Agama Samawi yang belum tercemar macam sekarang...

Perlu diingat di dalam Al-Quran dan Hadis..kenyataan nya adalah untuk membetulkan fahamam yang salah oleh umat terdahulu tentang ALLAH..dan yg pasti terbatal semua syariat sesudah Rasulullah s.a.w dilantik menjadi Rasul.

Suatu perkara yg penting dan perlu diketahui ialah...Tidak ada perkataan ALLAH didalam mana2 Kitab Injil dan terjemahan latin mereka...Yg ada hanyalah di Indonesia...dan sekarang cuba di bawa ke Malaysia...pasti ada udang disebalik MEE... So camna mereka boleh mendakwa... perkataan ALLAH telah lama ada...Sedangkan 3,000 tahun dahulu tiada pun perkataan ALLAH dimana2 terjemahan Latin untuk INJIL...So janganle Umat ISLAM keletah menyokong kononnya ada dalil menyokong penggunaan Kalimah ALLAH...oleh selain dari orang ISLAM..

Allah s.w.t sendiri memilih Allah s.w.t sebagai namaNya...janganle disibukan katanama ke hapa..Tidakle boleh di tukar maksud seperti GOD dalam Inggeris..Tuhan dalam bahasa Melayu...dan sebagainya...

Katakan ada Mat Salleh nama dia MR BURN..Takan di Malaysia kita panggil En BAKAR.....MR Black jadi EN Hitam atau bahasa Banjar En. Hireng...So lu fikir le sendiri..

Dihantar oleh DARUL SAKA pada 11:22 PM
Label:

SARDIN CAP AYAM DALAM SOS TOMATO

From: HalalDepartment halaldepartment@ayambrand.com.my
Subject: Fwd: Sardin Dalam Sos Tomato Ayam Brand adalah HALAL
To: marbisha_3@yahoo.com.my
Date: Wednesday, 6 January, 2010, 10:58 AM

Assalamualaikum.

Tuan / Puan,Terima kasih kerana menghubungi pihak kami dan memberitahu kami mengenai emel internet palsu yang berniat jahat bahawa Sardin Dalam Sos Tomato Ayam Brand mengandungi bahan tidak HALAL seperti daging katak.

Kami ingin menegaskan di sini bahawa emel yang tuan/ puan terima itu adalah tidak benar dan merupakan kenyataan fitnah yang menyatakan produk Sardin Ayam Brand dalam Sos Tomato mengandungi bahan-bahan tidak HALAL seperti daging katak.

Bagi pengetahuan pihak tuan / puan, mengikut regulasi undang-undang pemakanan di Malaysia dan Singapura, adalah wajib untuk menyatakan semua bahan-bahan yang terkandung dalam senarai pemakanan setiap label.

Tidak terdapat bahan-bahan lain dalam semua produk Ayam Brand selain dari apa yang tertera di atas label produk tersebut.

Kami mengesahkan di sini bahawa bahan-bahan dalam Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand adalah seperti yang tertera pada Senarai Pemakanannya iaitu ikan sardin, pes tomato, minyak kelapa sawit, gam xanthan ( sebagai kondisioner pemakanan ) dan garam. Tiada terdapat bahan-bahan lain yang tidak dinyatakan.

Semua produk Ayam Brand adalah disijilkan HALAL, dibawah naugan perbadanan-perbadanan HALAL mengikut negara-negara yang mengeluarkan produk tersebut.

Semua produk Ayam Brand yang dikeluarkan di Malaysia adalah disahkan HALAL oleh JAKIM ( Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ). Kilang kami di Malaysia , Taiping adalah disijilkan HALAL oleh JAKIM dan hanya dibenarkan untuk mengeluarkan produk-produk HALAL.

Nombor Sijil HALAL untuk produk Sardin Dalam Sos Tomato dan Mackerel Dalam Sos Tomato Ayam Brand adalah : 006835A . Manakala, nombor rujukan JAKIM adalah : JAKIM / (22.00 ) / 492 / 2 / 1 / 014-07/2005 (SJ1). Pihak tuan / puan boleh menghubungi pihak JAKIM untuk memeriksa kesahihan sijil-sijil tersebut di https://webmail.tm.com.my/exchweb/bin/redir.asp?URL=http://www.islam.gov.my/ataupun menghubungi 03-88864000 / 03-83150200. Sila rujuk nama syarikat – A. Clouet & Co (KL) Sdn. Bhd.

Pengurusan dan pengawalan semua Pensijilan HALAL dan prosedur-prosedurnya adalah dibawah naugan Head of Ayam Brand Halal Department.

Kami ingin mengingatkan semua pengguna bahawa penyebaran kenyataan-kenyataan palsu terutamanya yang bertujuan untuk menakut-nakutkan pengguna mengenai produk makanan adalah salah disegi undang-undang jenayah dan pihak kami tidak akan ragu-ragu untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang berbuat demikian.

Kami berbesar hati jika pihak tuan / puan sebagai muslimin dan muslimat yang bertanggungjawab boleh mengedarkan emel ini kepada sesiapa yang telah menerima emel palsu tersebut untuk mengurangkan kebimbangan mereka.

Memandangkan keseriusan maklumat palsu ini, kami akan juga menghantar emel ini kepada alamat-alamat email yang terkandung dalam emel-emel yang kami terima.

Akhir sekali, terima kasih kerana sokongan pihak tuan/ puan terhadap produk barangan Ayam Brand.

Sila rujuk kepada saya sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat selanjutnya.

Wassalam.

Yang Benar,
Encik Mohammad Hisham Talib
Head of Ayam Brand Halal Department
A.Clouet & Co (KL) Sdn. Bhd.
Tel : 05-895 8811 ( Direct line )

STREAMYX ALWAYS THE BEST, WHY???



P1( WIMAX) HE ASK TO POTONG, POTONG,POTONG BUT THEY STILL USING STEAMYX LINE FOR THEY COMPANY….HEHEHEHEHEH STREAMYX ALWAYS THE BEST

Kenali Tabik Setan







Untuk maklumat lanjut sila kunjungi blog seperti di bawah:-
http://dunianuar.blogspot.com/2010/01/kenali-tabik-setan.html