Pada cuti musim persekolahan umumnya diadakan majlis merisik & bertunang, perkahwinan dan untuk anak-anak pula pastinya majlis berkhatan. Coretan saya adalah berhubung dengan majlis merisik & meminang. Saya tidak pasti apakah masyarakat di era cyber ini memahami perkara tersebut mengikut adat. Kata2 orang dulu2 " Hidung Di Kandung Adat, Mati Di Kandung Tanah ".
Di era cyber ini, bila majlis tersebut di adakan, semuanya menjurus terus kepada matlamat, tak perlu adat2 dah, akhirnya yang asas pun tak dilakukan dengan alasan " Mereka dah sama2 kenal, kedua family pun dah lama kenal, cukuplah mereka merisik sesama sendiri ". Jadinya yang panggil sanak-saudara, Tok Empat (Ketua kampung), Tok Imam dan rakan2 itu untuk apa kalau dah berpakat sesama sendiri? Jawapan mereka " Ini sebagai nak melengkap adat sahaja ".
Rombongan yang datang merisik atau meminang umumnya akan menggunakan mukadimah memohon ma'af kerana tidak memahami adat setempat, selepas itu jawapan tuan rumah " Tak apa, kita luruskan sahaja untuk memudah nak berpakat ". Disebabkan nak luruskan aja, maka perkara asas yang saya nyatakan bolih tertinggal. Apa yang tertinggal? Contohnya, Tujuan kehadiran kami dari Kutub Utara ini adalah berhajat nak meminang Cik Nurhayati Binti Selamat untuk anak saudara kami Hussin Bin Syukran ". Bagaimana bentuk yang di perluruskan, " Tujuan kami datang nak meminang anak tuan rumah untuk anak kami ". Kalau majlis diadakan dirumah datuk pula bagaimana? Yang nak dipinang itu siapa?
Tuan/Puan mengenai adat bukan semuanya perlu kita tinggalkan untuk majlis sedemikian, kerana ia juga merupakan adab " Adat kita kelek, Agama kita junjung."
Alhamdulillah, pada waktu tengahari tadi telah selesai majlis pertunangan dimana saya menjadi pengerusi majlis dilaksanakan dengan jayanya. Saya tolong perbetulkan sikit-sikit sahaja. Semalam pun sama, menjadi pengerusi majlis pertunangan anak saudara sepupu. Bersyukur kepada Allah yang mengurniakan keilmuan untuk mengendalikan majlis berkenaan entah yang keberapa, pengalaman bermula diawal usia 30an makin mematangkan saya untuk mengendalikan majlis tersebut sebagai penerima, meminang atau menjadi pengerusi majlis.
Sukacita ingin saya ingatkan kepada tuan/puan yang menjadikan Al-Quran sebagai hantaran, muliakanlah kitab Al-Quran, pada susunan tersebut pastinya sirih junjung mengambil tempat memenuhi adat, maka Al-Quran perlulah diletakkan pada no.2, bukan selepas sejadah dsbnya. Wallahu A'lam.