Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Thursday, August 20, 2009

TIPS MUDAH STREAMYX


TIPS MUDAH STREAMYX

Gaya hidup digital hari ini memerlukan sambungan internet
yang pantas dan lancar walau di mana anda berada. Justeru,
ianya sangat penting buat kami untuk memenuhi keperluan
anda bagi memastikan anda mendapat pengalaman melayari
internet yang terbaik.


Keberkesanan kelengkapan anda dapat membantu dalam
memastikan sambungan internet tidak terganggu. Oleh itu,
adalah penting bagi kami untuk memastikan bahawa
Kelengkapan Premis Pelanggan (CPE) anda bersesuaian
dengan sistem internet TM.

Semak beberapa tips di bawah bagi menikmati
perkhidmatan Streamyx yang memuaskan:


• Pastikan modem ADSL berada dalam keadaan yang baik
• Pastikan semua CPE yang disambungkan pada telefon
dan sistem internet bersesuaian dengan sistem internet TM
• Senaraikan bantuan profesional bagi mengkonfigurasi router
ADSL anda untuk mengelakkan daripada sebarang gangguan
rangkaian
• Pastikan pendawaian dalaman, telefon dan kabel internet
disambung dengan betul
• Pastikan perkakasan komputer dan perisian anda dikonfigurasi
dengan betul
• Pastikan kelengkapan CPE yang lain seperti sistem penggera,
router, mesin faksimili dan hub diselenggara dengan baik.
• Gunakan perisian yang tulen bagi mengelakkan CPE
anda daripada sebarang kandungan internet yang
membahayakan.

Ramadhan Bulan Penuh Keberkatan

Selamat menunaikan ibadah puasa 1430 Hijrah. Semuga Allah kurniakan keafiatan yang berkekalan untuk kita beribadah kepadaNYA.

Dimalam bulan ramadhan saya suka menghiasi rumah dengan panjut, nawaitu saya hanyalah untuk mentampakkan perbezaan Malam Ramadhan dengan malam-malam lain, tidak menunggu tarikh tertentu untuk memasang panjut.