Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Wednesday, January 19, 2011

Mengundang Histeria

Apabila berlakunya histeria disesuatu lokasi, maka pihak yang terlibat atau perawat akan berikhtiar untuk mengenal pasti apakah punca-punca yang mungkin menyebabkan ianya berlaku.

Pihak  pelajar  disebuah sekolah ingin menganjurkan  " Night Walk " untuk program Orientasi  Pelajar Baru tahun 2011. Guru-guru yang memahami permasalahan yang mungkin akan berlaku telah melarang diadakan aktiviti tersebut, namun pihak pelajar telah menjawap larangan Guru yang berkenaan dengan mengatakan bahwa sekiranya berlaku masalah Histeria, mereka akan dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan segera, untuk menambahkan kesedapan atau rencah untuk mengundang Histeria ke Sekolah tersebut ada pelajar yang mencabar Jin untuk mengganggu mereka kerana mereka tidak takut. Apakah mereka ini terpengaruh dengan program mencari hantu di TV?

Pihak pelajar telah mengadakan pementasan iaitu adegan yang menakutkan, pelakun telah membaca mentera untuk memanggil Jin yang mereka perolehi daripada sebuah rancangan TV. Ada pelajar yang membuat rakaman, mereka dapati didalam gambar mereka terdapat banyak cahaya putih dan suara lakunan yang mereka dengar bukanlah suara daripada pelakun adegan tersebut.

Hampir 20 orang pelajar yang terkena Histeria termasuk pihak yang terlibat dengan lakunan dan yang mencabar makhluk berkenaan.

Pihak Darul Syifa' sedang berikhtiar untuk menyelesaikan masalah tersebut. Semuga usaha dan ikhtiar mereka merawat pelajar dan melakukan aktiviti pembersihan di makbulkan Allah. Aamiin Ya Rahman Ya Rahim.