Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Sunday, January 16, 2011

Doa & Zikir Untuk Pelajar

Sekarang ini ibubapa berlumba-lumba untuk menjadikan anak-anak mereka pelajar yang genius ataupun pintar. Diusia  3 atau 4 tahun sudah dihantar ke Tabika/Tadika atau pusat Tuisyen agar anak-anak mereka sudah pandai membaca pada usia 4 tahun. Disamping itu juga, mereka membeli produk-produk yang dapat membantu mencerdaskan minda anak-anak mereka. Bagi ibubapa yang anak mereka akan menduduki peperiksaan UPSR atau PMR tahun 2011 mula telah merancang untuk menghantar anak-anak ke pusat tuisyen terpilih atau menghadiri kem-kem motivasi dan kaedah untuk menghadapi peperiksaan dan kaedah menjawap soalan peperiksaan. Adakah ibubapa berasa gusar apabila anak mereka masih tidak tahu membaca Al-Quran dan mengerjakan Solat? Apa yang mereka nampak adalah 5A untuk UPSR dan 8 atau 9A untuk PMR.

Disamping kita berusaha, anak-anak pula rajin belajar dan mengulangkaji pelajaran, diantara ikhtiar yang paling utama kepada kita sebagai Ummat Islam adalah berzikir dan berdoa kepada Allah. Ikhwan sekelian, ingatlah setiap sesuatu yang berlaku itu semuanya adalah dengan izin dari Allah.

Lazimkanlah Anak-Anak berzikir selepas mengerjakan Solat:-

ربِّ يَسِّرْ وَلاَ تُعَسِّرْ يَاكَرِيْم

Roobi Yassir Wala Tuassir Ya Kariim (Mudah mudahan dipermudahkan oleh ALLAH.)
















Mungkin ada yang bertanya, berapa kali nak kena baca? Paling penting adalah keikhlasan dan istiqamah dalam amalan, sebaiknya dibaca dalam bilangan yang ganjil. Semuga bermunafaat kepada anak-anak dan pelajar tuan/puan. Wallahu A'lam.