Apabila berlakunya histeria disesuatu lokasi, maka pihak yang terlibat atau perawat akan berikhtiar untuk mengenal pasti apakah punca-punca yang mungkin menyebabkan ianya berlaku.
Pihak pelajar disebuah sekolah ingin menganjurkan " Night Walk " untuk program Orientasi Pelajar Baru tahun 2011. Guru-guru yang memahami permasalahan yang mungkin akan berlaku telah melarang diadakan aktiviti tersebut, namun pihak pelajar telah menjawap larangan Guru yang berkenaan dengan mengatakan bahwa sekiranya berlaku masalah Histeria, mereka akan dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan segera, untuk menambahkan kesedapan atau rencah untuk mengundang Histeria ke Sekolah tersebut ada pelajar yang mencabar Jin untuk mengganggu mereka kerana mereka tidak takut. Apakah mereka ini terpengaruh dengan program mencari hantu di TV?
Pihak pelajar telah mengadakan pementasan iaitu adegan yang menakutkan, pelakun telah membaca mentera untuk memanggil Jin yang mereka perolehi daripada sebuah rancangan TV. Ada pelajar yang membuat rakaman, mereka dapati didalam gambar mereka terdapat banyak cahaya putih dan suara lakunan yang mereka dengar bukanlah suara daripada pelakun adegan tersebut.
Hampir 20 orang pelajar yang terkena Histeria termasuk pihak yang terlibat dengan lakunan dan yang mencabar makhluk berkenaan.
Pihak Darul Syifa' sedang berikhtiar untuk menyelesaikan masalah tersebut. Semuga usaha dan ikhtiar mereka merawat pelajar dan melakukan aktiviti pembersihan di makbulkan Allah. Aamiin Ya Rahman Ya Rahim.